[Fiqh] Meraih Nusrah daripada Para Pemerintah Umat Islam pada Masa Kini
Soalan:
Dinyatakan di dalam Ash-Shahîhayn sabda Nabi SAW dengan lafaz:
«وَإِنَّ اللهَ لَيُؤَيِّدُ هَذَا الدِّينَ بِالرَّجُلِ الْفَاجِرِ»
”Sesungguhnya Allah menguatkan agama ini dengan orang yang jahat (fajir).”
Kerana para pemerintah kita ialah orang jahat (fajir), lalu mengapa mereka dikecualikan daripada talab an-nusrah, sedangkan dengan nas hadis tersebut mungkin sahaja mereka menolong agama ini?!
Memang tentera hari ini ialah pemilik kekuatan dan perlindungan. Cuma, saya berpandangan bahawa menyeru pemerintah lebih ringan dan lebih mudah daripada menyeru tentera yang patuh dan mentaati perintah pemerintah. Dengan itu tentera boleh membunuh, menyembelih dan memusnahkan bangsa-bangsa. Ini yang kita saksikan.
Lalu bagaimana dahulu pertolongan suku al-Aus dan al-Khazraj (yang diberikan kepada Rasulullah SAW di Madinah, pnyt.)? Adakah itu berasal daripada individu dan kesateria kabilah tersebut atau daripada pemimpin dua kabilah tersebut?
Jawapan:
Hadis yang Anda sebutkan itu tidak berkaitan dengan pertolongan untuk menegakkan negara, tetapi berkaitan dengan keharusan seseorang yang termasuk ahlu az-zimmah atau al-mu’ahad yang hidup di dalam Negara Khilafah. Dia boleh berperang bersama umat Islam di dalam pasukan mereka melawan musuh-musuh mereka.
Supaya jelas bagi Anda, saya memetik sebahagian teks yang berkaitan:
Hadis yang Anda sebutkan itu dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim:
«… ثُمَّ أَمَرَ بِلَالاً فَنَادَى بِالنَّاسِ إِنَّهُ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ إِلَّا نَفْسٌ مُسْلِمَةٌ، وَإِنَّ اللهَ لَيُؤَيِّدُ هَذَا الدِّينَ بِالرَّجُلِ الْفَاجِرِ»
”…kemudian beliau memerintahkan Bilal. Bilal lalu menyeru orang-orang bahawa tidak masuk syurga kecuali jiwa seorang yang Muslim, dan sesungguhnya Allah sungguh akan menguatkan agama ini dengan orang jahat (ar-rajul al-fâjir).”
Lafaz Imam al-Bukhari. Hadis ini bermaksud bahawa harus bagi orang kafir atau fasik yang hidup di dalam Daulah Islamiyah, seperti ahlu az-zimmah, untuk berperang di dalam pasukan Islam jika dia mempunyai kemahiran berperang. Antara dalilnya:
Pertama, dinyatakan di dalam Asy-Syakhshiyyah al-Islâmiyyah Jilid 2 “Bâb al-Isti’ânah bi al-Kuffâr fî al-Qitâl (Bab Meminta Pertolongan Orang Kafir di dalam Perang)”:
Boleh meminta pertolongan daripada orang kafir sebagai individu, dengan syarat mereka berada di bawah panji Islam (ar-rayah al-islamiyyah), tanpa mengira sama ada mereka orang zimmi atau bukan zimmi, iaitu sama ada mereka termasuk rakyat Daulah Islamiyah atau belum menjadi rakyat Daulah Islamiyah. Adapun meminta pertolongan daripada mereka sebagai kelompok tertentu yang mempunyai entiti bebas daripada Daulah Islamiyah, maka tidak boleh sama sekali. Jadi haram meminta pertolongan mereka dalam sifat mereka sebagai negara yang bebas. Dalil atas keharusan meminta pertolongan orang kafir dalam peperangan sebagai individu adalah seperti berikut:
«أَنَّ قُزْمَانَ خَرَجَ مَعَ أَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ ﷺ يَوْمَ أُحُدٍ وَهُوَ مُشْرِكٌ، فَقَتَلَ ثَلَاثَةً مِنْ بَنِيْ عَبْدِ الدَّارِ حَمَلَةَ لِوَاءِ الْمُشْرِكِيْنَ، حَتَّى قَالَ ﷺ: إِنَّ اللهَ لَيَأْزُرُ هَذَا الدِّيْنَ بِالرَّجُلِ الْفَاجِرِ» رواه الطبري في تاريخه
”Quzman pernah keluar bersama para Sahabat Rasulullah pada Perang Uhud, sementara dia seorang musyrik. Lalu dia membunuh tiga orang dari Bani Abdu ad-Dar pengusung panji kaum musyrik, sampai Rasul SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah menguatkan agama ini dengan orang jahat (ar-rajuli al-fâjir).” [HR ath-Thabari di dalam Târîkh-nya].
