Mengapa Palestin Masih Belum Dapat Dibebaskan?
Permasalahan Palestin sebenarnya merupakan persoalan hidup dan mati. Semakin lama Palestin dibiarkan tanpa ada yang membela, akan semakin banyak nyawa terkorban, semakin banyak orang yang sakit hingga bertarung nyawa, semakin banyak pelarian yang kelaparan dan akan semakin panjang penderitaan umat Islam. Persoalannya, mengapa setelah puluhan tahun dijajah, Palestin belum juga dapat dibebaskan?
Secara umumnya ada permasalahan internal dan eksternal yang dihadapi umat Islam.
Pertama: Secara internal, umat Islam mengalami permasalahan yang sangat serius. Mereka terpecah-belah di beberapa negara-bangsa (nation state) yang lemah. Umat Islam yang dahulunya bersatu dalam kesatuan politik dan tenteranya di bawah naungan Khilafah, kini terpisah-pisah menjadi sekitar 57 negara-bangsa. Apalagi negeri-negeri umat Islam tersebut mengalami fragmentasi politik dan kepentingan. Akibatnya, kesatuan visi dan langkah dalam membela Palestin sukar diwujudkan. Bagaimana kita dapat membebaskan Palestin jika sesama negeri Muslim terlibat konflik antara satu sama lain?
Secara internal, para pemimpin negeri-negeri umat Islam juga salah dalam metode memerdekakan Palestin. Tidak sedikit mereka yang mengusulkan solusi yang batil, yakni solusi dua negara (two state solution), yakni satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi untuk entiti zionis Yahudi. Konsep ini bukan hanya batil, melainkan juga menyakiti dan mengkhianati umat Islam seluruh dunia. Bagaimana penjajah boleh diberi tanah yang sejatinya milik umat Islam?
Di antara hal lain yang menghambat pembebasan Palestin adalah pengkhianatan para pemimpin umat Islam. Ada begitu banyak negeri yang majoriti beragama Islam justeru menjalin hubungan diplomatik dengan entiti Yahudi. Mesir, misalnya, menjalin hubungan diplomatik dengan entiti Yahudi sejak Perjanjian Damai Camp David pada tahun 1978. Jordan menandatangani perjanjian damai dengan entiti Yahudi pada tahun 1994. Kesatuan Emiriah Arab (UEA) dan Bahrain menormalisasi hubungan dengan entiti Yahudi pada tahun 2020 melalui Kesepakatan Abraham. Sudan setuju untuk menormalisasi hubungan dengan entiti Yahudi pada tahun 2020. Maroko menormalisasi hubungan dengan entiti Yahudi pada tahun 2020. Turkiye sejak tahun 1949 menjalin hubungan diplomatik dengan entiti Yahudi. Bosnia-Herzegovina menjalin hubungan diplomatik dengan entiti Yahudi sejak 31 Ogos 1997. Kosovo menjalin hubungan diplomatik dengan entiti Yahudi sejak 4 September 2020. Persoalannya, bagaimana mungkin umat Islam boleh mengusir entiti zionis Yahudi dari tanah Palestin, sementara dalam masa yang sama mereka bermesraan dengan negara penjajah?
Kedua: permasalahan eksternal. Di antara faktor penyebab negara entiti Yahudi tetap bertahan menjajah Palestin adalah kerana didukung oleh negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah, baik dalam bentuk bantuan ketenteraan, ekonomi mahupun diplomasi. Ini mengukuhkan lagi kedudukan entiti zionis Yahudi itu dalam mempertahankan penjajahannya.
Institusi antarabangsa paling berpengaruh di dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, turut menyokong entiti Yahudi. Pada 29 November 1947, Perhimpunan Agung PBB, sebagai contoh, meluluskan Resolusi 181. Resolusi ini mencadangkan pembahagian Palestin kepada dua negara: satu Yahudi dan satu Arab, dengan Jerusalem menjadi wilayah antarabangsa di bawah pengawasan PBB. Dalam rancangan ini, 56% wilayah Palestin telah diberikan kepada negara Yahudi, walaupun pada masa itu populasi Yahudi hanya kira-kira satu pertiga daripada jumlah penduduk Palestin. Seterusnya, pada 14 Mei 1948, PBB juga memberikan sokongannya kepada entiti Zionis apabila mereka secara sepihak mengisytiharkan kemerdekaan mereka, dengan memetik sokongan antarabangsa yang diberikan melalui Resolusi 181. PBB kemudiannya menerima entiti Yahudi itu sebagai ahli penuh pada 11 Mei 1949, melalui Resolusi 273. Oleh itu, adalah mustahil bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengeluarkan dasar yang mengusir Yahudi dari Palestin kerana mereka disokong sepenuhnya oleh PBB.
– Luthfi Afandi
Petikan: https://alwaie.net/analisis/refleksi-isra-miraj-dan-pembebasan-palestina/
#710 #TaufanAlAqsa #LetsSpeakUpForPalestine