[Doa Pilihan] Doa Istiqamah Dalam Ketaatan
Marilah kita berdoa agar dikurniakan istiqamah dalam melaksanakan ibadah serta ketaatan kepada Allah.
Di antara doa Rasulullah SAW:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْحَوْرِ بَعْدَ الْكَوْرِ
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Mu daripada berundur semula ke belakang (tidak melakukan amal soleh) setelah bergerak maju ke hadapan (melaksanakan amal soleh).” (HR Muslim)
==
Sayang, pada sebahagian Muslim, semangat takwa itu begitu cepat pudar saat Ramadhan berlalu. Tidak perlu untuk menunggu sebulan, hanya selang beberapa hari sahaja, semangat Ramadhan itu terus menghilang.
Keistiqamahan adalah buah yang perlu diraih pasca Ramadhan. Ada sebelas bulan lagi yang perlu dijalani hingga bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan. Janganlah kita menjadi ‘hamba Ramadhan’, tetapi jadilah hamba Allah SWT yang sentiasa mentaati-Nya sepanjang hayat.
Ibnu Taimiyah mengingatkan, “Siapa saja yang bertekad meninggalkan maksiat pada bulan Ramadhan saja, tanpa memiliki tekad yang sama pada bulan lainnya, ia bukan seorang yang benar-benar bertaubat.” (Al-Majmu’ al-Fatawa, 10/743).
Padahal amal yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah keteguhan atau keistiqamahan. Suatu ketika, seorang sahabat meminta nasihat daripada Nabi saw. Beliau lalu bersabda:
قُلْ آمَنْتُ بِاللهِ، ثُمَّ اسْتَقِمْ
Katakanlah, “Aku beriman kepada Allah. Kemudian beristiqamahlah!” (HR Muslim).
Allah SWT menyebutkan besarnya keutamaan orang yang istiqamah dalam ketaatan:
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
“Istiqamahlah kamu (di jalan yang benar), sebagaimana kamu diperintah, juga orang yang telah bertaubat bersama kamu. Janganlah kalian melampaui batas! Sungguh Dia Maha melihat apa saja yang kalian kerjakan.” [TMQ Hud (11): 112].