Menumpas Gerakan LGBT
Oleh: Ustaz Iwan Januar
Hari ini hampir tiada ruang yang selamat bagi umat Islam untuk menghindari gerakan LGBT. Mereka hadir di alam siber mahupun dunia nyata. Gerakan ini bergerak secara sistematik, bukan secara sporadik, yang digerakkan oleh kekuatan global. Sudah tentu dengan sokongan kewangan yang besar.
Siapa sangka, meskipun berlabelkan tayangan YouTube Kids, namun hakikatnya ia tidak selamat untuk kanak-kanak. Hal ini terbukti setelah ditemui beberapa kandungan LGBT secara eksplisit dalam beberapa tayangan di YouTube Kids. Salah satunya adalah Cocomelon Lane yang diterbitkan oleh Moonbug. Sejak episod pertama, tayangan ini secara terbuka telah memaparkan watak beridentiti LGBTQ. Misalnya, sepasang lelaki yang disebut sebagai ’ayah dan papa’, namun berperanan sebagai ibu bapa.
Kandungan ini mengundang perbincangan dan kritikan terhadap YouTube. Lebih-lebih lagi, ramai ibu bapa beranggapan bahawa kewujudan YouTube Kids sepatutnya selamat untuk kanak-kanak dengan menyediakan tayangan yang bersifat mendidik di samping menghiburkan. Namun, ternyata YouTube mempunyai kaitan dengan rangkaian LGBTQ dalam menyebarkan pandangan ini kepada kanak-kanak.
Bukan hanya YouTube, perkhidmatan penstriman filem digital Netflix juga menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak. Concerned Women for America (CWA), sebuah kumpulan advokasi konservatif yang berpangkalan di Amerika Syarikat, telah menerbitkan laporan yang menyoroti peningkatan kandungan LGBTQ dalam program kanak-kanak di platform tersebut. Laporan itu menilai bahawa perubahan kandungan ini berpotensi mempengaruhi penonton dari kalangan kanak-kanak.
Dahulu, ketika tayangan digital belum mendunia, pelbagai buku kanak-kanak termasuk yang bergenre pendidikan kanak-kanak, turut ditemui mengandungi kandungan LGBTQ. Sebahagian buku tersebut pernah beredar di Indonesia dan akhirnya ditarik balik setelah menerima kritikan hebat daripada umat Islam.
Serius dan Sistematik
Apa yang dilakukan oleh kelompok LGBTQ ini menunjukkan kesungguhan mereka untuk terus menyebarkan nilai-nilai tersebut. Bukan sahaja melalui hubungan sosial, tetapi juga dengan melaksanakan langkah-langkah yang sistematik, menelan kos yang besar dan disokong oleh pelbagai negara dan institusi dunia. Kempen mereka bukan sahaja berbentuk filem, lagu, dan bahan bacaan, tetapi juga melalui dasar-dasar politik.
Tidak menghairankan jika kemudiannya jumlah negara yang meratifikasi undang-undang yang mengiktiraf kaum Sodom ini terus bertambah. Pada tahun 2001, hanya Belanda yang mengiktiraf kewujudan dan perkahwinan sesama jenis. Namun, pada tahun 2025 sudah terdapat 39 negara yang memberikan ruang kepada perkahwinan bagi kaum LGBTQ.
Apakah langkah-langkah yang mereka lakukan untuk meluaskan penerimaan ini?
Pertama, menggunakan legitimasi ilmiah bahawa gay dan lesbian merupakan faktor keturunan (hereditas). Dalam Majalah Science edisi 2019, ahli genetik Andrea Ganna dari Broad Institute of MIT dan Harvard, bersama rakan-rakannya, menjelaskan kajian terbesar yang pernah dilakukan mengenai gen yang berkaitan dengan tingkah laku seksual sesama jenis. Dengan menganalisis DNA hampir setengah juta orang dari Amerika Syarikat dan UK, mereka menyimpulkan bahawa faktor genetik menyumbang antara 8% hingga 25% terhadap tingkah laku seksual sesama jenis.
