DOA PENGHILANG KESEDIHAN
Al-Qadhi at-Tanukhi (w. 384 H) menyatakan dalam kitabnya, al-Faraju Ba’da asy-Syiddah, bahawa Imam al-Hasan al-Bashri berkata:
عجبا لـمَكْرُوب غَفَلَ عَن خمس، وَقد عَرَفَ مَا جعل الله لمن قالهن
“Sungguh menghairankan orang yang bersedih (namun) melupakan lima hal, sementara dia tahu apa yang Allah jadikan pada orang yang mengatakan lima hal tersebut.”
…
وَقَوله تَعَالَى: وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ، فَوَقَاهُ اللَّهُ سَيِّئَاتِ مَا مَكَرُوا
(Ketiga, Firman-Nya): “Wa Ufawwidhu Amrî Ilallâh, Innallâha Bashîrum Bil ‘Ibâd (Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya) Maka Allah memeliharanya daripada kejahatan tipu daya mereka.” (TMQ Al-Mukmin: 44-45).
وَقَوله تَعَالَى: وَذَا النُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ أَن لاَّ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ، فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْغَمِّ وَكَذَلِكَ نُنجِي الْمُؤْمِنِينَ
(Keempat), Firman-Nya: “Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika dia pergi dalam keadaan marah, lalu dia menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka dia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: Lâ Ilâha Illâ Anta Subhânaka Innî Kuntu Minadz Dzâlimîn (Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim), Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.” (TMQ Al-Anbiya’: 87-88).
…
Imam al Hasan al-Basri lalu berkata:
من لزم قِرَاءَةَ هَذِه الْآيَاتِ فِي الشدائد، كَشَفَها اللهُ عَنهُ، لِأَنَّهُ قد وَعَدَ، وَحَكَمَ فِيهِنَّ، بِمَا جعله لمن قالهن، حُكْمُه لَا يُبْطَل، ووعده لَا يُخْلَف
“Barangsiapa yang senantiasa membaca ayat-ayat tersebut pada saat dirundung duka dan kesedihan, maka Allah akan menghilangkan duka dan kesedihannya. Sebab itu semua adalah janji dan ketetapan Allah bagi orang-orang yang selalu membacanya. Keputusan-Nya tidak akan dibatalkan, dan janji-Nya tidak akan diselisihi”. (At-Tanukhi, Al-Faraj Ba’da as-Syiddah, h. 63-64.)
Tiga ayat yang lain dalam surah Al-Baqarah ayat 155-157, surah Ali Imran ayat 173-174, dan surah Ali Imran ayat 147-148 adalah bacaan yang boleh diamalkan dan diulang-ulang ayat tersebut.
===
Sumber: https://www.facebook.com/share/1BJk2Ww7ZP/
#doa #doahapuskesedihan