Penguasa Kaum Muslimin Berpolitik Talam Dua Muka
Oleh: Rahmah
Aktivis Muslimah Indonesia, Ustazah Iffah Ainur Rochmah mengatakan terdapat perbezaan antara dukungan yang diberikan para penguasa kaum Muslimin terhadap Palestin dengan tindakan yang diambil dalam hubungan antarabangsa.
“Penguasa di negeri kaum Muslimin ini berpolitik talam dua muka,” ujarnya dalam saluran YouTube Live Muslimah Insight ‘Tebing Barat Membara, New Gaza Semakin Nyata’ (Ahad), 9/8/2026.
Di satu sisi menurutnya, penguasa Muslim menyatakan dukungan kepada Palestin melalui forum diplomatik dan pernyataan politik. Tetapi di sisi lain tetap menjalin hubungan dengan negara-negara yang mendukung Israel. Menurutnya, ia adalah retorik semata.
“Ini adalah sikap yang menggambarkan bahawa sokongan terhadap Palestin itu hanya sokongan retorik belaka,” katanya ketika mengulas keterlibatan pemerintah Indonesia dalam Board of Peace (BOP).
Ia melihat langkah tersebut menimbulkan persoalan mengenai konsistensi tindakan pemerintah kerana Indonesia juga disebut tetap menjalin hubungan erat dengan Amerika.
“Memberi sokongan terhadap Palestin adalah amanah konstitusi,” ungkap Iffah yang memandang pernyataan sedemikian kerap disampaikan oleh pemerintah Indonesia.
Beliau mengatakan bahawa Indonesia telah menunjukkan sokongan terhadap Palestin dari awal dan kerana itulah pemerintah menyatakan tidak akan membiarkan Palestin. Namun, menurutnya, pernyataan tersebut perlu dibuktikan melalui tindakan yang lebih jelas.
“Suara dari Malaysia dan Indonesia itu sama,” ujarnya ketika membahas sikap kedua negara dalam forum antarabangsa.
Beliau menjelaskan bahawa menteri luar negeri kedua negara sama-sama menyuarakan dukungan yang lebih kuat bagi Palestin. Namun, beliau mengaku merasa pesimistik mengenai tindakan sepatutnya yang diambil dari dukungan tersebut.
“Perhatiannya, solidaritinya itu masih setakat itu,” katanya ketika membandingkan sikap umat dengan tindakan penguasa.
Menurutnya, umat Islam menunjukkan solidariti melalui doa, sumbangan, boikot, serta bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin. Beliau berpendapat, bentuk solidariti tersebut penting, tetapi belum menyelesaikan permasalahan secara menyeluruh.
“Yang ada justeru beberapa waktu yang lalu pemerintah sudah menyatakan komitmen untuk mengirimkan tentera dalam misi BOP,” ujarnya.
Beliau menjelaskan bahawa langkah tersebut adalah bertujuan memastikan pelaksanaan perjanjian damai dan gencatan senjata. Namun, beliau mempertikaikan mengapa tidak ada pernyataan yang secara tegas menunjukkan komitmen untuk menghentikan kekerasan terhadap Palestin pula.
Beliau menyimpulkan bahawa dukungan terhadap Palestin tidak cukup hanya melalui pernyataan diplomatik dan bantuan kemanusiaan, tetapi harus disertai tindakan yang konsisten dengan apa yang telah disampaikan.
“Kalau sokongan atau respon yang dikatakan dukungan terhadap Palestin masih setakat itu, tentu kita tidak dapat memberikan pertolongan atau membebaskan Palestin,” katanya.
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=rxz7yL6Mznk&t=2125s
#FreePalestine #ArmiestoAqsa #ArmiestoGaza