Kedua, juga dinyatakan di dalam Nayl al-Awthâr karya asy-Syaukani pada Bab “Mâ Jâ’a fî al-Isti’ânah bi al-Musyrikîn (Tentang Meminta Pertolongan kepada Kaum Musyrik):
Di antara yang menunjukkan kebolehan meminta pertolongan kaum musyrik adalah riwayat berikut:
«أَنَّ قَزْمَانَ خَرَجَ مَعَ أَصْحَابِ رَسُولِ اللهِ ﷺ يَوْمَ أُحُدٍ وَهُوَ مُشْرِكٌ فَقَتَلَ ثَلَاثَةً مِنْ بَنِي عَبْدِ الدَّارِ حَمَلَةَ لِوَاءِ الْمُشْرِكِينَ حَتَّى قَالَ ﷺ: إنَّ اللهَ لَيَأْزُرُ هَذَا الدِّينَ بِالرَّجُلِ الْفَاجِرِ»
”Quzman pernah keluar bersama para Sahabat Rasulullah pada Perang Uhud, sementara dia seorang musyrik. Lalu dia membunuh tiga orang dari Bani Abdu ad-Dar pengusung panji kaum musyrik, sampai Rasul SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah menguatkan agama ini dengan orang jahat (ar-rajuli al-fâjir).”
Demikian sebagaimana terbukti hal itu menurut para ahli sîrah (ahlu as-siyar).
Sebagaimana Anda lihat, hadis tersebut merupakan dalil atas kebolehan seseorang yang berasal dari ahlu adz-dzimmah atau al-mu’âhad berperang bersama kaum Muslim di dalam pasukan kaum Muslim melawan musuh-musuh mereka. Hadis tersebut tidak punya hubungan dengan pertolongan untuk menegakkan Khilafah.
Adapun pertanyaan anda tentang keharusan meminta pertolongan daripada para pemerintah umat Islam ketika ini, perkara ini telah dirincikan di dalam surat kami khusus untuk orang-orang yang bekerja dalam bidang thalab an-nusrah. Akan tetapi, saya akan mengambil bahagian yang berkaitan dengan pertanyaan Anda berkenaan meminta pertolongan daripada para pemerintah di negeri Islam ketika ini:
Jika di situ ada wilayah yang pemerintahnya mengurus masyarakat, yang mempunyai sifat entiti yang sesuai menurut entiti-entiti di sekelilingnya, sama ada kabilah atau negara, yang memelihara urusan mereka dan mengatur perkara mereka, yang memberikan ganjaran kepada orang yang berbuat baik di kalangan warganya dan menghukum orang yang berbuat jahat daripada mereka, dan lain-lain; kemudian ia mempunyai kekuatan dan perlindungan yang membolehkan dirinya mempertahankan diri di hadapan entiti-entiti lain di sekelilingnya, maka ketika itu ia menjadi entiti yang boleh dipinta talab an-nusrah daripadanya.
