Adakah L68T itu Takdir dari Allah SWT?
Penulis: KH. Hafidz Abdurrahman
Allah SWT menyatakan dengan tegas bahawa manusia diciptakan berpasang-pasangan, terdiri daripada lelaki dan perempuan. Bukan lelaki sahaja atau perempuan sahaja. Inilah fitrah manusia. Inilah Qadha’ dan Qadar yang telah Allah tetapkan kepada manusia.
Memang ada manusia yang diciptakan oleh Allah dengan dua kemaluan. Inilah dalam istilah para fuqaha’ disebut sebagai Khunsa. Tapi L68T ini tidak termasuk dalam pembahasan Khunsa, baik Musykil mahupun Ghayr al-Musykil, kerana L68T ini sebenarnya adalah:
[1] Akibat dari pandangan ideologi Kapitalisme yang menyimpang.
[2] Akibat daripada tingkah laku menyimpang, yang menjadi kebiasaan.
[3] Trauma, atau menjadi mangsa penyimpangan seksual.
Dengan kata lain, L68T ini merupakan penyakit mental yang mesti disembuhkan, bukan keadaan semula jadi yang mesti diterima dan diabaikan. Oleh itu, L68T ini jelas diharamkan di dalam Islam melalui firman Allah SWT [TMQ al-A’raf (7): 80-84].
Walaupun ayat ini membincangkan tentang perilaku kaum Nabi Luth, perilaku ini juga diharamkan ke atas kita, umat Nabi Muhammad SAW, sebagaimana hadis dari Ibnu Abbas RA:
مَنْ وَجَدْتُموُه يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْم لُوط فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ
“Siapa sahaja yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Nabi Luth, maka bunuhlah kedua pelakunya” [HR at-Tirmidzi, Abu Dawud dan Ibn Majah].
Maka jelaslah bahawa hukum L68T adalah haram dalam Islam. Ini bermakna L68T jelas bukan semula jadi, tetapi sebaliknya merupakan penyimpangan tingkah laku. Hukumnya haram dan juga merupakan dosa besar. Pelakunya akan diberi hukuman yang berat, termasuk hukuman mati. Jika L68T adalah semula jadi, atau Qadha’ dan Qadar Allah, maka tidak mungkin hukumnya diharamkan dan tidak mungkin pelakunya boleh dibunuh.
Memandangkan Islam menganggap ini sebagai satu perilaku menyimpang, malah dosa besar yang diharamkan, ia mesti dicegah agar ia tidak menjadi kebiasaan. Jika sudah menjadi kebiasaan, maka satu-satunya cara untuk menghentikan penyebarannya adalah dengan melarangnya dan mengenakan hukuman yang keras. Wallahu a’lam.
#bahayaliberalisme #lgbtharam