Penerapan Syariah di Bilad al-Jawi Masa Khilafah Uthmaniyyah (Bahagian Pertama)
Oleh: Ahmad Abdurrahman al- Khaddami
Laporan Konsul Batavia Ali Galip Bey, 1886 kepada Khalifah Abdul Hamid II:
”Penaklukan orang-orang Jawa, yang populasinya saat ini terdiri lebih dari 21 juta jiwa, disebabkan kerana kurangnya persatuan dan kesepakatan di antara mereka, juga kerana tabiat keterbukaan mereka (Bidang Politik).
Semua Kepulauan Hindia saat ini adalah jajahan Belanda atas persetujuan British. Pentadbiran pemerintahannya dipercayakan kepada seorang gabenor yang diangkat oleh Raja Belanda dan berkedudukan di Batavia (Bidang Politik).
Penduduk kepulauan tersebut bekerja sebagai pengganti cukai yang perlu mereka bayarkan kepada pemerintah, tetapi tidak dapat mengambil untung daripada keuntungan yang diperolehi oleh orang-orang Eropah. Kerana itu untuk mata pencarian mereka sendiri, mereka rata-rata menanam beras dan sejumlah kecil hasil bumi lainnya (Bidang Ekonomi).”
Nukilan Fatwa dalam Bughyah al-Mustarsyidin
Sayyid Abdurrahman Ba’alawi menetapkan Batavia dan Jawah sebagai Darul Islam pada masanya. Sebabnya, walaupun dijajah oleh Belanda, tetap saja Batavia dan tanah Jawah adalah Darul Islam yang dinaungi oleh Khilafah Uthmaniyyah. Perhatikan kedua kata kunci pembahasan [ الامتناع ] dan [ الاستلاء ]:
كل محل قدر مسلم ساكن به على امتناع من الحربيين في زمن من الازمان يصير دار الاسلام تجري عليه احكامه في ذلك الزمان وما بعده وان انقطع امتناع المسلمين باستلاء الكفار عليهم ومنعهم من دخوله واخراجهم منه حينئذ فتسيته دار حرب صورة لا حكما فاعلم ان ارض بتاوي بل وغالب ارض جاوة دار اسلام لاستلاء المسلمين عليها سابقا قبل الكفار
”Setiap tempat yang Muslim mampu menempati tempat tersebut berdasarkan imtina’ daripada Harbiyyin pada suatu masa maka dia menjadi Darul Islam yang berlaku atas hukum-hukumnya pada masa tersebut dan setelahnya. Jika terputus Imtina’ kaum Muslim dengan Istila kaum kafir atas mereka dan mencegah mereka untuk masuk, keluarnya kaum Muslim dari tempat tersebut pada saat itu maka tempat itu dinamai dengan Darul Harb secara de facto, bukan de jure. Ketahuilah bahawa tanah Batavia dan umumnya tanah Jawah adalah Darul Islam kerana Istila kaum Muslim atasnya mendahului sebelum kaum kafir.”
Pada tahun 1898 rakyat Batavia, termasuk para tokoh Arab Hadhrami dan Habaib, mengirim surat kepada Khalifah Abdul Hamid II untuk mengadukan kezaliman Belanda, juga penegasan mereka sebagai rakyat Uthmaniyyah sejak lama hingga kesediaan “angkat pedang” jika diperintahkan oleh sang Khalifah. Sangat wajar jika penulis Al-Bughyah sebagai seorang Sayyid Hadhrami menetapkan status Batavia dan Jawa sebagaimana tertulis. Sebagai informasi, penulis Al-Bughyah tinggal di Hadhramaut dan wafat pada 15 Safar 1320 H atau sekitar 23 Mei 1902 M. Jadi, memang masih era Khalifah Abdul Hamid II. Bahkan pada Tahun 1898 bukan hanya tokoh Batavia saja yang mengirim surat kepada Khalifah, namun juga tokoh Arab dari Bogor yang berterima kasih kerana anaknya dapat bersekolah di Istanbul. Terdapat juga surat daripada Qadhi Singapura yang mewakili tokoh masyarakat dan para Sayyid.
Laporan Konsul Batavia Ali Galip Bey, 1886 kepada Khalifah Abdul Hamid II
”Pemerintah Belanda sangat berhati-hati dalam menghilangkan beberapa elemen yang mungkin dapat menyebabkan penduduk setempat memberontak melawan mereka. Belanda berusaha memastikan agar mereka tidak diprovokasi oleh orang asing. Kerana orang Arab mempunyai kepercayaan yang sama dengan penduduk asli, mereka mungkin dapat mendorong penduduk asli untuk memberontak (Arab & Bumiputera).
Pada solat Jumaat berikutnya, masjid-masjid lain di seluruh Batavia mengikuti dan membacakan khutbah atas nama Yang Mulia Amir al-Mu’minin dan Khalifah Allah di muka bumi. Beberapa hari kemudian, sejumlah penduduk Batavia mendatangi Pejabat konsulat satu demi satu. Masing-masing menyatakan pengakuan mereka akan keagungan dan kebesaran penguasa kita, Yang Mulia Khalifah Allah di muka bumi, dan memohon dengan mengajukan petisyen agar dapat diberi status sebagai warganegara (Arab & Uthmaniyyah).”
Pengaduan Habaib dan Arab Hadhrami Batavia, 1898, kepada Khalifah Abdul Hamid II
”Ketika Ali Galip Bey, konsul Daulah Aliyah sampai ke Batavia, dia mulai membahagi-bahagikan cenderamata Kesultanan kepada orang-orang Arab Hadhrami, seakan-akan mereka warga Uthmaniyyah. Pemimpin pada waktu itu adalah Syeikh Muhammad bin Hasan Ba Bahir yang berusaha keras untuk menggagalkan usaha Ali Galip Bey. Dia memalsukan permohonan kepada Gabenor Jeneral Belanda di Jawa dan menulis pernyataan palsu bahawa mereka bukan warga Daulah Uthmaniyyah dan bahawa mereka suka menjadi warga Belanda. Ini adalah kebohongan dan kepalsuan daripada dirinya. Allah tidak meredhai satu pun orang Arab untuk menjadi warga negara Belanda, kerana sudah diketahui secara umum bahawa mereka adalah warga Daulah Uthmaniyyah baik di zaman dulu mahupun hari ini (Rakyat Batavia & Khilafah Uthmaniyyah).
Jika Titah Kesultanan dikeluarkan untuk mencapai peralihan hak-hak kami, juga untuk mencegah kezaliman dan perbuatan yang bertentangan dengan syariah dan hak-hak sivil, maka kami akan melawan dengan pedang untuk meraih hak-hak kami, kerana sesungguhnya kami berasal daripada keluarga yang suci. Dalam syariah yang disucikan, tidaklah diperbolehkan kami dihina dan dicaci-maki, khususnya kerana kami anggota keluarga Rasul (Rakyat Batavia & Perintah Jihad).”
Inilah Darul Islam yang dimaksudkan di dalam mazhab Syafie. Walaupun dijajah oleh Belanda sehingga sukar untuk menerapkan hukum Islam semisal perempuan menutup auratnya, sebagaimana laporan Konsul Uthmaniyyah di Batavia, statusnya tetap selagi mana majoriti penduduknya masih Muslim. Dari sudut pandang politik, penetapan Batavia dan Jawah sebagai Darul Islam pada saat itu merupakan penentangan pemikiran dan politik terhadap kafir Belanda, sekaligus penegasan dukungan kepada Khilafah Uthmaniyyah yang menaungi seluruh Darul Islam di manapun berada.
#IslamdiNusantara #JejakKhilafah #Uthmaniyyah #Batavia #BiladAlJawi