Umat Mesti Dipimpin Al-Quran
Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Nasaruddin Umar baru-baru ini menyatakan bahawa menjadi tokoh agama pada era post-truth hari ini bukanlah mudah. Menurutnya, dahulu, apabila tokoh agama berucap, orang ramai cenderung untuk mengikut, tetapi sekarang tidak lagi. Hal ini kerana pendapat umum, media, dan pelbagai pengaruh lain yang lebih mendominasi. Oleh itu, beliau percaya bahawa merujuk kepada kitab suci sahaja tidak mencukupi untuk meyakinkan masyarakat. Para intelektual agama mesti memiliki kemahiran tambahan untuk kekal relevan dalam persekitaran yang semakin rasional dan liberal. (Tribunnews.com, 31/5/2026).
Pandangan seperti ini lahir daripada kenyataan bahawa kemajuan dalam teknologi maklumat dan media sosial telah mengubah cara orang ramai mendapatkan maklumat. Sesuatu yang menjadi tular sering dianggap benar walaupun ia tidak mempunyai asas yang kukuh. Fenomena ini dikenali sebagai era post-truth atau pasca-kebenaran. Ini adalah era di mana emosi, persepsi dan pendapat lebih berpengaruh daripada fakta dan kebenaran objektif.
Apa Itu Era Post-Truth?
Istilah era post-truth cukup terkenal dalam kajian politik, media dan komunikasi. Secara sederhana, post-truth adalah keadaan ketika fakta objektif tidak lagi menjadi faktor utama dalam membentuk opini umum.
Oleh itu, apabila Menteri Hal Ehwal Agama merujuk kepada era post-truth, beliau bermaksud bahawa pendapat para cendekiawan agama atau tokoh agama tidak diterima secara automatik oleh masyarakat. Ramai orang lebih suka mempercayai kandungan media sosial, influencer, atau pendapat yang tular.
Disebabkan itu, ada yang berpendapat bahawa para agamawan mesti meningkatkan kemahiran komunikasi awam mereka untuk mengelakkan orang ramai daripada menjauhkan diri daripada agama. Kemahiran komunikasi sememangnya merupakan kemahiran yang baik dan diperlukan. Namun, jika masalah hari ini dilihat semata-mata sebagai isu komunikasi, analisis sedemikian hakikatnya belum menyentuh akar masalah yang sebenar.
Perspektif Islam
Sebagai fenomena sosial, istilah post-truth memang menggambarkan realiti bahawa ramai orang mengikuti prasangka, emosi atau pendapat yang popular. Walau bagaimanapun, al-Quran telah memberi amaran sejak awal tentang bahaya sikap sedemikian:
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ
“Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu daripada jalan Allah. Yang mereka ikuti hanya sangkaan semata-mata …” (TMQ al-An’am [6]: 116).
Allah SWT juga berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya ..” (TMQ al-Hujurat [49]: 6)
Oleh itu, dari perspektif Islam, penyelesaian kepada fenomena post-truth bukan sahaja meningkatkan kemahiran komunikasi tetapi juga membina masyarakat yang menjadikan wahyu sebagai standard kebenaran. Apabila ukuran betul dan salah dikembalikan kepada al-Quran dan as-Sunnah, kebenaran tidak ditentukan oleh bilangan “like,” “share” atau “view.” Kebenaran diukur oleh al-Quran dan as-Sunnah, bukan oleh populariti, viraliti, atau sentimen emosi. Kebenaran juga tidak ditentukan oleh suara majoriti di parlimen, seperti dalam sistem demokrasi saat ini.
Al-Quran Satu-satunya Standard Kebenaran
Umat Islam wajib meyakini bahawa hanya al-Quran satu-satunya standard kebenaran. Hal ini kerana al-Quran bukan sekadar kitab suci yang mengandungi nasihat moral. Ia adalah wahyu Allah SWT yang diturunkan untuk menjadi petunjuk hidup manusia (Lihat: Al-Baqarah [2]: 2).
Al-Quran juga adalah satu-satunya kitab suci yang dijamin keasliannya oleh Allah SWT. Allah SWT berfirman:
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Quran dan pasti Kami juga yang memeliharanya.” (TMQ al-Hijr [15]: 9).
Al-Quran juga menjawab seluruh keperluan hidup manusia. Allah SWT berfirman:
وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ
“Kami telah menurunkan al-Kitab (al-Quran) kepada kamu untuk menjelaskan segala sesuatu.” (TMQ an-Nahl [16]: 89).
Oleh itu, berpaling daripada petunjuk al-Quran menjadi sebab kesengsaraan hidup manusia. Allah SWT berfirman:
فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَى وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا
“Siapa saja yang mengikuti petunjuk-Ku, maka dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Sebaliknya, barang siapa yang berpaling daripada peringatan-Ku (al-Quran), maka sesungguhnya dia akan menjalani kehidupan yang sempit..” (TMQ Thaha [20]: 123-124).
Sayangnya, hari ini umat Islam dan terutama para penguasanya justeru semakin jauh daripada petunjuk al-Quran.
Akar Permasalahan Umat
Sheikh Taqiyuddin an-Nabhani menjelaskan bahawa masyarakat bukan sekadar kumpulan manusia. Ia dibentuk oleh himpunan pemikiran, perasaan, dan peraturan. Dalam erti kata lain, masyarakat dibina oleh tiga unsur: pemikiran (afkaar); perasaan (masyaa’ir); dan peraturan hidup (anzhimah). Apabila ketiga-tiga unsur ini berasal dari Islam, masyarakat Islam akan muncul. Sebaliknya, apabila ia berasal dari ideologi kapitalisme, misalnya, masyarakat kapitalis akan muncul, walaupun majoriti penduduknya Muslim.
Sayangnya, hari ini negara-negara umat Islam termasuk Indonesia, menerapkan sistem kapitalisme yang berasaskan sekularisme. Sekularisme memisahkan agama daripada kehidupan. Akibatnya, agama hanya ditempatkan di masjid, surau, sekolah pondok atau madrasah dan ruang ibadah. Adapun politik, ekonomi, pendidikan, media, perundangan dan pergaulan sosial diatur dengan pemikiran manusia.
Saat ini pemikiran masyarakat dibentuk oleh kapitalisme. Perasaan masyarakat juga dibentuk oleh kapitalisme. Standard perbuatan masyarakat juga dibentuk oleh kapitalisme. Tidak menghairankan jika opini media sosial sering lebih dipercaya daripada nasihat ulama. Sebab, masyarakat setiap hari dibentuk oleh sistem kehidupan kapitalis-sekular.
Dakwah Sahaja Tidak Cukup
Tentu dakwah kepada masyarakat tetap wajib dilakukan. Allah SWT berfirman:
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyerukan kebaikan (Islam), menyuruh agar membuat yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.” (TMQ Ali Imran [3]: 104).
Rasulullah ﷺ juga bersabda:
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ
“Siapa saja di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubah (kemungkaran itu) dengan tangannya. Jika tidak mampu maka (ubahlah kemungkaran itu) dengan lisannya.” (HR Muslim).
Namun, perlu difahami bahawa berdakwah kepada individu sahaja tidak mencukupi jika negara terus mempertahankan sistem kapitalisme-sekular. Ini ibarat seseorang membersihkan air di hilir sungai sementara dari hulu terus mengalir limbah dan kotoran.
