[Aktiviti] Muslimat HTM Cawangan Bangi mengadakan program bulanan Taaruf & Ukhwah yang membawa tajuk “Sumud Muslimah buat Palestin”.
Dalam pengisian kali ini, para Muslimah diajak untuk berperanan dan menyedari kepelbagaian tuntunan sesuai syariat yang boleh dilakukannya dalam usaha membela saudara kita di Palestin. Selain itu, turut ditekankan adalah tentang kewajipan membela Palestin sebagai bukan satu pilihan, sebaliknya tanggungjawab atas dasar akidah. Oleh itu, dengan kekuatan akidah dan keimanan, Muslimah hendaklah yakin bahawa dirinya mampu menjadi sebahagian daripada kebangkitan umat Islam dan menyumbang pada pembebasan Palestin satu masa nanti.
Wallahu`alam.
#FreePalestine #ArmiestoAqsa #ArmiestoGaza #SpeakUpforPalestine





