[Aktiviti] 18 April 2026 (Sabtu) – Sempena Rumah Terbuka Syawal bersama sahabat muslimah yang berlangsung di Arau, MHTM Perlis telah mengadakan tazkirah bertajuk “Syawal dan Hakikat Kesatuan Umat”. Sesi tersebut menampilkan Ukhti Nurul Shahida selaku pembentang jemputan. Antara mesej yang disampaikan adalah mengenai tanggungjawab setiap individu dalam membentuk serta mengembalikan kesatuan umat yang hakiki demi menggapai kemenangan sebenar. Justeru, diharapkan agar bulan kemenangan ini, iaitu Syawal, menjadi momentum untuk mencapai tujuan tersebut.
Seterusnya, para muslimah turut bergambar bersama plakad sebagai solidariti terhadap kesatuan ummah, di samping sebagai bentuk seruan agar umat bangkit melakukan perubahan dalam masyarakat dan dunia Islam.
Terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga ukhuwah yang terjalin terus berkekalan, dan marilah kita bersama-sama menyuburkan majlis ilmu dalam kalangan komuniti muslimat.















