Mengembalikan Peranan Ulama sebagai Pewaris Risalah dan Penggerak Kebangkitan Umat
Oleh: Atik Hermawati
Sememangnya jasa ulama tidak layak dilupakan. Namun, persoalannya tidak berhenti pada bagaimana mengenang jasa mereka. Yang jauh lebih penting adalah bagaimana menempatkan kembali peranan ulama sesuai dengan amanah yang diberikan oleh Islam.
Ulama adalah Pewaris Risalah Nabi ﷺ
Islam menempatkan ulama pada kedudukan yang mulia. Ulama bukan sekadar tokoh agama, penjaga moral, atau pelindung sosial masyarakat. Mereka adalah pewaris para nabi.
Rasulullah ﷺ bersabda:
إِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ، إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا، وَرَّثُوا الْعِلْمَ
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu.” (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi)
Sebagai pewaris para nabi, ulama bukan sekadar mewarisi ilmu, tetapi juga mengemban amanah risalah. Mereka memiliki tanggungjawab membimbing umat agar kehidupan manusia berjalan sesuai dengan petunjuk Allah ﷻ.
Kerana itu, peranan ulama tidak cukup hanya sebatas menyampaikan pengajian, menjaga tradisi keagamaan, memberikan nasihat moral, atau menjaga keharmonian di tengah masyarakat. Semua itu tentu merupakan amal kebajikan yang penting. Namun, amanah ulama jauh lebih luas, iaitu membimbing umat dengan Islam dan mengarahkan kehidupan mereka agar senantiasa berjalan sesuai dengan tuntunan Allah ﷻ.
Allah ﷻ berfirman:
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.” [TMQ Ali Imran (3): 104]
Ayat ini menunjukkan bahawa dakwah, amar makruf nahi mungkar, dan usaha menjaga umat daripada penyimpangan merupakan bahagian penting daripada kehidupan kaum Muslim. Ulama, sebagai orang yang memiliki ilmu, memiliki tanggungjawab besar dalam menjalankan amanah tersebut.
Ketika Peranan Ulama Bergeser
Namun, di tengah kehidupan yang berada dalam dominasi sistem kapitalisme-sekular, peranan ulama menghadapi cabaran yang tidak sederhana.
Ulama yang sepatutnya menjadi pembimbing umat sekaligus mengingatkan dan memuhasabah penguasa, tidak ditempatkan sebatas sebagai penyokong dasar kekuasaan semata. Nasihat yang sepatutnya menjadi pengingat boleh bergeser menjadi justifikasi. Suara yang sepatutnya menyuarakan kepentingan umat juga kadang-kala terseret ke dalam kepentingan politik tertentu.
Keadaan ini selayaknya menjadi renungan. Sebab, dalam paradigma kapitalisme-sekular, agama cenderung ditempatkan dalam ruang peribadi dan dan terpisah daripada kehidupan umum. Akibatnya, peranan ulama juga berpotensi disempitkan kepada bab ibadah dan akhlak semata, sementara bab politik, ekonomi, hukum, pemerintahan, pendidikan dan pelbagai isu umum lainnya dianggap berada di luar bidang agama.
Sedangkan, Islam adalah agama yang mengatur kehidupan manusia secara menyeluruh. Islam tidak hanya mengatur hubungan manusia dengan Allah ﷻ, tetapi juga mengatur hubungan manusia dengan manusia lain dan kehidupan bermasyarakat.
Di sinilah pentingnya mengembalikan peranan ulama kepada posisi yang sepatutnya: sebagai pewaris risalah nabi yang membimbing umat dengan pemahaman Islam yang kaffah, menyampaikan kebenaran, melakukan amar makruf nahi mungkar, serta berani mengingatkan dan memuhasabah penguasa ketika terjadi penyimpangan.
Kedekatan dengan penguasa tidak boleh membuatkan ulama hilang keberanian untuk mengatakan yang benar. Justeru, ketika seorang ulama berada dekat dengan kekuasaan, semakin besar pula amanahnya untuk memberikan nasihat, melakukan muhasabah, dan mengingatkan penguasa ketika terdapat dasar yang bertentangan dengan ketentuan Allah ﷻ.
Politik Ulama dan Kebangkitan Umat
Salah satu sebab akibat daripada amanah risalah tersebut adalah ulama tidak boleh berlepas diri daripada isu politik.
Dalam perspektif Islam, politik berkaitan dengan ri’ayah syu’un al-ummah, iaitu pengurusan urusan umat. Kerana itu, ulama tidak semestinya bersikap apolitik atau menganggap politik sebagai wilayah yang tidak berkaitan dengan agama. Sebaliknya, ulama perlu memahami isu politik agar mampu membimbing umat dalam menyikapi pelbagai isu yang menentukan kehidupan mereka.
