“Pengiraan” Pahala Jariah Pengemban Dakwah Ketika Meninggal Dunia
Yang pertama, tentu saja pahalanya mengalir dari orang-orang yang dia dakwahi kemudian orang itu berubah, juga jemaah pengajian yang berubah baik dari segi pemikiran ataupun perilaku setelah mendengar dakwahnya.
Pahala besar juga datang melalui kader-kader yang dia halaqahkan (dibina) dan kemudian mereka berdakwah bersamanya. Ia juga mengalir dari rakan-rakan sesama pengemban dakwah yang terinspirasi baik dari segi perilaku mahupun tutur nasihatnya. Selagi mana mereka terus berdakwah setelahnya, pahalanya akan terus mengalir. Masya Allah!
Selain itu, dia juga akan mendapatkan pahala yang terkumpul dari jemaah tempat dia belajar. Kerana, seorang pengemban dakwah itu, ketika dia menjadi sebahagian dari jemaah dakwah, maka dia memiliki saham dalam jemaah tersebut baik kecil mahupun besar dan berhak mendapatkan perkongsian pahala hasil dakwah jemaah tersebut.
“Saham” pahala paling kecil adalah kehadiran dirinya dalam jemaah. Maka, bersyukurlah Antum, wahai kader jemaah dakwah!
Yang terakhir dan yang paling hebat adalah, dia boleh mendapatkan pahala dari masa depan. Bagaimana boleh jadi begitu?
Begini, Rasulullah SAW sudah memberikan bisyarah (khabar gembira) akan kembalinya masa di mana umat Islam kembali berjaya, syariat Islam diterapkan, Khilafah ditegakkan. Saat itu, kebaikan, kemuliaan, keadilan dan kesejahteraan akan kembali menyelimuti dunia.
Adakah masa itu akan turun dari langit begitu saja? Tentu saja tidak! Melainkan dengan hasil titik peluh para pengemban dakwah 10, 50 sehingga 100 tahun sebelumnya! Hatta pengemban dakwah yang “cuma” bertugas memasang sepanduk program, dapat kiriman pahala dari masa itu.
Bayangkan, betapa besarnya kebaikan yang dihasilkan pada masa itu dan hasilnya mengalir kepada pengemban dakwah masa sekarang.
Terpilih menjadi pengemban dakwah adalah satu kemuliaan yang tidak ternilai. Maka, apakah kita sudah mensyukurinya? Semoga kita selalu istiqamah di jalan Allah dan dimatikan di atas landasan perjuangan dalam keadaan husnul Khatimah.
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” [TMQ Fussilat (41): 33]
Sumber : https://www.muslimahnews.com