DAKWAH TIDAK PERLU MENUNGGU ILMU TEMBUS LANGIT
Oleh KH. Hafidz Abdurrahman
Suatu ketika Nabi bersabda:
بلغوا عني ولو أية
“Sampaikan dariku, walaupun (kamu hanya mengetahui) satu ayat.” (HR. Bukhari)
Bukan hanya itu, Nabi juga mendoakan orang yang menyampaikan Islam dan yang mendakwahkan Islam, walaupun ilmunya tidak banyak:
نَضَّرَ اللهُ امرأً سمِعَ منَّا شيئًا فبلَّغَهُ كما سمِعَهُ ، فرُبَّ مُبَلَّغٍ أوْعَى من سامِعٍ
“Semoga Allah menerangi wajah seseorang yang mendengarkan sesuatu dari kami, kemudian dia menyampaikan apa yang dia dengar. Boleh jadi, orang yang diberitahu lebih tahu berbanding yang mendengar (di sampaikan oleh Nabi).” (HR. At-Timidzi)
Ini adalah doa Nabi untuk para pejuang dakwah, walaupun ilmunya tidak banyak. Malahan, boleh jadi mustami’ (pendengarnya) lebih hebat daripada dirinya.
Maka, untuk berdakwah tidak perlu menunggu ilmu tembus langit. Sebanyak manapun ilmunya, dakwah tetap wajib sesuai dengan kadar ilmu yang dimiliki.
Ini tidak bererti boleh bertindak secara melulu dan tidak jelas kerana ada perintah lain. Kita perlu melakukan tatsabbut (pembuktian) terlebih dahulu atas maklumat yang telah diterima sebelum disampaikan. Misalnya, ayat, hadis, kitab, serta hukum dan pemikirannya itu sendiri. Kemudian barulah selepas itu boleh disampaikan.
Kerana ini adalah amanah ilmu dan agama dari Allah dan Rasul-Nya.
#dakwah
#sampaikanilmu
#AmarMakruf
#NahiMungkar