Cara Islam Memberantas Jenayah Seksual
Akar Masalah
Jika ditelusuri situasi saat ini, peningkatan jenayah seksual bukan sekadar disebabkan oleh hukuman yang ringan, tetapi kerana punca utamanya tidak ditangani. Negara hanya merawat penyakit tersebut, bukan puncanya. Negara sekular kebanyakannya hanya menumpukan pada langkah-langkah penyembuhan, bukan pencegahan. Malah langkah-langkah penyembuhan ini gagal memberi kesan pencegahan. Jelas bahawa jenayah seksual berlaku berulang kali.
Punca utamanya adalah perempuan seringkali dicitrakan sebagai objek pelampiasan nafsu lelaki. Inilah pandangan tipikal ideologi kapitalis-sekular dengan fahaman liberalismenya. Imej ini dilekatkan kepada kaum perempuan melalui karya sastera, filem, dan juga kandungan pornografi. Malangnya, hari ini, Indonesia sebuah negara majoriti Muslim contohnya, adalah antara negara yang mempunyai akses tertinggi kepada kandungan pornografi. Akibatnya, keganasan dan jenayah seksual terhadap perempuan terus meningkat.
Lebih tragis lagi, ramai perempuan secara sukarela mengeksploitasi tubuh mereka, termasuk menjadi model foto dan bintang filem lucah. Inilah doktrin “tubuh saya adalah hak saya” yang diterapkan dalam diri perempuan di seluruh dunia. Namun, perempuan sendiri yang akhirnya menjadi mangsa.
Solusi Islam
Ideologi Islam menangani jenayah seksual daripada pencegahan kepada kuratif (merawat), daripada punca utama kepada sekatan yang ketat terhadap pelaku.
Pertama: Islam meletakkan iman dan takwa sebagai asas interaksi lelaki-perempuan. Allah SWT berfirman:
وَٱلْمُؤْمِنُونَ وَٱلْمُؤْمِنَٰتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَآءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ
“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian daripada mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (membuat) makruf dan mencegah daripada kemungkaran.” (TMQ at-Taubah [9]: 71).
Nabi Muhammad SAW juga bersabda:
اِتَّقُوا اللهَ فِـي النِّسَـاءِ…
“Bertakwalah kepada Allah SWT dalam urusan kaum perempuan…” (HR Muslim).
Dengan cara ini, lelaki dan perempuan akan menjaga ketakwaan mereka, sentiasa menunjukkan akhlak yang mulia, dan menjaga kehormatan masing-masing. Dalam Islam, perempuan tidak tunduk kepada lelaki, dihina, atau didera. Ini kerana perempuan pada dasarnya adalah saudara lelaki. Nabi SAW bersabda:
إِنَّمَا النِّسَاءُ شَقَائِقُ الرِّجَالِ
“Perempuan itu saudara kandung lelaki.” (HR Abu Dawud).
Dengan cara ini, tiada tempat untuk penyebaran pornografi dalam masyarakat, kerana ia dilarang dan merosakkan interaksi lelaki dan perempuan.
Kedua: Islam mewajibkan lelaki dan perempuan Muslim untuk menutup aurat mereka ketika berinteraksi dan menjaga pandangan mereka. Memandang aurat lawan jenis telah terbukti sebagai alat yang ampuh untuk merosakkan fikiran lelaki dan perempuan.
Allah SWT berfirman:
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.” (TMQ an-Nur [24]: 30).
Musuh-musuh Islam sering menuduh undang-undang Islam terkait hukum kewajipan menutup aurat dan menjaga pandangan ini sebagai mendiskreditkan kaum perempuan dan menggambarkan mereka sebagai sumber keganasan seksual. Sedangkan, hukum ini bertujuan untuk melindungi interaksi yang sihat antara lelaki dan perempuan dan mencegah kedua-duanya daripada keganasan seksual. Hal ini kerana, antara faktor yang boleh menggalakkan jenayah sedemikian ialah pandangan yang tidak dijaga dan pendedahan aurat di tempat umum. Hukum ini bukan sahaja terpakai kepada perempuan tetapi juga kepada lelaki.
