PARA PENGUASA MUSLIM BERLUMBA-LUMBA BERPIDATO DARI PENTAS PERHIMPUNAN AGUNG PBB, NAMUN TINDAKAN NYATA TIDAK WUJUD DALAM KAMUS MEREKA!
Dalam ucapannya di hadapan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa, Presiden Turki Erdoğan berkata, “Masyarakat antarabangsa perlu memberikan tekanan yang lebih besar terhadap I5R4EL,” sambil menyeru agar lebih banyak negara mengiktiraf Negara Palestin.
Sementara itu, Raja Jordan Abdullah II berkata bahawa dunia perlu menanggung akibat daripada pengabaian terhadap pelbagai krisis dan konflik berpanjangan di Timur Tengah. Menurutnya, kesannya bukan sahaja dirasai di rantau tersebut, malah turut menjejaskan ekonomi dan kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Dia menambah, “Apabila melibatkan pertanggungjawaban I5R4EL, pelbagai keputusan hanya menjadi dakwat di atas kertas. Akibatnya, wujud sebuah negara yang tidak mempunyai sesiapa yang mampu menghalangnya.”
Adapun Emir Qatar, Tamim bin Hamad Al Thani, berkata bahawa tidak mungkin untuk berbicara mengenai suatu tatanan antarabangsa yang adil selagi isu Palestin masih menjadi “titik buta” (blind spot) di dalamnya. Dia menyifatkan apa yang berlaku di Gaza sebagai “genosid dalam erti kata yang sebenar”, dan berkata bahawa generasi akan datang akan berasa hairan melihat betapa besarnya jurang antara bencana kemanusiaan yang berlaku dengan tindak balas antarabangsa untuk menghentikannya.
Begitu juga dengan para penguasa Muslim yang lain. Mereka mungkin berbeza dalam beberapa ungkapan dan retorik, tetapi pada asasnya mereka sama. Mereka masih terus menguar-uarkan projek-projek perdamaian dan usaha menyelesaikan konflik melalui penyelesaian dua negara, iaitu dengan mengiktiraf legitimasi pendudukan ke atas lebih daripada tiga perempat wilayah Palestin, sedangkan rakyat Palestin hanya diberikan sebuah negara yang kecil dan lemah.
Mereka menyangka bahawa penyelesaian tersebut akan menjadi formula ajaib untuk menamatkan konflik di Palestin dan Timur Tengah. Mereka lupa — atau berpura-pura lupa — bahawa umat Islam mengambil tekad dan prinsip mereka daripada akidah serta hukum agama mereka, yang tidak membenarkan mereka menyerahkan walau sejengkal pun tanah Isra’ dan Mikraj kepada mana-mana penjajah.
Walaupun mereka semua bersetuju bahawa apa yang dilakukan oleh entiti Y4HUD1 terhadap saudara-saudara kita di Palestin merupakan genosid dan jenayah yang amat keji, mereka tidak menawarkan penyelesaian selain menyeru agar entiti tersebut diberikan tekanan supaya menghentikan jenayahnya. Seolah-olah entiti itu akan berhenti dengan sendirinya kerana rasa kasih dan kehormatan!
Atau seolah-olah tatanan antarabangsa benar-benar mengambil berat tentang umat Islam dan Palestin. Sedangkan Raja Jordan sendiri berkata, “Apabila melibatkan pertanggungjawaban I5R4EL, pelbagai keputusan hanya menjadi dakwat di atas kertas. Akibatnya, wujud sebuah negara yang tidak mempunyai sesiapa yang mampu menghalangnya.”
Mereka semua sebenarnya memahami bahawa PBB tidak lebih daripada alat bagi negara-negara besar dan kuasa-kuasa penjajah, dan bahawa keputusan-keputusannya tidak membawa sebarang makna kecuali apabila digunakan untuk memenuhi kepentingan dan agenda imperialisme. Namun, mereka tetap datang ke pentas PBB untuk menyampaikan ucapan dan kenyataan yang mereka sendiri tahu tidak akan pernah keluar daripada dinding bangunan tersebut!
Jalan untuk membela Palestin sebenarnya bukanlah sesuatu yang tidak diketahui. Semua orang mengetahui bahawa, tidak ada jalan untuk membebaskan Palestin kecuali dengan bergeraknya pasukan kaum Muslimin untuk membebaskannya secara keseluruhan.
Rasulullah SAW bersabda,
“Kiamat tidak akan tegak hingga kalian memerangi orang-orang Y4HUD1, sampai batu yang di belakangnya ada seorang yahudi berkata, ‘Wahai Muslim, ini ada orang yahudi di belakangku, bunuhlah dia.'” [Muttafaq ‘alaih]
Namun, para penguasa tersebut masih terus mengulang-ulang penyelesaian dan projek yang dibuat oleh para penjajah, sedangkan tindakan nyata yang dianggap berkesan ditinggalkan.
Allah SWT berfirman:
وَقُلِ ٱعْمَلُوا۟ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُۥ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلْغَيْبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ١٠٥
“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”. (TMQ at-Taubah [9]: 105)
Kesedaran para penguasa terhadap jenayah entiti Y4HUD1 dan ketidakberdayaan PBB tidak serta-merta menjadikan mereka sebagai wira yang membela kepentingan umat. Sebaliknya, hal tersebut menjadi bukti adanya persekongkolan mereka dengan penjajah kafir. Mereka mengetahui realiti yang berlaku, namun tetap tidak mengambil tindakan nyata untuk membela Palestin dan rakyatnya.
Harapan dan tumpuan diletakkan pada orang-orang yang ikhlas dalam kalangan pasukan umat Islam. Mereka diharapkan bergerak untuk membela umat dan kepentingannya, membebaskan Palestin serta negeri-negeri Muslim lain yang masih diduduki, tanpa bergantung kepada para penguasa yang menjadi kaki tangan dan bersekongkol dengan penjajah.
Maka, segeralah bergerak, wahai pasukan kaum Muslimin!
Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir