Mengapa Seseorang Boleh Melakukan Atau Mengalami Penyimpangan Seksual?
Oleh: Ustaz Hafidz Abddurrahman, MA
Penyimpangan seksual itu bukan penyakit yang muncul kerana fitrah. Penyimpangan seksual itu muncul disebabkan kerana persekitaran, kerana masalah psikologi, kerana masalah kebiasaan. Inilah faktor-faktor yang mencetuskan kejadian atau kemunculannya.
Contohnya, persekitaran di mana seseorang dibesarkan tanpa figura bapa, atau mungkin dia lebih rapat dengan ibunya. Anak lelaki yang kehilangan figura ayah di dalam rumah, baik figuranya itu memang tidak ada atau ada tapi kehadirannya tidak dirasakan, akan mempunyai kecenderungan untuk memiliki karakter atau sifat yang “feminin”.
Faktor lain mungkin muncul kerana dia pernah menjadi mangsa keganasan atau hal-hal yang seumpama itu, sehingga kemudian muncul kesan seterusnya, iaitu keinginan untuk “melakukan pembalasan” dengan mencari mangsa yang lain.
Dan yang ketiga, wujud faktor habit atau kebiasaan. Tabiat ini boleh jadi kerana persekitaran, atau kerana dia pernah menjadi mangsa, atau kerana ada ketagihan terhadap pornografi. Akhirnya, ini mempengaruhi keinginan dan naluri seseorang untuk mencuba, kemudian dia melakukan perkara tersebut. Maka ini juga akan membentuk perilaku seksual yang menyimpang tadi.
Semua ini sudah tentu boleh diubati, caranya dengan memulihkan kesedaran melalui keimanan, melalui pendidikan yang kuat di dalam diri kita, sehingga kemudian ketakwaan tadi betul-betul ditanamkan. Kemudian, melalui kawalan ketat dan, sudah tentu, kesedaran. Aspek yang paling penting dalam peningkatan diri ialah kesedaran bahawa perbuatan ini adalah dosa besar yang mesti dielakkan, dan hukumannya berat di sisi Allah SWT. Semua ini, Insya-Allah, akan membantu mencegah tingkah laku yang menyimpang.
#kesedaran #muhasabah #LGBT