[Aktiviti] 12 April 2026 (Ahad) – Muslimah HTM Cawangan Bangi telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Raya yang bertempat di Khilafah Centre, Bandar Baru Bangi. Para tetamu jemputan yang terdiri daripada ahli komuniti setempat serta sahabat handai hadir bersama-sama memeriahkan sambutan Syawal ini. Walaupun sederhana, majlis ini tetap diraikan dengan penuh makna seraya mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara tetamu yang hadir.
Acara turut diserikan dengan penyampaian Tazkirah Syawal oleh Ukhti Naadhirah. Dalam tazkirah tersebut, beliau menekankan kepentingan mengekalkan momentum ibadah selepas Ramadhan serta menjadikan Syawal sebagai medan untuk terus meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Beliau juga mengingatkan para hadirin agar tidak kembali kepada kelalaian selepas melalui tarbiyah Ramadhan, sebaliknya istiqamah dalam melakukan amal soleh.
Keseluruhannya, majlis ini bukan sahaja menyediakan santapan jasmani, tetapi juga rohani. Diharapkan perkongsian yang diberikan memberi manfaat kepada semua tetamu yang hadir.
#OpenCircle #JalinanUkhwahSyawal #Istiqamah