Kaedah thalab an-nusrah ada dalam dua keadaan: Pertama, diminta daripada ketua pihak ini, iaitu tokoh kabilah atau ketua negara. Kedua, diminta daripada sekumpulan orang daripada pemilik kekuatan (ahlu al-quwwah) di dalam pihak ini.
Penggunaan kaedah ini dalam dua keadaan tersebut bergantung pada realiti pihak ini, sebagai negara atau kabilah.
Jika pihak tersebut bebas dalam urusannya maka boleh meminta pertolongan mereka dengan mana-mana satu daripada dua keadaan di atas: daripada ketuanya atau daripada sejumlah orang pemilik kekuatan (ahlu al-quwwah) di situ. Adapun jika pihak tersebut terhubung dengan kekuatan luar dan tidak mahu meninggalkan kekuatan tersebut, sedangkan kita mengetahui hal itu, maka tidak diterima pertolongannya kecuali dia memutuskan hubungannya dengan kekuatan luar itu, dan kita tidak menggunakan (jika diperlukan) kecuali kaedah dalam keadaan kedua, iaitu daripada sekumpulan pemilik kekuatan (ahlu al-quwwah).
Dengan mengkaji dan merenungkan sirah Nabi SAW, menjadi jelas perkara ini secara nyata:
Kami telah merincikan perkara ini untuk orang-orang yang bekerja dalam meminta pertolongan (talab an-nusrah) dengan dalil-dalilnya. Cuma, saya menyebutkan satu perkara di antaranya yang berkaitan dengan pertanyaan Anda seperti berikut:
Adapun kabilah-kabilah yang mempunyai kaitan dengan kekuatan luar, demikian juga negara-negara yang berkaitan dengan pihak luar, maka kita tidak meminta pertolongannya jika kita mengetahui kaitan tersebut; dan kita tidak menerima pertolongannya dalam sesuatu dan tidak menolong mereka dalam sesuatu yang lainnya untuk menyenangkan negara asing yang mereka taati.
Akan tetapi, jika diperlukan maka kaedah dalam keadaan kedua yang diikuti. Maksudnya, meminta pertolongan orang-orang daripada pihak itu yang secara bersama, ketika menjawab permintaan pertolongan itu, membentuk kekuatan yang mampu merealisasikan perubahan. Hal itu sebagaimana yang berlaku dengan kabilah Syaiban bin Tha’labah. Dinyatakan di dalam ‘Uyun al-Athar (1/202):
Qasim bin Thabit menyebutkan dalam apa yang aku lihat daripadanya, daripada hadis Abdullah bin Abbas, daripada Ali bin Abi Talib, berkaitan Rasulullah yang keluar bersama Abu Bakar. Ali berkata: Abu Bakar sentiasa berada di hadapan dalam semua kebaikan dan berkata, “Daripada kaum manakah kamu semua?” Mereka menjawab, “Kami daripada Bani Syaiban bin Tha’labah.” Kemudian Abu Bakar menoleh kepada Rasulullah SAW dan berkata, “Demi bapa dan ibuku sebagai tebusanmu! Tidak ada seorang pun selepas mereka yang lebih mulia di kalangan kaum mereka.” Antara mereka ada Mafruq bin Amru, Hani’ bin Qabisah, Muthanna bin Haritsah dan an-Nu’man bin Syuraik. Mafruq mengungguli mereka dari segi ketampanan dan lisan (kemampuan berbicara).
