Piala Dunia 2026: Rasuah, Hiburan dan Nasionalisme di Tengah-Tengah Krisis
Berita:
Amerika Syarikat menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia FIFA tahun ini dengan Mexico dan Kanada, yang bermula pada 10 Jun 2026.
Ulasan:
Ketika Amerika Syarikat masih melancarkan perang terhadap Iran dan menyokong proksinya, sebuah entiti Yahudi, dalam penghapusan umat Islam di Palestin, sambil terus membunuh, menyeksa dan menafikan hak penduduk Gaza daripada ubat-ubatan serta makanan, negara itu sedang menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA, salah satu acara hiburan global terbesar.
Jutaan manusia di seluruh dunia menonton dan meraikan acara tersebut dengan penuh keterujaan, mungkin sebagai saluran untuk melepaskan tekanan kehidupan harian dalam dunia yang dipenuhi krisis yang berterusan. Namun, sebarang usaha untuk membersihkan imej negara-negara tuan rumah yang diterajui oleh Amerika Syarikat tidak akan mengurangkan penderitaan rakyat yang menderita akibat peperangan kejam yang dipimpin Amerika, rasuah kapitalis global, dan pemerintahan diktator yang menindas yang menyokongnya, khususnya di negara-negara Islam.
Pada masa yang sama, pihak berkuasa dan organisasi di seluruh Amerika Utara memberi amaran bahawa Piala Dunia ini, sebagaimana kejohanan-kejohanan sebelumnya, boleh membawa kepada peningkatan eksploitasi terhadap golongan rentan dan pemerdagangan manusia, khususnya wanita muda dan kanak-kanak perempuan. Dengan kata lain, acara hiburan global bukan sahaja digunakan secara politik untuk mengalihkan perhatian penonton, malah turut menimbulkan risiko serius kepada penduduk tempatan dan pekerja asing.
Di bawah kepimpinan Trump yang tidak bermoral dan taksub terhadap keagungan, hakikat pahit sistem kapitalis global yang dipimpin Amerika telah tersingkap di hadapan mata semua orang.
Namun, dalam zaman sukar yang dipenuhi rasuah dan krisis ini, kita tidak mendengar sebarang seruan politik untuk memboikot Piala Dunia atau menggunakannya sebagai platform bagi menyatakan penentangan terhadap dasar penjajahan Amerika, sekali gus menonjolkan kemunafikan dan kelemahan para pemimpin dunia.
Daripada menganggap Amerika sebagai penjenayah dan memberikan bantuan kepada umat Islam di rantau tersebut pada hari-hari yang kritikal ini, ketika kuasa besar yang berpura-pura kebal di Iran sedang diaibkan, kita akan menyaksikan negara-negara Islam menghantar pasukan untuk bersaing dalam Piala Dunia di bawah panji-panji kebangsaan masing-masing.
Sesungguhnya, tiada kemenangan bagi Ummah Islam di stadium bola sepak di bawah bendera kebangsaan dalam kejohanan yang menyebarkan kerosakan dan dianjurkan oleh musuh-musuh Islam!
Sebaliknya, umat Muhammad (SAW) mesti bersatu di bawah panji Islam dan berusaha membantu agama Allah dengan mengusir penjajah Barat dan Zionis dari tanah air kita, serta menegakkan Khilafah Rasyidah yang melindungi Ummah dan mengurus urusannya, bukannya menenggelamkannya dalam hiburan dan perkara yang sia-sia.
Ditulis untuk Radio Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
Elias Lamrabet
#BoycottWorldCup