Terdapat juga teori berkaitan otak. Didakwa bahawa struktur dan aktiviti otak kaum LGBT dan heteroseksual menunjukkan perbezaan yang menarik. Teori ini menyatakan bahawa perbezaan daripada segi saiz, aktiviti dan simetri otak mungkin memainkan peranan dalam membentuk orientasi seksual seseorang. Ini bukan bermaksud wujud “otak gay” atau “otak hetero”, tetapi terdapat indikasi bahawa otak lelaki gay, misalnya, menunjukkan beberapa persamaan dengan otak wanita heteroseksual.
Semua teori tersebut pastinya mengundang perdebatan dalam kalangan ilmuwan. Ketua Bidang Kajian Ilmiah Asosiasi Psikologi Islam, Aliah B.P Hasan, mengatakan bahawa seorang homoseksual bukanlah suatu proses semulajadi. Aliah menjelaskan pada tahun 1993, Dean Hamer mengkaji 40 pasangan adik-beradik homoseksual. Beliau menjelaskan gen gay pada ketika itu dipercayai berasal daripada kromosom Xq28 yang diwarisi daripada ibu kepada anak lelaki. “Kajian di Barat tidak sepenuhnya menyatakan I was born gay,” katanya.
George Ebers dan George Rice dari University of Western Ontario, Kanada, kemudiannya mengulangi kajian Dean Hamer dengan jumlah responden yang lebih besar. Rice meneliti 52 pasangan saudara homoseksual untuk melihat kewujudan empat penanda di kawasan kromosom tersebut. Hasil kajian menunjukkan, pasangan saudara itu tidak menunjukkan kesamaan penanda pada kromosom Xq28, seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh Dean Hamer, kecuali secara kebetulan.
Walaupun demikian, teori yang kedengaran ’ilmiah’ ini menguntungkan kaum LGBTQ. Kemudian terus disebarluaskan untuk meyakinkan masyarakat dunia. Khususnya untuk memperdayakan orang awam.
Kedua, melalui pendidikan dan pembentukan pendapat umum. Setelah memperoleh pengiktirafan di pelbagai negara, kaum LGBTQ ini berusaha meluaskan pandangan mereka melalui saluran pendidikan. Malah, di Amerika Syarikat, beberapa negeri membenarkan isu LGBTQ menjadi sebahagian daripada kurikulum di sekolah-sekolah formal.
Tercatat bahawa negeri bahagian Maryland, Alabama, dan California memasukkan LGBTQ dalam kurikulum di sekolah-sekolah. Beberapa sekolah di Montgomery County, Alabama, telah memasukkan daftar bahan bacaan inklusif terhadap LGBTQ sebagai sebahagian daripada kurikulum seni bahasa Inggeris bagi tahun akademik 2023 hingga 2024.
Kandungan berkaitan LGBTQ turut dimasukkan, tentunya, dalam kurikulum keluarga dan kehidupan seksual manusia. Bezanya, pihak sekolah di Montgomery County, Alabama, membenarkan para pelajar memilih untuk tidak mengikuti mata pelajaran tersebut. Para pelajar hanya diwajibkan mengikuti kurikulum seni bahasa Inggeris.
Namun begitu, masyarakat setempat juga tidak berdiam diri. Para ibu bapa melakukan pelbagai protes terhadap pihak sekolah dan pemerintahnya untuk menyelamatkan anak-anak mereka. Mereka menuntut hak sebagai warganegara untuk mengamalkan kebebasan beragama dan menjaga keselamatan keluarga.
Ketiga, memanfaatkan media dan representasi digital. Komuniti LGBT memanfaatkan platform digital untuk mengekspresikan diri, membina jaringan, dan menyebarkan maklumat, terutama di negara-negara yang mempunyai sekatan sosial atau undang-undang. Perkhidmatan penstriman seperti Netflix, Disney, Prime, dan sebagainya digunakan untuk mencapai jutaan orang agar mengiktiraf dan menormalisasikan kewujudan kaum LGBTQ ini.
Pelbagai podcast mengandungi kandungan LGBTQ juga bertebaran di media sosial. Bermula daripada pelbagai teori ilmiah, pendidikan hinggalah kehidupan kaum pelangi ini terus diketengahkan. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan pendapat umum dan menangkis pemikiran yang menentang kewujudan mereka.
