KHILAFAH DAN DEMOKRASI : MESTIKAH DIPERTENTANGKAN?
Penulis: Joko Prasetyo
Pertanyaan “Khilafah dan Demokrasi: Mestikah Dipertentangkan?” bukan pertama kali mengundang pembaca untuk menilai mana yang benar, melainkan mengajak untuk membahas perlu atau tidak keduanya dipertentangkan.
Padahal bagi seorang Muslim, persoalan yang paling mendasar bukanlah soal pertentangan, melainkan soal kebenaran. Ini kerana sebelum berbicara tentang titik temu, terlebih dahulu mesti dijelaskan adakah khilafah dan demokrasi memang berdiri di atas asas yang sama atau justeru berbeza daripada segi asasnya.
Dalam demokrasi, kedaulatan berada di tangan rakyat. Manusialah yang berhak menentukan hukum atau undang-undang melalui mekanisme majoriti. Dengan demikian, ukuran benar dan salah dalam demokrasi pada akhirnya ditentukan oleh kehendak manusia, sedangkan dalam Islam ukuran benar dan salah ditentukan oleh wahyu.
Sebaliknya, dalam khilafah kedaulatan berada di tangan syariat Allah SWT. Manusia tidak berhak menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal sekalipun disokong oleh suara majoriti.
Oleh itu, pertentangan antara keduanya bukanlah pertentangan yang dibuat-buat, melainkan perbezaan asas yang memang nyata. Allah SWT berfirman: “Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah” [TMQ Yusuf (12): 40].
Oleh itu, sebelum bertanya adakah khilafah dan demokrasi mesti dipertentangkan, seorang Muslim terlebih dahulu mesti bertanya: Adakah demokrasi dan khilafah benar-benar berdiri di atas asas yang sama?
Jika dipertimbangkan dengan Al-Quran dan Sunnah, setidak-tidaknya ada enam alasan sebagai asas mengapa kaum Muslim wajib meninggalkan demokrasi dan memperjuangkan tegaknya khilafah.
Perbezaan sumber kedaulatan itu bukan sekadar menghasilkan perbezaan teknikal, melainkan melahirkan dua bangunan politik yang berbeza sejak dari asas sehingga ke puncaknya. Oleh itu, perbandingan antara demokrasi dan khilafah bukan terjadi pada satu atau dua cabang persoalan, melainkan pada keseluruhan bangunan sistemnya. Enam di antaranya adalah seperti berikut.
Pertama, sumber hukum demokrasi bercampur aduk antara yang hak dan batil.
“Dalam demokrasi, syariat Islam hanya berkemungkinan menjadi salah satu sumber hukum. Dalam khilafah, syariat Islam adalah satu-satunya sumber hukum.”
Dalilnya:
“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” [TMQ al-Baqarah (2): 42].
Kedua, tugas ketua negara demokrasi adalah menerapkan peraturan buatan manusia.
Dalam demokrasi, ketua negara (presiden/perdana menteri) berperanan untuk menerapkan peraturan buatan manusia (parlimen). Sedangkan dalam khilafah, ketua negara (khalifah/imam/amirul mukminin) bertugas untuk menerapkan syariat Islam.
Dalilnya:
“Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.” [TMQ al-Maidah (5): 44)].
“Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Maidah (5): 45].
“Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” [TMQ al Maidah (5):47].
Ketiga, tempoh perkhidmatan ketua negara dalam demokrasi bersifat memiliki had tempoh.
Dalam sistem demokrasi periodik (Indonesia dan Malaysia 5 tahun sekali/Amerika 4 tahun sekali). Sedangkan dalam khilafah tidak ada berkala, diganti hanya ketika melanggar syariat atau berhalangan menegakkan syariat.
Dalilnya:
“Dengar dan taatilah pemimpin kalian sekalipun yang memimpin adalah seorang budak hitam, yang kepalanya seperti dipenuhi bisul” [HR al-Bukhari]. Dalam riwayat lain, iaitu riwayat Imam Muslim dari jalan Ummu al-Hushain, dinyatakan: “(Selama) dia masih memimpin kalian sesuai dengan Kitabullah” [HR Muslim].
Keempat, demokrasi memecah belah kaum Muslim.
Ketua negara dalam demokrasi merupakan pemimpin negara bangsa, sehingga kaum Muslim saat ini terpecah kepada lebih daripada 57 negara bangsa. Ketua negara dalam khilafah merupakan kepimpinan umum kaum Muslim sedunia dan menyatukan kaum Muslim di seluruh penjuru dunia.
