AI Tidak Pernah Neutral (Bahagian 2/2)
Oleh: Joko Prasetyo (Jurnalis)
Khilafah dan Kemandirian Teknologi
Dalam kitab Dairat Tiknulujiya al-Ma’lumat wa al-Ittishalat juga dijelaskan, negara khilafah pada masa hadapan wajib membangun kekuatan teknologi maklumat secara mandiri.
Khilafah tidak cukup hanya memiliki kekuatan militer konvensional, tetapi juga wajib menguasai:
- industri cip dan perkakasan,
- sistem pengendalian dan perisian,
- kecerdasan buatan (AI),
- keselamatan siber,
- teknologi satelit,
- sistem komunikasi,
- teknologi penyulitan (enkripsi),
- pusat data strategik,
- dan peperangan maklumat moden.
Sebab perang masa hadapan juga berlangsung melalui data, algoritma, propaganda digital, dan sabotaj siber.
Oleh itu, khilafah wajib membangun industri strategik sendiri agar umat Islam tidak selamanya menjadi pasaran digital dan objek eksploitasi data global.
Negara juga wajib menyiapkan pakar teknologi, ilmuwan, dan pakar keselamatan siber agar umat Islam mampu berdiri mandiri dalam persaingan global.
Islam Tidak Anti AI
Islam tidak anti teknologi, tidak anti AI, dan tidak anti kemajuan ilmu pengetahuan. Sebaliknya Islam mendorong umat untuk menguasai sains dan teknologi sebagai sebahagian daripada kekuatan peradaban.
Namun Islam tidak membiarkan teknologi berjalan tanpa arah dan nilai. Seluruh perkembangan ilmu dan teknologi wajib tunduk kepada akidah dan syariat Allah SWT.
Oleh sebab itu, AI tidak boleh dijadikan alat propaganda kebatilan, penyebaran kerosakan moral, manipulasi awam, mahupun instrumen dominasi asing atas umat Islam.
Teknologi semestinya digunakan untuk pendidikan, kesihatan, keselamatan, dakwah, perkhidmatan awam, dan penguatan peradaban Islam.
Khilafah, institusi yang menerapkan syariat Islam secara kaffah, berkewajipan membangun kemandirian teknologi dan kekuatan maklumat agar umat tidak bergantung kepada negara-negara kafir penjajah.
Sebab umat Islam tidak boleh terus menjadi pasaran digital dan objek eksploitasi data global. Umat ini hendaklah menjadi penguasa teknologi dan pemimpin peradaban dengan menjadikan syariat Islam sebagai pengarah perkembangan ilmu pengetahuan dan kecerdasan buatan.[]
#PerangDigital #PerangTeknologi #AI #CelikTeknologi #SainsTeknologi