Penulis: Nabila Ummu Anas
Hima atau penguasaan sebahagian harta milik umum yang dilakukan oleh Negara Khilafah adalah praktik kebijakan atau polisi negara yang dibolehkan oleh hukum syarak. Hima dilakukan agar negara mendapatkan pemasukan yang akan diperuntukkan untuk pembiayaan berbagai kepentingan rakyat.
Kebijakan hima ini berdasarkan hadis Rasulullah saw.. Ibnu Abbas meriwayatkan dari Sha’bi bin Jatsamah, dia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, “Tidak ada hima kecuali bagi Allah dan Rasul-Nya.”
Maknanya adalah penguasaan tidak boleh dilakukan oleh siapa pun kecuali oleh negara. Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw. untuk keperluan jihad, menyantuni fakir miskin, serta untuk kemaslahatan kaum muslimin secara keseluruhan.
Berbeza dengan hima yang dilakukan pada masa jahiliah, yang mana penguasa menguasai tempat atau lahan yang luas untuk kepentingan diri peribadi dan keluarganya.
Hima Adalah Bentuk Pengelolaan Negara terhadap Sebahagian Harta Milik Umum
Demikian juga pada masa kekhalifahan Umar bin Khattab ra., beliau menguasai padang rumput untuk unta-unta zakat. Dalam pelaksanaannya, Amirul mukminin menugaskan Hunay, maula beliau.
Padang rumput termasuk harta milik umum berdasarkan hadis Nabi saw. Dari Abu Khurasyi dari sebahagian sahabat Nabi saw, berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, “Kaum muslimin itu bersekutu dalam tiga hal, iaitu air, padang rumput dan api.”
Dari Zaid bin Aslam, dari ayahnya ia berkata, “Saya pernah mendengar Umar berkata kepada Hunay (ketika mengangkat Hunay sebagai amil untuk menjaga dan menjadikan Rabdzah sebagai area hima), ‘Wahay Hunay, bersikaplah lemah lembut di hadapan manusia dan takutlah engkau akan doa orang yang terzalimi, sebab doanya pasti mustajab. Ikut sertakanlah dan santunilah orang yang mempunyai anak unta dan kambing. Biarkanlah binatang ternak Ibnu Affan dan Ibnu Auf, sebab jikalau binatang ternak kedua orang itu binasa, maka mereka masih boleh menggembalanya di tanaman dan kebun kurmanya serta masih ada penghasilan dari perkebunan mereka. Tapi apabila binatang ternak milik orang miskin ini mati, maka dia akan datang dan berteriak, ’Wahai Amirul Mukminin, apakah padang rumput lebih murah harganya dibandingkan diriku ataukah hanya boleh meminjamkan emas dan perak saja?’
‘Mereka telah mempertahankan dengan peperangan pada masa jahiliah dan mereka juga telah memeluk Islam di tanah mereka itu. Mereka pasti melihat dan berprasangka bahawa kita telah menzalimi mereka. Jika tidak ada binatang ternak yang mesti dibawa sebagai bekal perjuangan di jalan Allah, nescaya aku tidak akan membuat kawasan hima yang dijadikan sebagai hak milik umum satu jengkal pun dari negeri mereka selama-lamanya.”
Hima untuk Kemaslahatan Islam dan Kaum Muslimin
Selain untuk unta-unta zakat, penguasaan padang rumput juga bagi unta-unta yang membawa perbekalan jihad di jalan Allah. Area yang di-hima ini juga boleh memberikan hasil yang menjadi pemasukan baitul mal Negara Khilafah.
Malik bin Anas berkata, “Telah sampai berita kepadaku bahawa setiap tahun, bahawa Umar telah mendapatkan penghasilan dari harta yang melimpah yang diperkirakan mencapai empat puluh ribu.”
Seorang lelaki dari kalangan Bani Tsa’labah berkata kepada Umar, “Wahai Amirul Mukminin, engkau telah membuat area hima di negeri kami. Kami telah mempertahankannya dengan cara perang pada zaman jahiliah dan kami juga telah memeluk agama Islam di negeri kami’. Dia mengulangi kata-kata itu di hadapan Umar. Sedangkan Umar menundukkan kepalanya, kemudian Umar mengangkat kepalanya dan berkata, ‘Negeri itu adalah negeri Allah dan dijadikan sebagai area hima, kemudian dijadikan sebagai hak milik umum demi menjaga dan memelihara harta Allah. Di samping itu hasilnya akan dijadikan sebagai bekal perjuangan di jalan Allah.”
Sehingga Umar bin Khattab ra. mengkhususkan tempat-tempat tertentu bagi unta-unta yang membawa perbekalan jihad fi sabilillah. Dan beliau melarang penggembala lain memasuki tempat tersebut.
Dari Amir bin Abdullah bin Zubair, dari bapaknya berkata, “Telah datang seorang Arab Badwi kepada Umar bin Khattab seraya berkata, ‘Wahai Amirul Mukminin , kami telah berperang di negeri kami pada masa jahiliah, kemudian kami telah memeluk Islam pada masa Islam. Lalu kerana hal apa engkau menguasainya?’ Umar bin Khattab terdiam dan menyebabkan menyebabkan minumannya bergoyang dan hampir tumpah, maka saat diketahui bahawa orang Badwi itu masih bersamanya dan melakukan hal yang sama, berkata Umar,’ Harta itu adalah harta Allah dan seorang hamba adalah hamba Allah, demi Allah, seandainya tidak ada yang ku pikul atasnya di jalan Allah, maka tidak akan ku kuasai bumi ini sejengkal pun.”
Hima sebahagian harta milik umum yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin Khattab ra. adalah mengikuti apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah saw.. Kebijakan ini diambil bukan untuk kepentingan peribadi penguasa atau individu yang lain. Akan tetapi, Negara menguasai dan mengelola sebahagian harta milik umum adalah demi kemaslahatan Islam dan kaum muslimin.
Sumber: Al-Amwal: Ensiklopedia Keuangan Publik, Panduan Lengkap Mengelola Keuangan-Zakat-Pajak-dll., Abu Ubaid al-Qasim, Gema Insani; Sistem Keuangan di Negara Khilafah, Abdul Qadim Zallum, PustakaThariqul Izzah