Muhasabah Lil Hukkam: Jalan Dakwah, Bukan Jalan Bughat
Oleh: Nabila Zidane
Setiap kali gelombang kritik terhadap pemerintah menguat, selalu muncul naratif yang sama, “Taatlah kepada ulil amri.”
Demonstrasi dianggap sebagai bentuk pembangkangan. Kritikan dipersepsikan sebagai usaha melemahkan negara. Bahkan, tidak sedikit yang menggunakan dalil tentang kewajipan mentaati pemimpin untuk menghentikan suara-suara yang memuhasabah dan membetulkan kesalahan kebijakan penguasa.
Padahal, persoalannya tidak sesederhana itu. Islam memang memerintahkan kaum Muslim mentaati ulil amri, tetapi ketaatan tersebut bukanlah ketaatan yang bersifat mutlak.
Ketaatan kepada pemimpin berada dalam bingkai ketaatan kepada Allah SWT., dan Rasul-Nya. Ketika sebuah kebijakan bertentangan dengan syariat Islam yang pastinya merugikan rakyat, maka umat sebaliknya memiliki kewajipan untuk mengingatkan, menasihati, dan melakukan amar makruf nahi mungkar kepada penguasa.
Inilah yang dalam khazanah politik Islam dikenal sebagai muhasabah lil hukkam, yakni membetulkan dan mengawasi para penguasa agar tetap berjalan sesuai hukum Allah.
Kebelakangan ini, penggunaan dalil tentang kewajipan taat kepada ulil amri sering kali hanya diposisikan sebagai legitimasi atas seluruh kebijakan pemerintah, tanpa terlebih dahulu mengukur apakah kebijakan tersebut sesuai atau bertentangan dengan syariat.
Akibatnya, ruang kritikan semakin dipersempit. Siapa pun yang menyampaikan muhasabah dianggap melawan negara, anti-pemerintah, bahkan dicap sebagai ancaman terhadap kestabilan.
Padahal, Islam tidak pernah mengajarkan budaya membungkam kritikan. Sebaliknya Rasulullah SAW., memberikan penghargaan tinggi kepada mereka yang berani menyampaikan kebenaran di hadapan penguasa yang zalim.
Rasulullah SAW., bersabda,
“Jihad yang paling utama adalah menyampaikan kalimat yang benar di hadapan penguasa yang zalim.”(HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, dan Ibnu Majah).
Hadis ini menunjukkan bahawa menyampaikan kebenaran kepada penguasa bukanlah tindakan tercela, melainkan sebahagian daripada amal yang agung.
Muhasabah Lil Hukkam dalam Pandangan Islam
Muhasabah lil hukkam sendiri merupakan sebahagian daripada aktiviti amar makruf nahi mungkar. Dalam sistem pemerintahan Islam, aktiviti ini bukan sekadar hak rakyat, tetapi kewajipan syarie.
Tujuannya bukan menjatuhkan pemimpin, bukan menciptakan kekacauan, melainkan memastikan bahawa kekuasaan tetap berjalan sesuai hukum Allah SWT.
Dalam Kitab Ajhizah Daulah Khilafah, Nizamul Hukmi fil Islam, mahupun Syakhsiyah Islamiyah Jilid II karya Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani dijelaskan bahawa umat memiliki peranan melakukan pengawasan terhadap penguasa. Bahkan, terdapat badan khusus seperti Majlis Umat yang menjalankan fungsi kawalan terhadap kebijakan negara.
Buku tersebut menunjukkan bahawa kritikan dalam Islam bukan sesuatu yang dilarang, melainkan sebahagian daripada mekanisme menjaga amanah kekuasaan.
Lalu bagaimana dengan keadaan negara yang menerapkan sistem sekular?
Dalam sistem sekular, undang-undang tidak dibangun di atas wahyu, melainkan hasil kesepakatan manusia. Konsekuensinya, lahirlah berbagai kebijakan yang sering kali bertentangan dengan syariat Islam dan menimbulkan berbagai persoalan di tengah masyarakat. Oleh kerana itu, amar makruf nahi mungkar terhadap penguasa tetap menjadi kewajipan umat.
