Seksyen 224: Amerika Syarikat, Israel dan Timur Tengah
Kongres kini sedang membincangkan Akta Kebenaran Pertahanan Negara (NDAA) 2027. Di dalam undang-undang yang dicadangkan itu terdapat Seksyen 224: “Inisiatif Kerjasama Teknologi Pertahanan Amerika Syarikat-Israel.” Cadangan ini akan mewajibkan integrasi teknologi ketenteraan yang lebih mendalam antara Amerika Syarikat dan Israel, termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama, pengeluaran senjata secara bersama, serta integrasi data dan rangkaian yang dikongsi. Ia perlu diluluskan oleh Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Dewan Perwakilan, kemudian oleh Dewan Perwakilan penuh, dan seterusnya Senat sebelum menjadi undang-undang.
Undang-undang sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini, kerana ia akan melibatkan akan tahap integrasi perindustrian ketenteraa yang tidak dimiliki Amerika Syarikat dengan mana-mana negara lain; berpotensi mengikat kedua-dua angkatan tentera tersebut secara sangat rapat.
Kita mengetahui apa yang telah dibawa oleh hubungan Amerika Syarikat-“Israel” pada masa lalu; perjanjian atau kerjasama terdahulu berasaskan bantuan dan terhad kepada sistem tertentu seperti Iron Dome yang terkenal. Undang-undang baru yang dicadangkan ini berpotensi mewujudkan perkongsian teknologi pertahanan yang bersepadu, yang boleh mengukuhkan kedudukan Israel dalam asas industri pertahanan Amerika Syarikat.
Para pengkritik menyuarakan kebimbangan bahawa ini akan memberi entiti Yahudi pengaruh terhadap keutamaan pertahanan Amerika. Namun, para pengkritik ini tidak mengambil kira hakikat bahawa walaupun lobi Zionis sangat berkuasa di Amerika Syarikat, entiti Yahudi bertindak sebagai proksi Amerika Syarikat; memastikan bahawa Amerika, sebagai negara hegemon, mempunyai kehadiran yang nyata di Timur Tengah. Entiti Yahudi juga mengukuhkan keupayaan ketenteraan Amerika dengan memberikan mereka akses kepada teknologi pertahanan terkini, keselamatan siber, kecerdasan buatan (AI), dan inovasi lain.
Oleh itu, daripada memberi tumpuan kepada apa yang akan dibolehkan oleh undang-undang ini kepada entiti Yahudi, kita seharusnya bertanya apa yang sebenarnya akan dibolehkan kepada Amerika; atau lebih tepat lagi apa yang akan dibolehkan kepada entiti Yahudi untuk dilakukan bagi pihak Amerika. Lebih-lebih lagi apabila mengambil kira hakikat bahawa entiti Yahudi telah dirujuk sebagai pangkalan tentera Amerika di Timur Tengah. Cadangan ini akan memperdalam kebergantungan entiti Yahudi terhadap teknologi pertahanan Amerika, dan memberi Amerika kawalan yang lebih besar terhadap keputusan ketenteraan mereka.
Apa yang menarik ialah cadangan ini juga akan memberi impak di dalam Amerika Syarikat. Kebimbangannya ialah ia boleh memintas kuasa perlembagaan Kongres untuk mengisytiharkan perang. Ia juga boleh menghalang Kongres daripada mengurangkan sokongan ketenteraan kepada entiti Yahudi dengan menjadikan penglibatan Amerika dalam tindakan ketenteraan entiti Yahudi sebagai sesuatu yang automatik. Ini akan menumpukan kuasa kepada cabang eksekutif melalui mandat seperti pelantikan ejen eksekutif dan menghapuskan keperluan kelulusan Senat bagi perjanjian pertahanan rasmi.
Walaupun terdapat penentangan yang semakin meningkat daripada ahli-ahli Kongres terhadap cadangan ini, ia telah menerima sokongan dwipartisan. Ini memberi isyarat penerimaan terhadap pengurangan kuasa legislatif mereka, maka mereka pasti melihat langkah ini sebagai sesuatu yang kritikal kepada kepentingan Amerika Syarikat dan keputusan dasar luar mereka di Timur Tengah. Ia tentunya akan memperkemaskan keputusan Amerika dan membolehkan mereka mengabaikan pihak yang mahu mengurangkan hubungan Amerika-“Israel”, sekali gus membolehkan Amerika Syarikat memanfaatkan teknologi canggih “Israel” – teknologi yang telah ‘diuji dalam pertempuran’ di Gaza sejak 7 Oktober.
