Palestin Mengungkap Aib Rejim-Rejim
Apabila kita melihat apa yang sedang berlaku di Palestin, terutamanya di Gaza, mudah bagi sesetengah orang untuk berkata, “Umat ini tidak berdaya.” Tetapi gambaran ini tidak tepat. Apa yang didedahkan oleh peristiwa-peristiwa ini bukanlah ketidakberdayaan umat, tetapi ketidakberdayaan rejimnya. Terdapat perbezaan yang besar antara orang yang merasa, menderita, dan bertindak, dan rejim yang mempunyai kuasa tetapi gagal menggunakannya.
Umat ini masih hidup. Kita melihatnya di jalanan apabila berjuta-juta orang turun ke jalanan, dalam doa-doa di masjid, dalam pelbagai kempen derma, dalam kata-kata yang ditulis dengan ikhlas dan marah. Kita melihatnya pada seorang ibu yang menangis untuk anak-anak Gaza seolah-olah mereka adalah anaknya sendiri, dan pada seorang pemuda yang merasakan masalah ini adalah masalahnya sendiri. Ini bukanlah tingkah laku umat yang mati, tetapi sebaliknya tingkah laku umat yang merasakan kesatuan kesakitan dan takdir.
Sebaliknya, proses membuat keputusan politik di negara-negara Islam kelihatan terhad. Sempadan ditutup, tentera kekal dikurung di berek mereka, kenyataan dipantau rapi, dan wacana sering berkisar tentang “menenangkan ketegangan, menyuarakan kebimbangan, dan menyediakan bantuan kemanusiaan.” Di sinilah letaknya percanggahan: jalan-jalan bergolak, sementara rejim sibuk dengan isu-isu lain.
Apabila bencana alam melanda sesebuah negara, negara itu segera bergerak untuk menghantar pasukan penyelamat dan bantuan, dan ruang udara serta lapangan terbangnya dibuka tanpa teragak-agak. Tetapi di Gaza, yang merupakan sebahagian daripada satu komuniti yang disatukan oleh kepercayaan dan identiti, pengagihan bantuan merupakan isu yang kompleks, berkait rapat dengan perjanjian antarabangsa, tekanan, dan percaturan politik. Percanggahan ini menunjukkan bahawa masalahnya bukan terletak pada kapasiti, tetapi pada sifat proses membuat keputusan.
Gaza hari ini bukan sekadar tragedi kemanusiaan, yang jumlah kematiannya dilaporkan dalam pelbagai penerbitan, tetapi ujian moral dan politik. Apabila kanak-kanak terbunuh, rumah musnah, dan orang ramai dikepung, persoalannya bukanlah: `Adakah kita berasa sedih?’ Tetapi sebaliknya: APA YANG KITA LAKUKAN? Perasaan sahaja tidak akan mengubah realiti melainkan ia diterjemahkan kepada tindakan.
Ada yang bertanya, apa yang boleh dilakukan oleh rejim dengan kuasanya? Tetapi persoalan sedemikian perlu diteliti. Negara mempunyai tentera untuk digerakkan, pengaruh politik dan ekonomi, dan keupayaan untuk memberi tekanan, mengenakan boikot, dan memutuskan hubungan. Dalam dunia yang mempunyai kepentingan peribadi, tiada siapa yang bertindak melainkan mereka melihat akibat sebenar. Jika apa yang mereka hadapi hanyalah kenyataan kecaman, tiada apa yang akan berubah.
Bulan Ramadhan yang telah berlalu menambah dimensi lain kepada masalah ini. Bulan ini berkait rapat dengan ingatan Islam dengan Perang Badar dan penaklukan Mekah. Di Badar, umat Islam tidak mempunyai kelebihan ketenteraan, tetapi mereka mempunyai objektif yang jelas. Mereka tidak berdiam diri apabila ketidakadilan dikenakan kepada mereka, tetapi menghadapinya dengan segala cara yang ada.
Maksudnya di sini bukanlah untuk membandingkan satu situasi dengan situasi yang lain, tetapi untuk menekankan maksudnya, iaitu: Membantu orang yang tertindas bukanlah perkara emosi, tetapi sebaliknya satu kewajipan dan tanggungjawab, terutamanya jika orang yang tertindas adalah saudara seagama yang tinggal di negara yang diduduki yang mesti dibebaskan serta-merta.
Apabila kita mengatakan bahawa membantu orang yang tertindas adalah satu kewajipan, kita bukanlah bercakap tentang slogan, tetapi tentang prinsip yang teguh dalam syariah. Nabi Muhammad SAW bersabda:
«انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِماً أَوْ مَظْلُوماً»
“Tolonglah saudaramu yang berbuat zalim (penindas) atau yang dizalimi (tertindas).”