Dalilnya:
“Jika dibai’at dua orang khalifah, maka bunuhlah yang terakhir daripada keduanya” [HR Muslim dari Abu Sa’id al Khudri].
Maknanya, kaum Muslim haram dipimpin oleh lebih daripada seorang pemimpin (ketua negara).
Kelima, demokrasi tidak sesuai dengan tujuan penciptaan manusia.
Dalam demokrasi taat kepada ketua negara bukan merupakan suatu ibadah, malah dikategorikan sebagai bermaksiat. Alasannya sudah disebutkan pada poin pertama dan kedua.
“Tidak boleh taat kepada makhluk untuk bermaksiat kepada Khaliq (Pencipta)” [HR Muslim dan Tirmidzi].
Sedangkan dalam khilafah, taat kepada khalifah merupakan suatu ibadah.
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya.” [TMQ an-Nisa’ (4): 59].
Dalilnya:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” [TMQ ad-Dzariyyat (51): 56].
Keenam, sanad demokrasi tidak menyambung kepada Nabi dan Khulafaur Rasyidin.
Bagi seorang Muslim, ukuran benar bukanlah siapa yang paling banyak mengikutinya, melainkan adakah memiliki dasar dari Rasulullah SAW dan para sahabat atau tidak. Dalam hal ini, khilafah memiliki teladan yang jelas dari Nabi SAW dan Khulafaur Rasyidin, sedangkan demokrasi tidak.
Dalilnya:
“Wajib atasmu memegang teguh Sunnahku dan Sunnah Khulafaur Rasyidin. Gigitlah ia dengan gigi gerahammu. Dan jauhilah oleh kalian perkara-perkara yang baru, kerana sesungguhnya setiap perkara-perkara yang baru itu adalah bidaah. Dan setiap bidaah itu adalah sesat” [HR Ahmad, Abu Dawud dan Tirmidzi].
Yang Sering Mengelirukan
Di sinilah biasanya muncul bantahan: “Bukankah Islam juga mengenal musyawarah?”
Ini adalah penyederhanaan yang keliru. Musyawarah dalam Islam bukanlah penentu halal-haram. Musyawarah hanya digunakan dalam perkara yang belum ditetapkan oleh syariat. Adapun demokrasi menjadikan suara majoriti sebagai sumber legitimasi hukum.
Oleh kerana itu, musyawarah tidak boleh disamakan dengan demokrasi sebagaimana solat tidak boleh disamakan dengan ritual agama lain hanya kerana sama-sama berdoa.
Tidak kurang ada orang yang mencuba menyamakan demokrasi dengan musyawarah kerana keduanya sama-sama melibatkan pendapat manusia. Padahal keduanya berbeza dari segi asasnya.
Dalam Islam, musyawarah dilakukan untuk mencari pendapat terbaik dalam perkara yang dibolehkan oleh syariat. Adapun dalam demokrasi, suara majoriti dapat menjadi asas lahirnya hukum yang mengikat masyarakat.
Dengan kata lain, musyawarah dalam Islam berada di bawah syariat, sedangkan dalam demokrasi, suara manusia dapat diletakkan di atas syariat.
Persoalan yang Mesti Dijawab
Oleh itu, persoalannya bukanlah adakah khilafah dan demokrasi mesti dipertentangkan atau tidak. Yang mesti dijawab adalah: Apakah seorang Muslim wajib menjadikan hanya syariat Islam sebagai satu-satunya sumber hukum, atau boleh menyerahkan penetapan hukum kepada suara majoriti manusia?
Jika jawapannya adalah syariat Islam, maka pilihan seorang Muslim semestinya jelas.
Persoalannya adalah: ketika terjadi perbenturan antara wahyu dan suara majoriti manusia, yang manakah yang mesti didahulukan?
Sebagai seorang Muslim, ukuran kebenaran bukanlah memilih kepada apakah suatu sistem itu popular, moden, atau diterima ramai orang, melainkan apakah kedaulatan berada di tangan Allah SWT atau di tangan manusia? Jika hukum Allah mesti diutamakan dan menjadi pilihan di atas kehendak majoriti, maka sesungguhnya jawapan atas perdebatan ini telah jelas.
Wallahu’alam bissawwab.
#DemokrasiBukanuntukKita #KembalikanSistemIslam #IslamKaffah