Ketiga: Islam melarang interaksi antara lelaki dan perempuan yang boleh membuka ruang untuk berlakunya jenayah seksual, seperti pesta, tarian, kelab malam, dan sebagainya. Islam juga melarang khalwat (berdua-duaan) antara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin tanpa mahram. Islam mewajibkan negara memantau interaksi lelaki-perempuan di media sosial bagi mencegah pelanggaran hukum syariah seperti godaan, gangguan dan pornografi.
Keempat: Islam melarang perbuatan yang mendekati zina dan perzinaan, walaupun dilakukan dengan rela (suka sama suka). Zina merosakkan kehormatan lelaki dan perempuan, memusnahkan nasab (keturunan), dan mengundang bencana.
Allah SWT berfirman:
وَلَا تَقْرَبُوا۟ ٱلزِّنَىٰٓ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ فَـٰحِشَةًۭ وَسَآءَ سَبِيلًۭا
“Janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan keji dan jalan yang buruk.” (TMQ al-Isra’ [17]: 32).
Selain itu, Islam telah menghalalkan perkahwinan untuk lelaki dan perempuan.
Kelima: Syariah Islam menetapkan hukuman yang berat terhadap pelaku jenayah seksual, baik secara lisan mahupun fizikal. Dalam kes gangguan seksual, seperti cat-calling atau perlakuan fizikal, maka hukuman ta’zir akan dikenakan kepada pelakunya. Pelaku boleh dikenakan hukuman penjara, sebat dan pengasingan sosial. (Abdurrahman Al-Maliki, Nizhâm al- Uqûbât fî al-Islâm, hlm. 93).
Adapun pelaku pemerkosaan dikenakan hukuman sebat sebanyak 100 kali jika belum menikah (ghayru muhshan) atau hukuman rejam hingga mati jika pelaku sudah menikah (muhshan). Hukuman boleh ditambah lagi jika pelaku terbukti terlebih dahulu melakukan perbuatan ganas seperti menculik mangsa, memukul mangsa, dan sebagainya. Adapun mangsa wajib dilindungi dan dipulihkan oleh negara.
Hukuman ini berlaku baik kepada lelaki mahupun perempuan. Setiap perempuan yang melakukan gangguan terhadap lelaki seperti cat-calling, membuat komentar yang tidak bermoral terhadap lelaki di media sosial, menggoda atau memperkosa lelaki, maka akan dihukum sesuai syariah Islam.
Pengembirian sebagai hukuman bagi jenayah seksual adalah bertentangan dengan hukum Islam. Keharaman pengembirian terpakai kepada lelaki dan perempuan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari menyatakan bahawa Nabi SAW menolak permintaan para sahabatnya untuk melakukan pengembirian.
Sudah tentu, membasmi jenayah seksual adalah mustahil dalam sistem liberalisme-sekularisme hari ini. Ini hanya boleh dicapai melalui pelaksanaan syariah Islam secara kaffah dalam institusi pemerintahan Islam (Khilafah). Kehadiran Khalifah dalam sistem Khilafah akan bertindak sebagai junnah (perisai) yang melindungi rakyatnya.
WalLâhu a’lam bi ash-shawâb. []
————-
Hikmah:
Nabi Muhammad SAW bersabda:
إِنِّيْ أُحَرِّجُ عَلَيْكُمْ حَقَّ الضَّعِيْفَيْنِ: اَلْيَتِيْمِ وَالْمَرْأَةِ
“Sesungguhnya aku mengkhuatirkan hak dua orang yang lemah atas kalian, iaitu: anak yatim dan perempuan. (HR Ibnu Majah). []
*Dipetik daripada Buletin Dakwah Kaffah Edisi 440
#zina #jenayahseksual #terapislamkaffah #stopsexualcrimes