Ketika ditanya bagaimana menolong seorang penindas (zalim), Baginda menjawab:
«تَأْخُذُ عَلَى يَدَيْهِ»
“Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman.”
Ini bermakna membantu bukan sekadar simpati, tetapi juga campur tangan untuk menghapuskan atau mencegah ketidakadilan.
Jika negara Islam hadir sepenuhnya, Palestin tidak akan kekal sebagai isu yang berlarutan dan sukar untuk dirundingkan. Kerana kesatuan umat Islam dalam Islam bukanlah soal sentimen, tetapi sebaliknya sistem politik yang menyatukan mereka di bawah satu kepimpinan. Dalam konteks ini, Gaza bukanlah “masalah luaran,” tetapi sebaliknya sebahagian daripada entiti tunggal yang menderita secara keseluruhan jika salah seorang ahlinya mengadu kesakitan.
Oleh itu, Palestin tidak akan pernah berada di bawah kawalan Yahudi selama satu hari pun jika Islam mempunyai negara dan umat Islam mempunyai seorang Khalifah. Palestin ditakluki oleh seorang Khalifah dan dibebaskan daripada Tentera Salib di bawah naungan Khilafah, dan orang Yahudi tidak akan dapat menuntutnya semula sehinggalah selepas Khilafah dimusnahkan dan tidak lagi wujud.
Apabila seorang wanita Muslim di Amuriyah merayu kepada al-Mu’tasim untuk mendapatkan bantuan, seluruh tentera dikerahkan. Makna yang berakar umbi dalam kesedaran Islam adalah jelas, bahawa sesungguhnya maruah seorang Muslim bukanlah sesuatu yang remeh. Pemahaman ini dikaitkan dengan kewujudan sebuah negara yang menganggap dirinya bertanggungjawab untuk melindungi semua ahlinya.
Hari ini, perpecahan politik telah mengakibatkan setiap negara diperintah oleh proksi Barat, yang melihat Palestin melalui lensa kepentingan mereka sendiri, bukan kepentingan ummah, atau perspektif negara yang sempit. Oleh itu, tidak ada ruang untuk pertimbangan berdasarkan syariah.
Walau bagaimanapun, umat ini terus hidup. Setiap kali sempadan ditutup, hati terbuka. Setiap kali Gaza dikepung, solidariti diperbaharui. Ini bermakna api kebersamaan belum padam, tetapi memerlukan kerangka politik untuk menterjemahkannya kepada tindakan.
Bulan Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya adalah peluang untuk meneliti realiti ini, bukan sahaja melalui doa dan air mata, tetapi melalui refleksi mendalam: Mengapa peristiwa ini berulang? Mengapa tragedi ini berterusan tanpa perubahan radikal? Adakah masalahnya kekurangan sumber, atau sifat sistem politik yang mengawal hubungan antara negara dan mengehadkan tindakan mereka?
Jika kegagalan membantu golongan tertindas adalah dosa kolektif, maka mengelakkan dosa ini bermula dengan kesedaran. Kesedaran bahawa masalah ini bukan sekadar kemanusiaan tetapi juga politik. Suatu hari nanti, kesatuan perasaan mesti berubah menjadi kesatuan negara dan kesatuan dalam keputusan. Hanya dengan itu Palestin akan berhenti menjadi sekadar sorotan berita, sebaliknya ia menjadi keutamaan operasi (tindakan).
Gaza menunjukkan jurang antara rakyat yang mempunyai perasaan dengan pihak rejim yang sering berkira-kira. Ia menunjukkan bahawa masalahnya bukan terletak pada bilangan umat Islam, atau sumber daya mereka, tetapi pada sifat hubungan antara mereka. Kesedaran ini, walau menyakitkan, adalah langkah pertama ke arah perubahan. Kerana mengakui kebenaran penyakit ini adalah permulaan untuk mencari penawar.
Penawar bagi rakyat yang akan memulihkan kembali daya (kekuatan) mereka, menyatukan mereka semula, dan membebaskan tanah Islam yang dirampas, terutamanya Palestin, adalah Negara Islam, Khilafah Rashidah (Khilafah) ala minhājin nubuwah.
Pejabat Media Hizbut Tahrir di Wilayah Mesir
Sumber: hizb-ut-tahrir.info, 3/3/2026.
#Gaza #SavePalestine #PalestineNeedsJihad #WeNeedKhilafah