Oleh sebab itu Rasulullah ﷺ tidak hanya berdakwah membina individu-individu di Mekah. Baginda juga berjuang menegakkan Negara Islam di Madinah sehingga syariah Islam dapat diterapkan secara sempurna. Inilah, antara lain, yang menjadikan para ulama mewajibkan umat Islam untuk membangun kekuasaan Islam atau sistem pemerintahan Islam (Negara Islam). Hal ini semata-mata demi meneladani apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Lebih-lebih lagi faktanya, tanpa kekuasaan Islam, al-Quran mustahil dapat diterapkan secara sempurna. Oleh sebab itulah Imam al-Ghazali menyatakan:
الدِّينُ أُسٌّ وَالسُّلْطَانُ حَارِسٌ، وَمَا لَا أُسَّ لَهُ فَمَهْدُومٌ، وَمَا لَا حَارِسَ لَهُ فَضَائِعٌ
“Agama adalah asas dan kekuasaan adalah penjaganya. Apa saja yang tidak mempunyai asas akan runtuh dan apa saja yang tidak memiliki penjaga akan roboh.” (Al-Ghazali, Al-Iqtishaad fii al-I’tiqaad, 1/76).
Pernyataan ini sangat relevan dengan keadaan saat ini. Dakwah memang penting, tetapi dakwah akan selalu menghadapi hambatan besar jika sistem yang berlaku justeru melahirkan pemikiran dan budaya yang bertentangan dengan Islam. Disebabkan itu, sekali lagi perlu ditegaskan, di sinilah penting dan wajibnya kekuasaan Islam ditegakkan.
Mengapa Dakwah Sering Tidak Efektif?
Ramai orang bertanya, mengapa terdapat begitu banyak kuliah, pengajian, dan dakwah, namun kerosakan moral semakin meningkat? Jawapannya: kerana sumber pembentukan opini umum bukan sekadar masjid dan majlis agama. Masyarakat dibentuk setiap hari oleh: sistem pendidikan, media massa, media sosial, industri hiburan, sistem ekonomi, sistem perundangan, dan dasar negara.
Jika semua instrumen ini dibina dan dibentuk oleh ideologi kapitalis, maka apa yang terus dihasilkan ialah cara pandang kapitalis. Akibatnya, masyarakat mendengar dakwah Islam selama satu atau dua jam setiap minggu, tetapi dipengaruhi oleh ideologi kapitalisme selama berpuluh-puluh jam setiap hari.
Di sinilah pentingnya perubahan yang mendasar dan menyeluruh. Sudah tentu, perubahan ke arah pelaksanaan Islam yang menyeluruh (kaffah).
Oleh itu, tugas para agamawan tidak cukup hanya memperbanyak pengajian atau menambah baik teknik komunikasi dakwah. Apa yang lebih mendasar lagi adalah bagaimana untuk mengajak Masyarakat ini untuk mengembalikan Islam sebagai dasar pengaturan kehidupan masyarakat dan negara.
Al-Quran Wajib Memimpin
Oleh itu solusi hakiki atas krisis umat hari ini adalah mengembalikan al-Quran sebagai pemimpin kehidupan. Ketika al-Quran memimpin pemikiran, perasaan dan peraturan hidup manusia, maka lahirlah masyarakat yang menjadikan redha Allah SWT sebagai tujuan hidup mereka.
Sebaliknya, selagi kapitalisme-sekular seperti saat ini tetap menjadi dasar kehidupan, maka pemikiran, perasaan dan perilaku masyarakat akan terus dibentuk oleh kapitalisme, meskipun dakwah terus dilakukan.
Inilah sebabnya mengapa umat mesti dipimpin oleh al-Quran, bukan oleh hawa nafsu manusia atau ideologi buatan manusia. Hal ini kerana hanya wahyu Allah SWT yang mampu membimbing manusia menuju kebahagiaan di dunia dan keselamatan di akhirat.
WalLaahu a’lam bi ash-shawaab. []
—*—
Hikmah:
Rasulullah SAW bersabda:
تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ، لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ، وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
“Aku telah meninggalkan di tengah-tengah kamu dua perkara, kamu tidak akan pernah tersesat selama-lamanya jika kamu berpegang teguh pada keduanya: Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Nabi-Nya (al-Hadis).” (HR Malik).
*Diterjemah dan diolah daripada Buletin Dakwah Kaffah Edisi 446
#TerapIslam #DakwahIslamKaffah #OpiniUmum #TegakKhilafah