Kerjasama struktur yang kekal ini akan dibina di atas memorandum persefahaman (MoU) terdahulu, meningkatkan hubungan antara kepentingan Amerika-“Israel” dan memberikan Amerika mekanisme rasmi untuk mempengaruhi entiti Yahudi.
Hakikat bahawa cadangan ini muncul pada masa yang sama dengan perbincangan mengenai peluasan Perjanjian Abraham, serta usaha mengajak negara-negara seperti Pakistan untuk menyertainya adalah sesuatu yang signifikan. Ia akan mengikat para penandatangan kepada seni bina pertahanan Amerika-“Israel” sambil menjadikan mereka bergantung kepada perisikan Amerika, serta memberikan Amerika keterlihatan operasi dan kuasa veto terhadap keputusan pertahanan serantau.
Senator Ernst secara jelas menyatakan bahawa matlamatnya adalah untuk mewujudkan keadaan di mana “suatu hari nanti, Kerajaan Arab Saudi mempunyai pegawai tentera atau pegawai tidak bertauliah yang akan berkhidmat bersama anggota tentera dalam IDF” — memformalkan integrasi ketenteraan yang dipimpin oleh Amerika.
Kita perlu mengingati bahawa Amerika Syarikat akan sentiasa menjaga kepentingannya sendiri. Ini bermakna kita dapat melihat bahawa langkah-langkah ini semata-mata memberi manfaat kepada mereka – mereka telah menjelaskan dengan sangat jelas bahawa mereka menikmati peranan mereka sebagai satu-satunya kuasa hegemon dan ingin menjadi lebih unilateral.
Perjanjian-perjanjian ini akan membolehkan mereka mencapai perkara tersebut dengan mengukuhkan kawalan mereka ke atas pusat Timur Tengah, serta memberi mereka kelebihan terhadap negara-negara di dalam dan sekitar rantau tersebut. Melalui Akta ini, Amerika Syarikat akan mengawal teknologi yang menjadi sandaran negara-negara tersebut. Ini akan mengukuhkan lagi kedudukan mereka di rantau itu, mewujudkan rangka kerja keselamatan serantau yang didominasi Amerika.
“Perundangan ini menjamin kelebihan daya saing Amerika dalam teknologi pertahanan dan mengukuhkan pakatan kami dengan ‘Israel’, rakan kongsi terbesar kami di Timur Tengah, untuk menghalang ancaman global yang sentiasa berkembang,” kata Ahli Kongres, Ronny Jackson.
“Di bawah kepimpinan Presiden Trump, kami memastikan keunggulan teknologi ketenteraan kami dan menyediakan keupayaan tiada tandingan yang diperlukan oleh para pejuang kami untuk mendominasi medan perang dan melindungi rakyat Amerika.”
Ketika kita memandang ke masa hadapan dan kemungkinan kaedah untuk perubahan, kita perlu mempertimbangkan realiti yang sedang kita hadapi. Satu realiti di mana Amerika sedang berusaha meningkatkan kawalan mereka ke atas tanah-tanah umat Islam, dengan sokongan entiti Yahudi. Mereka sedang mewujudkan keadaan di mana para pemerintah di wilayah-wilayah tersebut mempunyai kepentingan langsung dalam melindungi Amerika dan entiti Yahudi daripada sebarang ancaman – sama ada ancaman yang nyata ataupun yang dianggap wujud. Mereka telah menjelaskan bahawa mereka akan menindas sesiapa sahaja yang menentang – walaupun ia bermakna menyalahgunakan rakyat mereka sendiri dan melanggar setiap undang-undang hak asasi manusia di planet ini.
Oleh itu, kita perlu memikirkan apa yang ingin kita capai ketika kita berusaha ke arahnya. Kita hidup dalam satu sistem yang bukan sahaja cacat, bahkan rosak pada asasnya. Anda tidak boleh menyelamatkan sesuatu yang sudah reput – anda perlu menyingkirkannya dan menggantikannya dengan sesuatu yang lain.
Kita telah melihat apa yang ditawarkan oleh Kapitalisme dan Komunisme – bukankah sudah tiba masanya untuk kita kembali kepada Islam?
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاء بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ﴾
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.” [TMQ al-Ma’idah (5): 51]
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh
Fatima Musab
Ahli Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir