Berlaku Adil Terhadap Anak
Oleh: Ustazah Yanti Tanjung
Mempunyai anak yang ramai atau lebih daripada satu kita seringkali dihadapkan pada kecemburuan sesama mereka, yakni adik beradik kandung akibat perasaan anak yang tidak diperlakukan secara adil oleh ibu ayah. Sedangkan ibu ayah tidak sengaja memperlakukan anak sebagaimana yang sepatutnya sesuai keperluan dan proses tumbesaran mereka. Namun tidak dapat dihindari bahawa rasa ketidakadilan tersebut sering muncul dan berakhir dengan kedengkian dan kemarahan.
Namun sisi lain ada juga ibu ayah yang memang membezakan perlakuan kepada anak tertentu, lebih disayangi, lebih diperhatikan dan lebih dipenuhi keperluanya. Banyak faktor yang mempengaruhi tindakan ibu ayah tersebut (membezakan tindakan terhadap anak yang satu dengan anak lainnya}, mungkin kerana si anak tersebut memang keadaannya yang Istimewa yang memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu ayah. Akibatnya, anak yang lain merasa terpinggir oleh ibu ayah mereka.
Menurut Ustazah Najah As-Sabatin, diantara perbuatan ibu ayah yang memicu kecemburuan anak adalah apabila ibu ayah sering menggambarkan salah seorang anaknya adalah yang cerdas dan yang satunya lagi tidak cerdas. Memperlakukan khusus kepada anak tertentu dengan memberi hadiah, memeluk dan merangkul dan memarahi anak yang lainnya. Bersikap lembut kepada anak yang disayangi dan sebaliknya menyakiti, menyinggung perasaan anak yang tidak disukai bahkan untuk kesalahan kecil sekalipun.
Bagi mengurangkan rasa kecemburuan pada anak, maka wajib bagi ibu ayah berusaha untuk berlaku adil dalam pemberian, pelayanan, kasih sayang dan bergaul secara makruf kepada semua anak-anaknya.
Perintah untuk bersikap adil ini dapat ditemukan dalam sabda Rasulullah SAW berikut ini:
فَاتَّقُوا اللَّهَ، وَاعْدِلُوا بَيْنَ أَوْلاَدِكُمْ
Ertinya, “Bertakwalah kepada Allah. Bersikap adillah terhadap anak-anakmu,” (HR Bukhari).
Islam melarang keras ibu ayah pilih kasih terhadap anak-anaknya berdasarkan hadis di atas, adakah disebabkan anaknya berprestasi tinggi, anak yang lebih tua, yang bongsu atau sebab-sebab yang lainnya. Hal ini kerana Islam menuntut banyak hal daripada ibu ayah daripada sikap berlaku adil ini agar tercipta kerukunan diantara adik beradik, agar anak-anak memahami makna penerapan keadilan daripada kedua ibu ayah mereka.
Ibu ayah yang berlaku adil adalah ibu ayah yang menempatkan segala sesuatunya dalam perkara mendidik dan mengurusi anaknya berdasarkan syariah Islam, setiap perbuatan dipertanggungjawabkan. Adil bukan bermaksud mesti sama banyak jumlahnya, bentuk dan warnanya untuk diberikan kepada semua anak, adil ertinya ibu ayah memperlakukan semua anak untuk mendapatkan hak-haknya dalam pengasuhan dan pendidikan sesuai syariah.
Wallahu a’lam bishshawab.