Pelbagai platform media sosial juga tidak ragu-ragu menyekat (banned) kandungan yang mengkritik LGBTQ. Akaun netizen yang mempersoalkan kewujudan pengikut kaum Sodom ini diberi amaran, malah ada yang dipadam secara sepihak oleh pihak pengurusan platform media sosial tersebut.
Keempat, mengundang pelbagai public figure untuk memberikan sokongan terhadap kewujudan mereka. Hal ini dilakukan oleh beberapa tokoh seperti artis, baik sebagai pelaku LGBT mahupun bukan, untuk menyokong gerakan LGBTQ ini. Beberapa seniman, pelakon/aktris tempatan mahupun antarabangsa mempopularkan atau memberikan pembelaan terhadap gerakan ini. Hal ini turut mempengaruhi para pengikut ataupun peminat artis-artis tersebut.
Kelima, kegiatan sosial dan budaya: Perarakan, festival dan aksi awam seperti pengibaran bendera pelangi menjadi simbol sokongan dan keterlihatan komuniti LGBT. Kaum LGBTQ juga membentuk pendapat umum melalui pelbagai kempen dan perarakan. Malah, dunia sukan juga tidak terlepas daripada menjadi medan kempen LGBTQ. Dalam acara bola sepak, misalnya, FIFA dan beberapa badan bola sepak serantau seperti UEFA menggalakkan penggunaan bendera pelangi di pelbagai acara perlawanan.
Di AS, misalnya, terdapat agenda Pride Month yang diadakan setiap bulan Jun pada setiap tahun. Perarakan ini menjadi wadah perjuangan dan hak-hak komuniti LGBTQ+ serta memperingati rusuhan Stonewall yang berlaku pada 28 Jun 1969 di New York City. Pride Month menjadi medan penting bagi mereka untuk menuntut kesamarataan dan penghapusan diskriminasi berdasarkan orientasi seksual dan identiti gender.
Keenam, menggunakan institusi-institusi antarabangsa seperti PBB agar banyak negara meratifikasi pelbagai peraturan yang mengiktiraf kewujudan kaum LGBTQ. Pada tahun 2019, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengkritik keras undang-undang syariah Islam yang baru dilaksanakan oleh Kesultanan Brunei Darussalam. Guterres menyatakan bahawa pelaksanaan hukuman mati dengan cara direjam bagi kesalahan zina dan hubungan seksual sesama jenis merupakan pelanggaran HAM.
Pada tahun 2016, PBB melalui United Nations Development Programme (UNDP) menyokong komuniti LGBT di peringkat global. Badan ini menjalin kerjasama serantau dengan Kedutaan Sweden di Bangkok, Thailand dan USAID. Untuk mendukung komuniti LGBT, UNDP menyalurkan dana sebanyak US$ 8 juta (sekitar RM24.75 juta) dengan fokus kepada empat negara: Indonesia, China, Filipina dan Thailand.
Pendapat berkaitan LGBT ini turut berkembang melalui pelbagai Lembaga Swadaya Masyarakat (LSM). Kelompok-kelompok LSM ini menjalankan aktiviti penyebaran pendapat serta memberikan perlindungan undang-undang kepada kaum pelangi tersebut.
Ketujuh, menggunakan legitimasi undang-undang di pelbagai negara. Setelah mendapat pengiktirafan di beberapa negara, maka kehadiran mereka bukan sahaja sah di sisi undang-undang, tetapi juga dilindungi. Kesannya, sesiapa sahaja yang dianggap menyerang kelompok ini maka akan dikenakan tindakan undang-undang. Hal ini semakin mengukuhkan aktiviti mereka di pelbagai negara.
Melihat kepada gerakan ini yang begitu meluas dan sistematik, tidak menghairankan jika populasi mereka terus meningkat. Pada tahun 2024, Badan PBB bagi Kesihatan Seksual dan Reproduktif (UNFPA) menyatakan bahawa kes LGBT di Indonesia contohnya meningkat sebanyak 20% berbanding tahun sebelumnya.
