[Siri Ayuh Umat Bangkit] Dakwah kepada Siapa?
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعَمِّهِ قُلْ لا إله إلا الله أَشْهَدُ لَكَ بِها يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالَ لَوْلا أَنْ تُعَيِّرَنِي قُرَيْشُ يَقُولُونَ إِنَّمَا حَمَلَهُ عَلَى ذَلِكَ الجزعُ لَأَقْرَرْتُ بِهَا عَيْنَكَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ { إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ
Rasulullah SAW bersabda kepada bapa saudaranya ketika dia hampir wafat, “Katakanlah, Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah selain Allah’ nescaya aku akan bersaksi untukmu dengan kalimat tersebut pada hari kiamat.” Dia menjawab, “Kalau seandainya bukan kerana kaum Quraisy mencelaku dengan perkataan mereka. ‘Dia melakukan hal tersebut kerana cemas, nescaya aku sejukkan hatimu dengan kalimat tersebut. Lalu Allah menurunkan: “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi akan tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki.” (TMQ Al-Qashash (28): 56).
(HR. Muslim)
Rasulullah SAW dilahirkan sebagai yatim. Baginda mendapatkan kasih sayang dan perlindungan seorang ayah daripada bapa saudaranya, Abu Talib.
Disebabkan cintanya yang mendalam kepada sosok ayah dalam hidup baginda, hingga akhir hayat Abi Talib, baginda terus berusaha agar bapa saudaranya selamat dengan Islam. Betapa sedihnya baginda ketika orang yang dicintainya, yang paling dekat dengannya tidak masuk ke dalam Islam.
Allah juga mengajarkan kita sebagaimana yang termaktub dalam surah Yasin, bahawa Allah SWT telah mengutuskan utusan-utusan di suatu negeri. Dakwah mereka bukan sahaja tidak diendahkan, sebaliknya, utusan-utusan ini dianggap sebagai pengganggu. Mereka diancam bunuh jika mereka tidak menghentikan dakwah mereka.
قَالُوا إِنَّا تَطَيَّرْنَا بِكُمْ لَئِن لَّمْ تَنتَهُوا لَتَرْجُمَنَّكُمْ وَلَيَمَسَّنَّكُم مِّنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ ﴾
Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami bernasib malang kerana kamu, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami), nescaya kami akan merejam kamu dan kamu pasti akan merasakan seksaan yang pedih daripada kami.” (TMQ Yasin [36]: 18)
Namun yang menarik di ayat yang lain Allah mengkhabarkan,
وَجَاءَ مِنْ أَقْصَا الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَى قَالَ يَقَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ)
“Dan datanglah dari hujung kota, seorang lelaki dengan bergegas-gegas dia berkata: “Hai kaumku, ikutilah utusan-utusan itu” (TMQ Yasin [36]: 20)
Allah SWT mengutus utusannya di suatu negeri (أَلْقَرْيَةِ) (lihat surat Yasin ayat 13), lalu mereka berdakwah di tempat tersebut. Namun, yang mendapat hidayah adalah seseorang dari kota yang lain (أقصا المَدِينَةِ).
Pada akhirnya, kita menyedari kedudukan kita sebagai hamba Allah. Sesungguhnya hidayah Allah bukanlah urusan kita. Allah akan memberikan petunjuk kepada siapa pun yang Allah kehendaki. Hanya bagi Allah-lah hikmah yang sempurna.
Maka dalam berdakwah kita hanya perlu menyampaikan. Kita tidak tahu siapa yang akan Allah berikan hidayah dengan dakwah kita. Boleh jadi orang yang ada di depan kita, mungkin orang yang di samping kita, atau mungkin pula orang yang jauh dari kita.
Sumber: Revive your Dakwah (Ayu Paranitha)
#MuhasabahDakwah #DakwahIslamKaffah #MasyarakatMuslimIdeal #VisiSejatidemiPerubahan #TrueVision4Change