Pembebasan Palestin Memerlukan Khilafah
Berdasarkan berbagai fakta dan permasalahan yang ada, keberadaan institusi pemerintahan Islam, yakni Khilafah bukan sekadar wajib, melainkan sangat diperlukan. Khilafah adalah kepemimpinan umum bagi umat Islam di seluruh dunia, yang menerapkan syariah Islam secara kaffah dan mengemban dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia. Sebagai kepemimpinan umum bagi umat Islam sedunia, Khilafah bertanggungjawab melindungi umat daripada penindasan dan melindungi wilayah umat Islam di manapun daripada penjajahan.
Dalam sejarah, Khilafah memainkan peranan penting dalam upaya melindungi umat Islam, termasuk melindungi tanah suci umat Islam (Palestin) daripada sebarang usaha perampasan oleh Zionis Yahudi. Bahkan ketika Khilafah Islam sudah mulai lemah, yakni pada tahun 1896, pimpinan Zionis, Theodor Herzl menghantar perwakilannya untuk bertemu dengan Sultan Abdul Hamid II. Dia menawarkan imbalan besar jika Yahudi diizinkan membeli tanah di Palestin untuk mendirikan negara Yahudi. Pada saat itu, Khalifah Abdul Hamid II dengan tegas menolak permintaan Zionis tersebut. Beliau menyatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah milik umat Islam yang tidak boleh dijual kepada siapa pun. Dalam lintasan sejarah, Palestin sebagai bahagian daripada wilayah kaum Muslim, dilindungi oleh kekuatan Khilafah, seperti Khilafah Umayah, Abbasiyah dan Uthmaniyah. Ketika Khilafah runtuh pada 1924, umat Islam kehilangan institusi politik yang mampu melindungi dan memperjuangkan hak-hak mereka di Palestin.
Keberadaan Khilafah sebagai institusi politik tentu akan dapat menyatukan kekuatan negeri-negeri umat Islam yang kini terpecah-belah; menyatukan kekuatan tentera, politik dan ekonomi umat Islam untuk mengusir penjajahan Zionis Yahudi. Pada masa Khalifah Umar bin al-Khattab RA, tahun 637 M (15 H), dengan kekuatan politik dan tentera yang kuat, di bawah komando Khalifah, wilayah Palestin dapat dibebaskan daripada cengkaman Kekaisaran Byzantium Romawi. Ketika Baitul Maqdis dijajah tentera salib Kristian selama sekitar 88 tahun, pada tahun 1187 M, Sultan Shalahuddin al-Ayyubi juga dengan kekuatan politik dan tenteranya, dapat kembali membebaskan Baitul Maqdis daripada penjajahan.
Oleh sebab itu, pembebasan Palestin saat ini juga hanya mungkin dilakukan dengan persatuan kaum Muslim seluruh dunia, juga dengan kekuatan politik dan tentera yang kuat. Hal itu akan terealisasi jika ada khilafah di tengah-tengah kaum Muslim.
– Luthfi Afandi
*Dipetik dari artikel asal: Refleksi-isra-miraj-dan-pembebasan-palestina/Alwaie
#710 #TaufanAlAqsa #LetsSpeakUpForPalestine