Perjanjian Trump Sekadar Topeng Untuk Menutup Serangan Zionis di Gaza
Hizbut Tahrir menilai perjanjian yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, yang disambut baik dan direstui para penguasa negeri Islam termasuk Arab Saudi dan Indonesia, hanyalah helah untuk menutup pencerobohan entiti penjajah Zionis Yahudi yang ingin meneruskan pencerobohannya ke Semenanjung Gaza, Palestin.
“Nampaknya perjanjian yang disambut baik dan direstui oleh para penguasa negeri-negeri Islam bersama Trump, hanyalah sekadar topeng bagi entiti Yahudi untuk melanjutkan serangannya,” memetik kenyataan Hizbut Tahrir (HT) dalam laman rasminya hizb-ut-tahrir.info, Khamis (4/12/2025).
Menurut kenyataan tersebut, entiti Yahudi terkenal suka melanggar perjanjian dan kesepakatan. “Mereka adalah kaum yang gemar memfitnah dan berbohong, sebagaimana dijelaskan oleh Abdullah bin Salam, salah satu rabai mereka yang telah masuk Islam, kerana dia telah melihat Islam sebagai agama kebenaran dan menepati perjanjian,” ungkapnya.
Lanjutnya, kini para penguasa negeri Islam—yang selama ini telah mengecewakan rakyat Gaza, serta mengkhianati Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang beriman—mengeluh kepada `majikan’ mereka, Trump, yang hakikatnya bersetuju dengan apa yang dilakukan orang-orang Yahudi.
“Trump memperlihatkan seakan-akan tidak setuju dengan apa yang mereka [entiti Yahudi] lakukan, namun itu hanyalah satu taktik licik untuk mencapai matlamatnya: dengan menghancurkan Gaza dan mengusir penduduknya dalam jangka panjang, kemudian mengubahnya menjadi kawasan peranginan,” jelasnya.
Seperti yang dilaporkan oleh pengguna media sosial, pada 2 Disember 2025, entiti Yahudi melancarkan pengeboman besar-besaran di Gaza. Media sosial melaporkan “apa yang terjadi di timur Gaza berlangsung dalam kegelapan sepenuhnya, tanpa liputan media, tanpa saluran atau akaun Arab mahupun tempatan yang mampu mengungkap skala pembantaian yang sedang berlangsung di sana. Pengeboman tanpa henti menghujani wilayah yang berdekatan dengan garis kuning di utara dan timur kota, sementara wilayah di sekitar Persimpangan Al-Sanafour telah menjadi zon perang.”
Para blogger mempersoalkan manfaat perjanjian gencatan senjata. Sebabnya, entiti Yahudi terus melanggar perjanjian, dengan melakukan 591 pelanggaran sejak ditandatanganinya pada 10 September 2025 hingga saat ini. Akibatnya, sekitar 357 orang syahid dan sekitar 903 lainnya tercedera, menurut kenyataan Pejabat Media Kerajaan di Gaza.
#Palestin #Gaza