The Economist, majalah ekonomi kelas dunia yang ternama menerbitkan sebuah artikel yang mengatakan bahawa demokrasi dalam pemerintahan Jokowi semakin melemah. Laporan The Economist yang bertajuk “Presiden Indonesia menjanjikan reformasi, namun dia sendiri yang berubah” itu diterbitkan pada hari Jumaat (20/8/2021).
Berdasarkan artikel tersebut, petunjuk kelemahan demokrasi di era Jokowi dikenalpasti berdasarkan: (1) kelemahan terhadap KPK dengan meratifikasi semakan undang-undang KPK. Terdapat juga ulasan mengenai TWK KPK yang mencetuskan kontroversi yang menyebabkan kegagalan 75 pegawai KPK dalam ujian tersebut. The Economist juga menyebutkan Indeks Persepsi Rasuah yang jatuh ke 37 dari skor 100 berdasarkan laporan dari Transparency International. Malah Indonesia disebut lebih rendah daripada India dan Brazil.
(2) Jokowi telah memperkasakan ahli-ahli politik hingga birokrat untuk menghilangkan checks and balances dalam sistem demokrasi. (3) The Economist menganalisa usaha pentadbiran Jokowi untuk menekan lawan politiknya. Kritikan didiamkan dengan ancaman hukuman atau penjara.
(3) Usaha Jokowi untuk menyingkirkan lawan politiknya. Selain itu, Jokowi dikatakan telah mengelilingi dirinya dengan para jeneral dan semakin bergantung pada angkatan bersenjata dalam melaksanakan dasar dalam negeri, seperti meningkatkan pengeluaran beras. (Detikcom, 20/8/2021)
Kemunduran Demokrasi Adalah Suatu Kepastian
Sama seperti laporan The Economist, beberapa tokoh dan pemerhati politik juga mengulas mengenai kemunduran demokrasi. Menurut Presiden PKS, Akhmad Syaikhu, Indonesia belum mampu mengukuhkan demokrasi. Indonesia masih terperangkap dalam demokrasi prosedural, tetapi belum maju menjadi demokrasi substansial. Dia memetik pendapat ilmuwan politik yang berpendapat bahawa model demokrasi di Indonesia telah beralih ke arah autoritarianisme.
Pengarah Eksekutif Indonesia Political Opinion (IPO) Dedi Kurnia Syah menilai bahawa laporan kritikal dari The Economist adalah benar. Dedi melihat dari sikap pemerintah terhadap beberapa kritikan dari elemen masyarakat yang ditanggapi dengan memberi tekanan. (Rmol, 20/8/2021)
Apa yang dijelaskan dalam penulisan The Economist sesuai dengan kenyataan. Apa yang diperkatakan oleh ahli politik PKS dan pemerhati politik juga tidak dapat dinafikan. Kemunduran demokrasi sebenarnya adalah fenomena yang pasti. Sebab, sistem demokrasi pada asasnya memang sudah memiliki cacat bawaan yang tidak dapat dibaiki. Sistem demokrasi yang kononnya dinobatkan sebagai sistem terbaik dalam politik pemerintahan dunia sebenarnya tidak mampu membawa dunia menuju kesejahteraan, kemanusiaan, dan keadilan hakiki bagi umat manusia.
Kritikan terhadap demokrasi malah lebih banyak datang dari mereka yang membawa idea ini. Terutama di negara yang menjadi corong demokrasi. Masih ingat dengan buku How Democracies Die? Buku karya Steven Levitsky dan Daniel Ziblat yang mengandungi paradoks demokrasi. Buku tersebut menyebutkan bahawa pembunuh demokrasi bukanlah diktator yang zalim, tetapi pembunuhnya adalah pemimpin yang terpilih dalam sistem demokrasi itu sendiri.
Demokrasi, sama ada prosedur atau pun substansial sudah memiliki banyak kelemahan. Jika idea atau konsep asasnya sahaja sudah lemah, apatah lagi penerapannya. Sudah tentu menghasilkan sesuatu yang lemah dan cacat.
