[Khabar Timur Tengah] Kesepakatan Iran–AS Rapuh, Jumlah Korban Genosid Zionis Yahudi Terus Bertambah
Kesepakatan penghentian serangan sementara antara Iran dengan Amerika Syarikat masih kelihatan rapuh, manakala korban genosid oleh Zionis Yahudi di Gaza terus berlaku dan semakin bertambah. Berdasarkan Laporan Harian Kementerian Kesihatan Gaza pada 30 Jun 2026, dalam tempoh 24 jam terakhir, seramai lapan warga Palestin telah syahid dan 26 yang lain cedera. Sejak gencatan senjata, jumlah korban mencecah 1,053 orang syahid dan 3,406 orang cedera, manakala jumlah keseluruhan sejak 7 Oktober 2023 telah mencecah 73,066 orang syahid dan 173,514 orang cedera. Data ini menunjukkan bahawa di tengah-tengah kesepakatan Iran–AS, serangan Israel di Gaza masih terus mengorbankan nyawa setiap hari.
Rangkaian serangan balas-membalas antara Iran dengan Amerika Syarikat berlaku ketika gencatan senjata sementara sedang berkuat kuasa berdasarkan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada pertengahan Jun 2026. Kedua-dua pihak saling menuduh melanggar kesepakatan tersebut, tetapi akhirnya kembali mengekang peningkatan ketegangan bagi meneruskan rundingan. Peristiwa ini sekali lagi memperlihatkan bahawa Amerika merupakan sebuah negara yang tidak boleh dipercayai. Jurucakap Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Hossein Mohebi, menegaskan bahawa Amerika merupakan musuh yang licik serta sering melanggar dan memungkiri kesepakatan. Walaupun menyedari perkara tersebut, Iran malangnya tetap memilih untuk meneruskan jalan rundingan.
Kekuatan sebenar umat Islam terletak pada ajaran Islam itu sendiri. Oleh itu, umat Islam hendaklah kembali kepada al-Quran dan as-Sunah dengan membina kekuatan politik Islam yang mandiri, berlandaskan akidah dan penerapan syariah secara kaffah, serta meninggalkan batas-batas nasionalisme dan konflik sektarian. Kekuatan tersebut diwujudkan melalui institusi Khilafah ala Minhaj an-Nubuwwah yang menjadi junnah atau perisai bagi umat, sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ, supaya umat kembali memperoleh kesatuan, kemuliaan dan perlindungan dalam menghadapi pelbagai ancaman.
Kepentingan kewujudan Khilafah ala Minhaj an-Nubuwwah ini juga berulang kali ditegaskan oleh Hizbut Tahrir dan wajar diberikan perhatian serius oleh kaum Muslimin. Dalam analisisnya mengenai perkembangan terkini, bertarikh 13 Muharam 1448 H bersamaan 28 Jun 2026 M, Amir Hizbut Tahrir, al-‘Alim al-Jalil Syeikh Atha bin Khalil Abu ar-Rasytah, sekali lagi menegaskan:
“Inilah yang akan menyelamatkan umat, mengembalikan kemuliaan umat, memperkukuh kekuatan umat dan membuatkan musuh-musuh umat Islam berfikir seribu kali sebelum berani menyerang. Perkara itu hanya akan terwujud dengan kembalinya Khilafah, sehingga bumi kembali dipenuhi kebaikan dan keadilan. Sebagaimana Khilafah dahulu menghancurkan kesombongan para kaisar Rom dan Kisra Parsi, demikian juga Khilafah akan menghancurkan kesombongan para penerus mereka, seperti pemimpin zalim Trump dan golongan kafir penjajah yang lain.”
Allahu Akbar. []
#FreePalestine #SavePalestine #BringBackKhilafah #AyuhUmatBangkit