Pengilhakan Israel Raya, Kapitalisme Amerika: Dua Wajah Pendudukan Palestin
Oleh: Zahida Ar-Rosyida
Palestin sehingga kini masih menghadapi pendudukan dan perluasan kawalan Israel. Di Tebing Barat, perluasan permukiman dan operasi militer terus berlangsung. ANTARA (31/07/2026) memberitakan bahawa pegawai Palestin menilai Israel memperluas strategi yang digunakan di Gaza ke Tebing Barat, bersamaan dengan keganasan dan perluasan kawalan wilayah. Di Baitul Maqdis Timur, terdapat rencana pembangunan sekitar 2300 unit perumahan.
Sementara itu, Gaza memasuki fasa baru melalui Board of Peace (BoP) yang membawa agenda pembangunan semula, demiliterisasi, keselamatan, dan tadbir urus. CNBC (07/08/2026) melaporkan projek pertama BoP berupa pembangunan pos militer di Gaza. Amerika Syarikat juga disebut memperuntukkan lebih dari US$206 juta untuk mendukung International Stabilization Force di Gaza.
Pengilhakan dan Kapitalisme: Dua Wajah Penjajahan
Hakikatnya, pengilhakan Tebing Barat bukan tindakan sporadik. Ketika permukiman, penguasaan tanah, dan keganasan terus berlangsung walaupun mendapat kecaman antarabangsa, dapat dilihat adanya agenda memperluaskan kawalan Israel. Fakta di lapangan terus diubah sehinggalah ruang bagi Palestin sebagai negara berdaulat semakin sempit.
Inilah wajah projek Israel Raya: dominasi wilayah secara bertahap. Kerana itu, menggantungkan kemerdekaan Palestin pada kesediaan Zionis berdamai adalah ilusi politik. Bagaimana negara Palestin berdaulat dapat berdiri jika wilayahnya terus diilhakkan dan permukiman Israel diperluas?
Rundingan tanpa perubahan dalam hubungan kekuatan hanya berisiko mempertahankan ketidaksamaan: penjajah tetap menentukan, manakala Palestin terus diminta berkompromi.
Namun penjajahan juga hadir melalui wajah lain. Di Gaza, reka bentuk New Gaza dan BoP menempatkan Amerika pada kedudukan penting dalam Pembangunan semula, keselamatan, dan tadbir urus. Dalam logik kapitalisme, kehancuran juga dapat menjadi ruang projek dan kepentingan ekonomi.
Oleh sebab itu, pembangunan semula bukan sekadar soal membangun kembali gedung yang hancur. Tapi siapa yang menguasai pendanaan, keselamatan, tadbir urus, dan arah ekonomi akan memiliki pengaruh atas masa depan Gaza.
Inilah dua wajah penjajahan Palestin. Zionisme bekerja melalui perluasan dan penguasaan wilayah, sementara kapitalisme Amerika melalui pengaruh politik, ekonomi, dan kebergantungan. Bentuknya berbeza, tetapi sama-sama berbahaya jika membuat Palestin kehilangan kawalan ke atas tanah dan masa depannya.
Persatuan Politik Umat
Islam memandang Palestin tidak akan terbebas hanya dengan berharap pada kesediaan Zionis berdamai atau menyerahkan masa depannya kepada design kuasa besar. Pembebasan memerlukan kekuatan politik umat yang mampu menghentikan serangan dan menjaga kedaulatan negeri Muslim.
Allah SWT berfirman:
“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak,…” (TMQ An-Nisa: 75)
Pembelaan terhadap kaum tertindas bukan tindakan individual yang semberono, tetapi hendaklah berada dalam kerangka syariat dan autoriti politik yang sah. Negeri-negeri Muslim yang memiliki sumber alam dan kekuatan besar semestinya tidak berjalan secara sendiri-sendiri. Persatuan politik umat menjadi keperluan strategik menghadapi serangan dan dominasi asing.
Umat perlu kritis terhadap setiap design politik asing, termasuk BoP. Pembangunan semula Gaza memang diperlukan, tetapi jangan sampai pembangunan menjadi pintu masuk kawalan asing atas keselamatan, pemerintahan, dan ekonomi Gaza. Keterlibatan negara Muslim juga perlu dinilai dari kesannya: apakah memperkuat kepentingan umat atau sebaliknya memperkukuhkan dominasi asing.
Persoalan lainnya adalah fragmentasi negeri-negeri Muslim. Selagi umat terpecah dalam kepentingan nasional masing-masing, kekuatan besar akan lebih mudah menentukan arah politik kawasan. Islam menawarkan persatuan yang melampaui sempadan nasionalisme.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya imam itu adalah perisai; orang berperang di belakangnya dan berlindung dengannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Oleh itu, perjuangan Palestin mestilah diarahkan pada persatuan politik negeri-negeri Muslim dalam satu kepemimpinan Islam—Khilafah. Jalannya bukan melalui tindakan keganasan individual, melainkan dakwah politik-ideologi: membangun kesedaran umat, membongkar akar penjajahan, mengkritik kebergantungan kepada kekuatan asing, dan memperjuangkan persatuan politik berdasarkan syariat.
Allah SWT berfirman:
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (TMQ Ali Imran: 104)
Ayat ini menegaskan kewajipan adanya kelompok umat yang menyeru kepada kebaikan, melakukan amar makruf nahi mungkar. Dakwah tidak berhenti pada kesolehan individu, tetapi juga membangun kesedaran umat terhadap persoalan politik serta membetulkan kesalahan penguasa ketika kebijakannya bertentangan dengan Islam dan kemaslahatan umat.
Maka, pembebasan Palestin hendaklah menjadi sebahagian daripada perjuangan politik umat. Bukan sekadar mengutuk penjajahan, tetapi membangun kesedaran, menyatukan kekuatan, membongkar kebergantungan kepada kekuatan asing, dan memperjuangkan kepemimpinan politik Islam berdasarkan syariat.
Wallahualam.
#Palestin #FreePalestine #ArmiestoGaza #ArmiestoAqsa #WeNeedKhilafah