Mafruq kemudian berkata, “Mungkin engkau saudara Quraisy?” Abu Bakar berkata, “Atau sudah sampai kepada kamu bahawa beliau ialah Rasulullah? Beliaulah orangnya.” Lalu Mafruq berkata, “Telah sampai kepada kami bahawa dia menyebutkan perkara demikian. Lalu apa yang engkau serukan, wahai saudara Quraisy?” Rasulullah SAW lalu maju ke hadapan dan bersabda:
«أَدْعُوْ إِلَى شَهَادَةٍ أَنَّ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ وَأَنِّيْ رَسُوْلُ اللهِ وَأَنْ تَؤْوُوْنِيْ وَتَنْصُرُوْنِيْ فَإِنَّ قَرَيْشًا قَدْ تَظَاهَرَتْ عَلَى أَمْرِ اللهِ وَكَذَّبَتْ رُسُلَهُ وَاسْتَغْنَتْ بِالْبَاطِلِ عَنِ الْحَقِّ وَاللهِ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيْدُ»
Aku menyeru kalian pada persaksian bahwa tidak ada tuhan kecuali Allah saja, dan tidak ada sekutu untukNya, dan bahawa aku Rasulullah; dan agar kalian mendukung, melindungi dan menolong aku. Sebabnya, Quraisy telah menentang perintah Allah dan mendustakan rasul-rasul-Nya serta mencukupkan diri dengan kebatilan daripada mendukung kebenaran. Allah Mahakaya lagi Maha Terpuji.”
Mafruq berkata, “Engkau menyeru, demi Allah wahai saudara Quraisy, pada akhlak yang mulia dan perbuatan yang baik. Sungguh binasa kaum yang mendustakan dan menentang dirimu.”
Seolah ia ingin mengikut sertakan al-Mutsanna ibn Haritsah dalam pembicaraan. Lalu ia berkata, “Kami telah menetap di sini dengan syarat perjanjian yang dibuat Kisra terhadap kami, bahawa kami tidak akan menimbulkan masalah. Kami juga tidak akan melindungi pembuat masalah. Sungguh aku melihat bahawa perkara yang kamu serukan kepada kami termasuk perkara yang dibenci oleh para raja. Jika kamu ingin kami mendukung dan menolong kamu dari apa yang mengikuti perairan orang Arab, maka kami lakukan.”
Rasulullah SAW lalu bersabda:
«مَا أَسَأْتُمْ فِيْ الرَّدِّ إِذْ أَفْصَحْتُمْ فِيْ الصِّدْقِ وَإِنَّ دِيْنَ اللهِ لَنْ يَنْصُرَهُ إِلَّا مَنْ حَاطَهُ مِنْ جَمِيْعِ جَوَانِبِهِ»
”Kalian tidak menjawab dengan buruk sebab kalian mengatakan dengan jujur. Sesungguhnya agama Allah tidak akan ditolong kecuali oleh orang yang melingkupi agama itu dari segala sisinya.”
Rasulullah SAW, ketika mengetahui bahawa di antara Bani Syaiban dan Parsi ada perjanjian dan bahawa Bani Syaiban bersetuju untuk menolong Rasulullah menghadapi bangsa Arab jauh daripada Parsi, baginda tidak menerima hal itu daripada mereka. Padahal mereka bersetuju untuk menolong baginda menghadapi Quraisy dan bangsa Arab. Ini kerana mereka mensyaratkan supaya pertolongan itu jauh daripada Parsi disebabkan perjanjian yang diambil oleh Parsi ke atas mereka. Meskipun Rasulullah SAW memerlukan pertolongan melawan Quraisy, baginda tidak bersetuju kecuali mereka menolong baginda menghadapi semua orang kafir.
Beginilah secara ringkas thalab an-nusrah pada zaman Rasulullah SAW. Inilah yang kami ikuti dengan pertolongan Allah. Kami memohon kepada Allah SWT supaya mengurniakan kami taufik untuk menyambung kehidupan Islam dengan tegaknya Khilafah ar-Rasyidah yang mengikuti manhaj kenabian.
Semoga di dalam jawapan ini ada kecukupan.
Wallâh a’lam wa ahkam.
[Dikutip dari Jawab Soal Syaikh Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah, Tanggal 27 Dzul Qa’dah 1447 H – 14 Mei 2026 M]
Sumber:
- https://hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer-hizb/ameer-cmo-site/109500.html
- https://www.facebook.com/AtaAboAlrashtah/posts/122136258303129051
#nusrah