Hijrah dan Kewajipan Mendirikan Negara Islam!
Oleh: Farid Wadjdi
Setiap kali tahun baru Hijrah, mengingatkan kita pada salah satu peristiwa terbesar dalam sejarah Islam, iaitu hijrah Rasulullah SAW dari Mekah menuju Yathrib (Al-Madinah Al-Munawwarah). Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat. Hijrah adalah peristiwa yang mengubah arah sejarah umat manusia. Hijrah tidak boleh dipisahkan daripada penegakan Negara Islam di Madinah.
Hijrah Rasulullah SAW adalah perintah Allah SWT. Hijrah adalah awal fasa baru perjuangan dan buah perjuangan dakwah Rasulullah SAW. Baginda telah menjalani fasa dakwah yang panjang di Mekah. Baginda menghadapi berbagai bentuk penolakan, gangguan, penyiksaan, bahkan ancaman pembunuhan. Akan tetapi, baginda tetap sabar dan istiqamah dalam menyampaikan risalah Islam. Hijrah bukanlah pelarian dan bukan cerminan rasa takut. Hijrah adalah bentuk ketaatan pada perintah Allah serta langkah persiapan menuju fasa baru dalam perjuangan Islam. Oleh sebab itu, perintah Allah SWT, apa pun risikonya, tetap dilaksanakan, termasuk jika terpaksa berhadapan dengan ancaman kematian.
Allah SWT memuliakan orang-orang yang berhijrah. Demikian sebagaimana firman-Nya (yang bermaksud): “Dan orang-orang yang berhijrah ke jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sesuangguhnya Allah akan memberikan kepada mereka rezeki yang baik (syurga). Dan sesungguhnya, Allah adalah Pemberi rezeki yang terbaik. Sesungguhnya, Dia (Allah) akan memasukkan mereka ke tempat (syurga) yang mereka sukai. Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.” (TMQ al-Hajj [22]: 58–59).
Hijrah bukan sekadar perpindahan dari Mekah ke Madinah. Hijrah adalah perpindahan dari keadaan tertindas menuju kejayaan, dari perpecahan suku menuju persatuan umat, dari kegelapan jahiliah menuju cahaya Islam. Dari peristiwa itulah berawal salah satu peradaban terbesar yang dikenal sejarah dengan penegakan Negara Islam. Inilah negara yang kemudian menjelma menjadi negara kuasa besar di dunia, Negara Khilafah.
Sayangnya, mendirikan Negara Islam yang merupakan pesan politik penting daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW sering terlupakan. Padahal hijrah Rasulullah SAW boleh disebut sebagai tonggak awal penegakan sebuah negara. Hal ini ditegaskan Syeikh Wahbah az-Zuhaili dalam kitabnya, Al-Fiqh al-Islâmi wa Adillatuhu: “Hijrah Nabi SAW menuju Al-Madinah Al-Munawwarah (Yathrib) dan peristiwa sebelumnya, iaitu Baiat Aqabah Pertama dan Baiat Aqabah Kedua, merupakan asas dalam kelahiran atau pembentukan Negara Islam (Ad-Dawlah al-Islamiyyah), atau Darul Islam, menurut istilah yang ada dalam kalangan fuqaha.”
Keberadaan Negara Islam, sebagaimana yang didirikan Rasulullah SAW, sangat penting dan hukumnya wajib. Hal ini seperti yang disampaikan oleh Ibnu Khaldun dalam Al-Muqaddimah: “Sesungguhnya pengangkatan imam (ketua Negara Islam) itu wajib. Kewajipannya dalam syariah telah diketahui berdasarkan Ijmak Sahabat dan Tâbi‘în. Para Sahabat Rasulullah SAW, ketika baginda wafat, segera membaiat Abu Bakar RA dan menyerahkan urusan mereka kepada beliau. Demikian pula pada setiap masa setelah itu.”
Mengingat betapa pentingnya kewajipan mengangkat khalifah (ketua Negara Khilafah), perkara ini bahkan lebih diutamakan jika diabandingkan dengan menguburkan jenazah Rasulullah SAW. Ini seperti yang disampaikan Ibnu Hajar al-Haitami dalam Ash-Shawâ‘iq al-Muhriqah: “Ketahuilah pula bahawa para Sahabat RA telah bersepakat bahawa mengangkat imam (khalifah), setelah masa kenabian berakhir, adalah wajib. Bahkan mereka menjadikan hal itu sebagai kewajipan terpenting sehingga mereka sibuk menguruskan hal itu sebelum pemakaman Rasulullah SAW.”
Kewajipan itu ditegaskan juga oleh Imam al-Haramain Al-Juwaini: “Telah terjadi ijmak atas kewajipan mengangkat seorang khalifah yang memerintah dan memutuskan perkara di antara manusia berdasarkan Islam.”
Senada dengan itu, Imam an-Nawawi berkata dalam Syarh Shahîh Muslim: “Para ulama telah berijmak bahawa kaum Muslim wajib mengangkat seorang khalifah.”
Apa tugas-tugas penting yang, mahu tidak mahu, mutlak memerlukan negara ditegaskan Jamaluddin al-Ghaznawi dalam Ushûl ad-Dîn: “Kaum Muslim wajib memiliki seorang imam (khalifah) yang mengurusi kemaslahatan mereka, seperti menjalankan hukum-hukum mereka, menegakkan hudûd, menyediakan pasukan tentera, mengambil zakat mereka dan menyalurkannya kepada yang berhak. Hal ini kerana, jika mereka tidak memiliki imam (khalifah), maka hal itu akan menyebabkan munculnya kerosakan di muka bumi.”
Ringkasnya, dalam penuturan Imam Al-Mawardi, Negara Islam atau Khilafah Islam itu diperlukan untuk menjaga agama dan mengatur urusan-urusan dunia kaum Muslim dan manusia berdasarkan Islam. Al-Mawardi berkata dalam Al-Ahkâm as-Sulthâniyyah: “Imamah (Khilafah) ditetapkan sebagai pengganti tugas kenabian dalam menjaga agama dan mengatur urusan dunia berdasarkan agama itu.”
Satu petikan dari artikel karya pemikir Palestin Dr. Ghazi Taubah, yang berbicara tentang kewajipan mengembalikan Khilafah ke realiti kehidupan, penting kita semak. Di antara ucapannya, “Jelas bahawa keruntuhan Khilafah Uthmaniyah memberi kesan yang menjejaskan umat Islam dan menghasilkan akibat-akibat yang sangat buruk. Sikap yang dituntut oleh syariah yang diwajibkan Islam atas umat adalah kewajipan berjuang menegakkan negara (Khilafah), mengangkat imam (khalifah), dan menerapkan syariah.”
Alhasil, cukuplah petikan kata para ulama terkemuka itu menegaskan kepada kita betapa pentingnya Khilafah ‘alâ Minhâj an-Nubuwwah bagi umat. Ini menegaskan kembali bahawa Khilafah adalah bahagian daripada syariah Islam dan keperluan umat saat ini. Oleh itu, penting bagi umat ini untuk bersama-sama memperjuangkan penegakan Kembali Khilafah ‘alâ Minhâj an-Nubuwwah, tidak berdiam diri. Sebab, hal itu bererti melalaikan kewajipan yang agung yang dapat menjerumuskan seorang Muslim ke dalam dosa besar.
Ayuh tegakkan kembali Khilafah ‘alâ Minhâj an-Nubuwwah. AlLâhu Akbar!
#muhasabah #nasihat #TegakKhilafah #KewajipanKhilafah