Muharram: Saatnya Umat Bangkit Memperjuangkan Islam Kaffah
Oleh: Reni Susanti, S.A.P (Sahabat Tanah Ribath Media)
Dalam kehidupan masalah merupakan sesuatu yang lumrah terjadi. Namun apa jadinya jika berbagai masalah terus terjadi tanpa henti mencekik sepanjang tahun yang entah sampai bila akan berakhir seolah-olah tanpa ada yang dapat menghentikan dan tidak ada solusi sama sekali. Kemiskinan, jenayah, buli, judi online, pelacuran anak, eksploitasi seksual, dan keganasan kini kian merajalela. Namun seperti tiada daya dan upaya untuk menghentikannya. Rakyat menanggung beban hidup yang teramat berat.
Sementara di dunia antarabangsa, genosid Palestin terus berlangsung oleh Israel laknatullah. Umat Islam di Gaza dibuat mati kelaparan sedangkan para pemimpin muslim tidak peduli, tidak bergerak untuk mengirim pasukan.
Kini 1 Muharram 1448 telah tiba, Allah masih memberikan kurnia-Nya berupa bulan Muharram kepada kita. Namun keadaan umat Islam masih sangat jauh daripada predikat khairu ummah.
Padahal predikat ini telah Allah sematkan kepada umat Islam dalam surah Ali-Imran ayat 110: “Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia (selama) kamu menyuruh (berbuat) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.”
Melihat keadaan saat ini, umat Islam berada pada posisi terbalik daripada apa yang dikhabarkan dalam ayat tersebut. Seluruh kenestapaan merupakan buah daripada penerapan sistem sekular-kapitalisme, agama dipisahkan dari kehidupan dan ekonomi dikuasai oleh individu yang memiliki modal. Standard hidup hanya untuk mencari manfaat/kebendaan tanpa peduli halal mahupun haram. Sehingga kerosakan merata diseluruh rangkaian kehidupan. Ketidakmampuan dalam membela Palestin membuktikan bahawa umat Islam lemah di panggung antarabangsa. Hal ini kerana tidak adanya institusi khilafah yang menyatukan dan melindungi umat. Umat Islam terpecah belah oleh nasionalisme dan tunduk pada kekuatan kafir.
Muharram adalah momentum refleksi bahawa semua kenestapaan ini akibat jauhnya umat dari Allah, mencampakkan hukum syarak. Menjadikan Islam hanya sebagai agama ritual, bukan sebagai aturan hidup secara keseluruhan. Allah memerintahkan kita untuk menerapkan Islam secara kaffah.
Dalam surah Al-Baqarah ayat 208 Allah katakan: “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara menyeluruh.”
Umat perlu menyedari bahawa penderitaan ini terjadi bukanlah takdir yang harus diterima. Namun ada sebab di sebalik itu semua. Makna hijrah yang sesungguhnya yang dicontohkan Rasulullah sangatlah jelas. Ketika dakwah beliau ditolak masyarakat Mekah selama bertahun-tahun, Allah perintahkan untuk hijrah ke Madinah agar membangun negara yang di dalamnya menerapkan Islam secara kaffah. Maka hijrah hakiki yang kita lakukan saat ini adalah berjuang untuk hijrah dari sistem kufur sekularisme-kapitalisme menuju Islam dalam naungan Daulah Khilafah.
Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita bahawa perubahan hakiki bukanlah perkara mudah dan remeh temeh, memerlukan perjuangan yang panjang dan terorganisasi serta sabar tanpa batas, sebagaimana yang baginda dan para sahabat contohkan. Umat Islam wajib berjuang bersama jamaah dakwah Islam ideologi yang mengambil metode dakwah Rasulullah SAW untuk menegakkan kembali khilafah.
“Hendaklah ada di antara kamu segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (TMQ Ali-Imran: 104)
Allahu a’lam.
#KhairaUmmah #MuhasabahMuharram #AyuhUmatBangkit #UswatunHasanah