Aktiviti politik ulama juga tidak semestinya berhenti pada kepentingan kebangsaan semata. Islam memandang kaum Muslim sebagai satu umat yang diikat oleh akidah. Kerana itu, kepedulian dan perjuangan ulama tidak sepatutnya terhenti pada kepentingan satu bangsa, tetapi juga mencakup isu umat Islam secara keseluruhan.
Ulama memiliki peranan penting dalam membangun kesedaran umat bahawa kaum Muslim merupakan satu kesatuan yang diikat oleh akidah dan syariat Islam.
Allah ﷻ berfirman:
إِنَّ هَٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُون
“Sesungguhnya umatmu ini adalah umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.” [TMQ Al-Anbiya (21): 92]
Ayat tersebut menegaskan kesatuan umat Islam berdasarkan ikatan akidah. Kerana itu, kepedulian politik ulama sepatutnya tidak berhenti pada isu nasional, tetapi juga diarahkan pada kepentingan umat Islam secara keseluruhan serta terwujudnya kehidupan yang sesuai dengan syariat Islam.
Salah satu bentuk tanggungjawab politik ulama adalah melakukan muhasabah lil-hukkam, iaitu membetulkan penguasa ketika terjadi penyimpangan. Hal ini merupakan bahagian daripada amar makruf nahi mungkar yang tidak hanya ditujukan kepada masyarakat, tetapi juga kepada pihak yang memiliki kekuasaan.
Rasulullah ﷺ bersabda:
أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ
“Jihad yang paling utama adalah menyampaikan perkataan yang adil di hadapan penguasa yang zalim.” (HR. Abu Dawud)
Hadis tersebut menunjukkan pentingnya keberanian menyampaikan kebenaran di hadapan penguasa. Kerana itu, ulama tidak sepatutnya hanya hadir ketika penguasa memerlukan doa, sokongan atau nasihat yang menyenangkan. Ulama juga perlu hadir ketika terdapat dasar atau keputusan yang menyimpang daripada ketentuan Allah ﷻ.
Keberanian memuhasabah penguasa dalam perkara tersebut merupakan salah satu wujud amar makruf nahi mungkar sekaligus bentuk tanggungjawab keilmuan ulama kepada umat.
Dari Muhasabah Menuju Kebangkitan Umat
Namun, tanggungjawab politik ulama tidak terhenti pada muhasabah terhadap penguasa. Ulama juga memiliki tanggungjawab membina kesedaran umat agar mampu memahami pelbagai masalah yang menimpa mereka, termasuk akar penyebab kemerosotan umat dan jalan perubahan yang ditawarkan oleh Islam.
Dengan demikian, ulama tidak hanya berperanan dalam membetulkan kekuasaan, tetapi juga membimbing umat agar memiliki kesedaran terhadap keadaan mereka dan terdorong untuk melakukan perubahan.
Di sinilah dakwah ulama memiliki dimensi strategik. Ulama perlu mendidik umat dengan akidah Islam yang kukuh sekaligus membangkitkan kesedaran mereka melalui tsaqafah Islam yang kaffah. Umat tidak cukup hanya dibekalkan pengetahuan tentang halal-haram dalam masalah individu, tetapi juga perlu dibimbing untuk memahami bagaimana Islam memberikan pandangan dan penyelesaian terhadap pelbagai masalah kehidupan.
Ulama perlu mengarahkan umat pada perubahan yang mendasar, bukan sekadar perubahan dasar yang bersifat separa. Perubahan tersebut adalah melanjutkan kembali kehidupan Islam secara kaffah dalam naungan sistem Islam, iaitu Khilafah.
Dengan demikian, ulama bukan sekadar pewaris ilmu. Mereka adalah pewaris risalah Nabi ﷺ, pembimbing umat, pengemban amar makruf nahi mungkar, pemuhasabah penguasa, sekaligus penggerak kebangkitan umat.
Maka, sudah saatnya peranan ulama dikembalikan pada kedudukan hakikinya. Itulah makna yang lebih mendalam daripada seruan untuk tidak melupakan jasa ulama: bukan sekadar mengenang jasa ulama, memberikan penghormatan, atau mengingati sumbangan mereka dalam perjalanan bangsa, tetapi menghidupkan kembali risalah yang mereka warisi daripada para nabi dan menjadikannya sebagai jalan untuk membimbing serta membangkitkan umat.
Sebab, kemuliaan ulama bukan semata-mata kerana mereka dihormati oleh penguasa atau masyarakat. Kemuliaan itu terletak pada sejauh mana ilmu yang mereka warisi daripada para nabi yang benar-benar mereka tunaikan sebagai amanah, iaitu menyeru kepada Islam, menjelaskan kebenaran, melakukan amar makruf nahi mungkar, memuhasabah penguasa, membina kesedaran umat dan mengarahkan umat menuju kehidupan yang diredhai Allah ﷻ.
Wallāhu a‘lam biṣ–ṣawāb.
*Diolah daripada sumber asal Suara Muballighah
#UlamaPewarisNabi #KebangkitanUmmah