Oleh: Ustaz Yuana Ryan Tresna
Nabi saw bersabda,
كَانَ الْمُؤْمِنُونَ يَفِرُّ أَحَدُهُمْ بِدِينِهِ إِلَى اللهِ تَعَالَى وَإِلَى رَسُولِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَخَافَةَ أَنْ يُفْتَنَ عَلَيْهِ فَأَمَّا الْيَوْمَ فَقَدْ أَظْهَرَ اللهُ اْلإِسْلاَمَ وَالْيَوْمَ يَعْبُدُ رَبَّهُ حَيْثُ شَاءَ
“Dahulu ada orang mukmin yang lari membawa agamanya kepada Allah dan Rasul-Nya kerana takut difitnah. Adapun sekarang (setelah Hijrah) Allah SWT benar-benar telah memenangkan Islam dan seorang mukmin dapat beribadah kepada Allah SWT sesuka hatinya.” (HR. Al-Bukhari).
Pengajaran yang dapat kita pelajari adalah:
Pertama, pemisah antara kebenaran dan kebatilan; antara Islam dan kekufuran; serta antara Darul Islam dan Darul Kufur.
Kedua, tonggak berdirinya Daulah Islamiyah untuk pertama kalinya. Dalam hal ini, para ulama dan sejarawan Islam telah sepakat bahawa Madinah setelah hijrah Nabi saw telah berubah dari sekadar sebuah kota menjadi sebuah negara Islam.
Ketiga, awal kebangkitan Islam dan umat Islam buat pertama kalinya, setelah 13 tahun sejak kelahirannya.