Cacat Bawaan Demokrasi
Demokrasi tidak semudah musyawarah. Secara prosedur, masyarakat selalu melihat pilihan raya adalah demokrasi. Ketika rakyat memilih pemimpin mereka secara langsung, itulah demokrasi. Suara rakyat adalah suara Tuhan. Benarkah demikian?
Jika kita melihatnya secara substansial, cacat demokrasi terletak pada prinsip asasnya sendiri, iaitu kedaulatan di tangan rakyat dan sumber kekuasaan adalah rakyat. Namun, sebenarnya, prinsip itu dilanggar oleh demokrasi itu sendiri. Dalam amalannya, kedaulatan bukan di tangan rakyat, tetapi berada di tangan kapitalis dan oligarki kekuasaan.
Semasa pilihan raya, rakyat dihidangkan oleh aktor politik dengan pelbagai gambaran yang digilap oleh parti politik. Pilihan raya dalam demokrasi itu mahal. Memerlukan penaja besar dari pemilik-pemilik modal. Jadi ada kemungkinan wujudnya konspirasi antara calon dengan pemilik modal.
Disinilah masalahnya berlaku. Selalu ada politik transaksional antara calon dan parti politik. Sokongan bukan percuma. Ada harga yang mesti dibayar ketika calon pemimpin memenangi pilihan raya. Itulah yang disebut dengan balas budi. Walhasil, kita terbiasa melihat fenomena bagaimana pemenang kekuasaan memberikan kedudukan kepada penyokongnya.
Suara rakyat hanya digunakan untuk memenangi pilihan raya. Selebihnya? Kembali kepada politik balas budi. Pada akhirnya dasarnya tidak lagi memihak kepada rakyat. Jadi, di mana letaknya kedaulatan di tangan rakyat mengikut demokrasi? Apa yang ada adalah kedaulatan di tangan golongan pemilik modal. Para oligarki kekuasaan inilah yang sebenarnya berdaulat ke atas rakyat.
Jika dikatakan bahawa rakyat adalah sumber kekuasaan, realitinya, suara rakyat tidak didengar ketika membuat undang-undang atau dasar. Mereka yang dianggap sebagai wakil rakyat di parlimen adalah orang yang parti politiknya dipilih hanya kerana mereka memenangi undi. Keupayaan atau kelayakan bukanlah penentu. Sesiapa yang mempunyai modal besar dan berani mempertaruhkan kemenangannya, dialah yang berpeluang untuk mendapat sokongan parti politik.
Sebagai contoh, undang-undang KPK dan Cipta Kerja yang diketahui merugikan rakyat, realitinya dijatuhkan oleh “wakil rakyat”. Jika wakil rakyat adalah ahli politik yang menyokong pemerintah, memang boleh diduga bahawa parti gabungan pemerintah yang akan menguasai suara di parlimen. Keputusan berada pada suara majoriti. Betul dan salah ditentukan oleh apa yang disebut “voting”. Walaupun keputusannya salah, hasil akhir tetap berada pada “voting”. Inilah cacat demokrasi yang kedua.
Tiang demokrasi seterusnya adalah kebebasan. Terdapat empat idea kebebasan, iaitu kebebasan berpendapat, bertingkah laku, bersuara, dan beragama. Dalam amalannya, idea ini bertentangan. Jika konsisten dengan idea kebebasan, semestinya apa jua pendapat tidak akan dihalang.
Termasuk gagasan khilafah yang sering mendapat tentangan sebagai idea yang berbahaya. Perbuatan mendiamkan masyarakat yang kritikal juga sering berlaku seperti yang digambarkan dalam ‘The Economist’. Jika kritikan berkaitan pemerintah, ia dianggap melawan undnag-undang dan pemerintahan.