Muhasabah dalam konteks ini bermakna membetulkan kebijakan yang bertentangan dengan hukum Allah, mengingatkan penguasa agar kembali kepada syariat, sekaligus menyeru agar sistem sekular diganti dengan sistem Islam yang bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah.
Tujuan kritikan tersebut bukan sekadar memperbaiki satu atau dua kebijakan, tetapi mengembalikan tadbir urus kehidupan agar dibangun di atas aturan Allah SWT.
Sering kali muncul tuduhan bahawa aktiviti semacam ini identik dengan pemberontakan (bughat). Padahal, keduanya sangat berbeza.
Dalam fikih siyasah Islam, bughat adalah kelompok yang mengangkat senjata dan melakukan perlawanan fizikal terhadap pemerintahan Islam yang sah. Sedangkan muhasabah lil hukkam dilakukan melalui dakwah, nasihat, penyampaian hujah, kritikan terhadap kebijakan, serta amar makruf nahi mungkar tanpa melakukan pemberontakan bersenjata. Perbezaan mendasar inilah yang sering diabaikan.
Akibatnya, setiap kritikan disamakan dengan usaha menggulingkan kekuasaan. Padahal, Islam membezakan secara jelas antara memuhasabah penguasa dan memberontak terhadapnya.
Bahkan dalam Riyadhus Shalihin, Imam An-Nawawi memasukkan pembahasan mengenai keadaan-keadaan yang dibolehkan melakukan ghibah. Salah satunya adalah menyebutkan kezaliman seseorang kepada pihak yang dapat menghilangkan kezaliman tersebut.
Para ulama menjelaskan bahawa menjelaskan kezaliman penguasa dalam rangka menegakkan keadilan termasuk yang dibolehkan, selagi ia dilakukan untuk kemaslahatan, bukan kerana kebencian peribadi atau mencari sensasi.
Oleh kerana itu, menyampaikan kritikan terhadap kebijakan yang zalim tidak automatik termasuk dosa ghibah, selagi ia bertujuan melakukan amar makruf nahi mungkar sesuai ketentuan syariat.
Pada akhirnya, umat Islam perlu memahami bahawa ketaatan kepada ulil amri bukanlah konsep yang berdiri sendiri. Ketaatan itu lahir ketika penguasa menjalankan hukum Allah. Sebaliknya, apabila kebijakan menyelisihi syariat, umat tetap berkewajipan mengingatkan dengan cara-cara yang dibenarkan Islam.
Peta jalan perubahan yang ditawarkan Islam pun jelas. Perubahan tidak dimulai dengan kekerasan ataupun pemberontakan. Perubahan dimulai dari dakwah Islam kaffah yang membangun kesedaran umat terhadap kewajipan berhukum dengan syariat Allah.
Dari kesedaran inilah lahir perjuangan politik Islam yang bertujuan menegakkan institusi pemerintahan yang menerapkan syariat secara menyeluruh. Dalam pandangan yang dianut sebahagian ulama dan pemikir politik Islam, institusi tersebut adalah Khilafah.
Ketika syariat diterapkan secara kaffah, maka kewajipan mentaati ulil amri pun berjalan sesuai dengan ketentuan yang telah digariskan oleh Allah SWT.
Jadi sahabat, muhasabah lil hukkam bukanlah pembangkangan. Ia adalah bentuk kepedulian umat terhadap amanah kekuasaan. Sebab, penguasa bukan manusia yang maksum. Mereka dapat salah, lalai, bahkan zalim. Ketika umat diam terhadap kemungkaran penguasa, bukan hanya pemimpin yang menanggung akibatnya, tetapi seluruh masyarakat akan merasakan impaknya daripada kebijakan yang menyimpang.
Oleh kerana itu, selama ia dilakukan dengan cara yang dibenarkan syariat, berdasarkan ilmu, hujah, dan niat mengembalikan kehidupan kepada aturan Allah, muhasabah lil hukkam adalah sebahagian daripada amar makruf nahi mungkar yang mulia bukan tindakan membangkang.
#muhasabahlilhukkam #muhasabahpemimpin #amarmakruf #nahimungkar