Memerlukan Khilafah Sebagai Pelindung
Di antara banyak agama dan ideologi di dunia, jelas bahawa hanya Islam yang begitu tegas menentang kewujudan gerakan ini. Dari sudut ajaran, Islam telah mengharamkan perilaku LGBTQ. Di dalam al-Quran, terdapat sejumlah ayat dalam beberapa surah tentang kemurkaan Allah SWT terhadap perilaku kaum Sodom, iaitu umat manusia pertama yang melakukan perilaku yang dilaknat ini. Firman-Nya:
وَلُوطًا إِذۡ قَالَ لِقَوۡمِهِۦٓ إِنَّكُمۡ لَتَأۡتُونَ ٱلۡفَٰحِشَةَ مَا سَبَقَكُم بِهَا مِنۡ أَحَدٖ مِّنَ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢٨
(Ingatlah) ketika Lut berkata kepada kaumnya, “Sesungguhnya kamu benar-benar melakukan perbuatan yang sangat keji (homoseksual) yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun daripada umat-umat sebelum kamu.” (TMQ al-Ankabut [29]: 28).
Rasulullah SAW melaknat perbuatan lelaki yang menyerupai seperti wanita, juga sebaliknya. Sabda baginda:
لَعَنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم المُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، والمُتَرَجِّلَاتِ مِنَ النِّسَاءِ، وقال: «أَخْرِجُوْهُمْ مِنْ بُيُوْتِكُمْ» قال: فَأَخْرَجَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فُلَانًا، وأَخْرَجَ عُمَرُ فُلَانًا
Nabi SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki. Baginda bersabda, ”Keluarkanlah mereka dari rumah kalian.” Ibnu ‘Abbas melanjutkan: Lalu Nabi SAW mengeluarkan si fulan. Umar pun mengeluarkan si fulan (HR al-Bukhari).
Bahkan Islam menetapkan hukuman mati untuk kaum gay jika didapati melakukan hubungan seksual sesama jenis. Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ
”Jika kalian menemukan seseorang yang melakukan seperti perbuatan kaum Lut, maka bunuhlah pelakunya dan pasangannya.” (HR Abu Dawud).
Islam juga memberikan tharîqah (metode) yang tegas dan menyeluruh untuk menangani gelombang besar ini, iaitu melalui penerapan hukum Islam oleh negara. Hakikatnya, tidak mungkin gerakan ini ditangani hanya melalui usaha peribadi atau komuniti. Sememangnya perlu ada negara yang menyelaraskan usaha untuk menangani mereka. Bahkan, negara bukan sekadar mencegah, tetapi juga menumpas gerakan tersebut.
Oleh itu, Islam mewajibkan penegakan Khilafah Islamiyah. Salah satu tujuannya adalah untuk melindungi umat manusia, khususnya kaum Islam. Khilafah akan menjalankan kempen secara besar-besaran mengenai bahaya perilaku LGBTQ ini.
Negara Islam akan menutup pelbagai saluran media sosial dan perkhidmatan penstriman yang mempromosikan LGBTQ. Negara Islam juga akan mengenakan hukuman kepada sesiapa sahaja yang menghasilkan kandungan-kandungan yang membawa mesej sedemikian.
Selain mengenakan hukuman tegas terhadap para pelaku LGBTQ dan sesiapa sahaja yang mendukung mereka, Khilafah juga akan menubuhkan institusi-institusi kaunseling untuk membantu kaum LGBTQ yang ingin bertaubat. Pengharaman dan fakta-fakta kebatilan pandangan berkaitan mereka juga akan disebarluaskan kepada masyarakat. Dengan itu, umat akan terlindung daripada kempen sesat mereka.
Oleh itu, menentang gerakan LGBTQ tanpa disokong oleh kekuatan negara merupakan sesuatu perkara yang sukar dilakukan. Perjuangan ini memerlukan dana yang besar, kekuatan undang-undang dan pendapat umum, serta institusi yang kukuh untuk melindungi umat.
Sumber: Al-Wa’ie
#HapusLGBT #kaumsodom #TegakKhilafah