Kebebasan ditakrifkan mengikut tafsiran penguasa. Kemunafikan demokrasi tidak hanya berlaku di Indonesia. Di negara Barat, Islamofobia adalah bentuk tidak konsistennya demokrasi. Jika sesuai dengan demokrasi, semestinya umat Islam diberi hak untuk melakukan ibadah mengikut kepercayaan mereka. Namun, pada hakikatnya, gejala Islamofobia dialami oleh umat Islam yang tinggal di negara majoriti bukan muslim. Mereka sering mengalami diskriminasi seperti yang berlaku di Perancis, British, Myanmar, China, dan lain-lain. Atas nama memerangi radikalisme, mereka menghalalkan penindasan dan diskriminasi terhadap umat Islam. Adakah ini yang disebut kebebasan beragama?
Maka wajarlah apabila kritikan terhadap demokrasi terus berterusan. Sama ada dari pembawanya, pengikutnya atau penentangnya.
Bertentangan dengan Islam
Sudah terlalu banyak fakta yang membuktikan kecacatan demokrasi. Cacat secara teori dan realisasi. Demokrasi yang dianggap sebagai sistem terbaik untuk merealisasikan check and balance dari rakyat kepada pemimpinnya tidaklah benar-benar ideal.
Jika melihat sejarahnya, demokrasi lahir dari akidah pemisahan agama dari kehidupan (sekularisme). Demokrasi dipilih sebagai jalan tengah konflik kaum gerejawan dengan ahli-ahli falsafah dan pemikir di Eropah.
Akidah inilah yang menjadi asas ideologi kapitalisme yang menjadi asas bagi semua peraturan cabang yang lahir daripadanya. Akidah ini juga yang menafikan peranan agama dalam sistem pemerintahan. Oleh itu tidak hairanlah apabila kita menjumpai dasar yang dikeluarkan walaupun bertentangan dengan Islam, tetap disahkan. Ini kerana memang seperti itulah cara demokrasi berfungsi. Dari sini sangat jelas bahawa demokrasi adalah produk akal manusia yang meminggirkan peranan agama dalam mengatur kehidupan berbangsa dan bernegara.
Demokrasi sangat bertentangan dengan Islam. Demokrasi menghalalkan undang-undang buatan manusia sebagai undnag-undang yang mesti diterapkan oleh masyarakat. Sedangkan Islam mewajibkan agar tunduk sepenuhnya kepada peraturan Allah SWT.
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya, dia adalah musuh yang nyata bagimu.” [TMQ Al Baqarah (2): 208]
Pembuat hukum dalam Islam adalah Allah SWT. Sedangkan manusia hanyalah pelaksana hukum Islam. Allah SWT. berfirman, “…Menetapkan hukum hanyalah hak Allah…” [TMQ Al An’aam (6): 57]
Demokrasi menjadikan kedaulatan berada di tangan rakyat, sementara Islam menjadikan kedaulatan di tangan syariat. Kekuasaan dalam Islam bertujuan untuk melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh dalam setiap aspek kehidupan.
Khatimah
Presiden Amerika Syarikat yang kedua, John Adams pernah berkata, “Ingatlah, demokrasi tidak akan bertahan lama. Ia akan segera dibuang, melemah, dan membunuh dirinya sendiri. Demokrasi pasti akan bunuh diri. Demokrasi akan segera memburuk menjadi anarki.”
Kritikan akan terus berlaku terhadap demokrasi. Ini disebabkan ianya lahir dari akal manusia yang serba terbatas dan lemah. Bagaimana mungkin sistem seperti ini diterapkan dan dianggap sebagai sistem terbaik? Demokrasi sistem yang lemah, mengapa masih dipertahankan juga?
Tidak layak bagi seorang muslim untuk bersandar pada sistem rapuh dan bertentangan dengan Islam. Sudah tiba masanya umat menggantikan sistem yang usang ini dengan sistem alternatif yang lebih baik. Ya, jika bukan Islam, sistem mana lagi yang mahu dipilih? Jika demokrasi dianggap sistem paling baik di antara yang buruk, mengapa tidak memilih Islam? Sistem terbaik dari Zat yang Maha Baik, iaitu Allah SWT.
Dari landasan falsafah hingga sejarah, Islam telah terbukti sebagai sistem terbaik dan unggul dalam mewujudkan kemaslahatan dan kesejahteraan bagi umat manusia. Tidak ada pilihan lain selain Islam.