Kekuatan Hanya Sebab, Bukan Penentu Keberhasilan Dakwah
Oleh: Hidayah Muhammad
Cendekiawan Muslim, Ustaz Ismail Yusanto menyatakan, kekuatan hanyalah sebab, bukan penentu keberhasilan dakwah. Sebaliknya keberhasilan dakwah bergantung kepada pertolongan Allah SWT (nashrullah).
“Nasihat terbaik bagi pengemban dakwah ialah teruskan melangkah ke hadapan, walau pun terasa seperti menghadapi pelbagai cabaran yang hampir menjadikan semua langkah kita mustahil. Kerana kekuatan hanyalah asbab, bukan penentu. Sebaliknya keberhasilan dakwah bergantung kepada pertolongan Allah SWT,” katanya menerusi akaun TikTok Ustaz Ismail Yusanto pada Selasa (28 Julai 2026).
Beliau menambah, dalam dunia yang mendewakan data dan kemungkinan, seorang pengemban dakwah perlu terus istiqamah dalam perjuangan.
“Apabila peluang keberhasilan kelihatan seperti sifar, apabila realiti menentukan adalah mustahil, dan apabila kemaksiatan, ketidakadilan, jenayah, kezaliman mendominasi dan kekufuran semakin rumit, pengemban dakwah perlu terus istiqamah dalam perjuangan ini,” jelasnya.
Jelas beliau, ini kerana, daripada kaca mata sekularisme, tindakan mestilah sentiasa rasional. Namun, daripada perspektif tauhid, terdapat lapisan tambahan iaitu nashrullah atau pertolongan Allah SWT.
“Di sinilah pentingnya seorang pendakwah yang hebat memahami bahawa dia (manusia) adalah pelaksana, manakala segala ketentuan berada dalam kekuasaan Allah SWT,”.
Beliau menegaskan, berdakwah itu wajib dengan strategi terbaik, materi yang kukuh, dan hujah yang kuat.
“Namun, dalam masa yang sama, apabila kita lihat kebarangkalian kelihatan kosong, apabila semua pilihan seolah tertutup, ketika itulah kekuatan iman kepada qadha Allah SWT menjadi pembakar utama,” tegasnya.
Beliau menyimpulkan bahawa seorang pendakwah membuat keputusan menggunakan sumber yang ada dengan penuh kesedaran bahawa manusia hanya boleh mencuba, tetapi hanya Allah SWT yang menentukan hasilnya.
“Ingatlah, seekor burung tidak hanya duduk di sarangnya menunggu makanan, ia perlu terbang keluar. Begitu juga, kita tidak seharusnya terjerumus ke dalam perangkap fatalisme yang pasrah dan berputus asa. Tetapi kita juga tidak boleh terjerumus ke dalam perangkap materialisme yang seolah-olah memuja angka dan usaha. Kita mesti berusaha sedaya upaya, tetapi segala-galanya telah ditentukan oleh Allah SWT,” simpulnya. []
Sumber:
https://vt.tiktok.com/ZS4YgpY7K/
#dakwah #kejayaandakwah #pertolonganAllah #bahayamaksiat #usaha