Ketika Barat melancarkan perang kebudayaan (ghazwu tsaqafi) maka bertujuan mengubah pandangan hidup Islam, paling kurang menggoyahkannya. Di antara senjata mereka adalah menciptakan keraguan dalam beberapa akidah Islam, seperti serangan Barat terhadap persoalan kadar, kenabian Muhamad, serta penghormatan kaum muslimin kepada para sahabat beliau saw.. Senjata Barat yang lain adalah menghilangkan kepercayaan kaum muslim terhadap kelayakan hukum-hukum syarak untuk menyelesaikan permasalahan kekinian sebagaimana serangan Barat terhadap hukum-hukum jihad bahawa Islam disebarkan dengan perang dan keganasan. Begitu juga terhadap poligami, talak, dan sebagainya. Juga termasuk senjata Barat adalah serangan Barat terhadap penerapan hukum syarak.
Mereka mengambil pendapat sebahagian ahli fikih sebagai alat untuk menyerang. Apa yang dinyatakan oleh sebahagian ahli fikih, berupa mashalih mursalah, pemeliharaan kemaslahatan, pemberlakuan tradisi sebagai sumber hukum serta isu perubahan hukum lantaran perubahan zaman telah dijadikan oleh Barat sebagai alat untuk menjadikan asas manfaat sebagai tolok ukur perbuatan yang bukan lagi hukum syarak.
Hasil dari semuanya itu adalah melemahnya pengambilan hukum halal dan haram sebagai tolok ukur perbuatan yang kemudian kelemahan tersebut mulai meluas. Pertamanya, kemanfaatan dijadikan sebagai dasar pengambilan hukum dan bukannya dalil. Tatkala Barat menemukan adanya pendapat sebahagian ulama, iaitu dimana saja ada kemaslahatan pasti di sana ada hukum Allah, mereka menjadikannya sebagai alat untuk menguatkan pandangan kemanfaatan tersebut menjadi tolok ukur hukum syarak. Kemudian beransur-ansur pandangan kemanfaatan tersebut menjadi tolok ukur kehidupan. Tatkala Barat menguasai negari-negeri Islam lalu mencengkeramkan kekuasaannya ke wilayah-wilayah Islam tersebut, maka Barat mulai meniupkan akidah mereka iaitu pemisahan agama dari negara (sekularisme) dan menanamkan asas manfaat yang mereka ciptakan. Sehingga mampu menggilas pandangan hidup Islam pada sebahagian besar umat manusia.
Lalu menyebarlah ke hampir seluruh negeri-negeri Islam, iaitu menjadikan kemanfaatan sebagai tolok ukur kehidupan. Sekalipun masih ada saki baki hukum dijadikannya halal dan haram sebagai tolok ukur kehidupan.
Kalau kita perhatikan, akidah Islam saat ini belum kembali dimiliki kaum muslimin sebagai akidah siyasiyah. Meskipun tetap dimiliki sebagai akidah ruhiyah.
Pandangan hidup yang dibentuk oleh akidah tersebut tidak pernah diwujudkan dalam realiti kehidupan, sekalipun masih ada pada individu-individu muslim.
Sebab membuminya penyakit tersebut ada pada dua hal berikut ini:
Pertama, adanya kerosakan pada asas pemahamannya tentang kehidupan, iaitu akidah siyasiyah.
Kedua, adanya kerosakan pada pandangan hidupnya yang dibentuk oleh akidah siyasiyah tersebut, iaitu setelah pandangan hidup halal-haram berubah menjadi pandangan kemanfaatan. Cara penyelesaiannya harus dimulai dengan akidah, iaitu dengan menjelaskan bahawa Islam adalah akidah siyasiyah, kemudian hal itu ditanamkan secara membekas.
Tentang aspek ruhiyah yang terdapat pada akidah Islam sudah diketahui oleh seluruh umat Islam. Begitu juga perlu mengaitkan akidah tersebut dengan pemikiran-pemikiran tentang keduniaan, juga pemikiran-pemikiran yang berkaitan dengan pemeliharaan persoalan dunia.
Perlu mengaitkan keimanan kepada Allah dengan keimanan kepada Al-Quran dan makna iman kepada Kitab, Al-Quran. Juga mengaitkan keimanan pada risalah yang dibawa Nabi dan kenabian beliau dengan sunnah dan makna iman kepada sunnah.
Setelah itu, beralih (untuk mengubah) pandangan hidup yang dibangun di atas akidah tersebut, iaitu beralih kepada halal dan haram sebagai tolok ukur kehidupan.
Sebenarnya pandangan kehidupan dalam kaca mata Islam adalah halal dan haram, bukan kemanfaatan, bukan juga dialektika atau apa pun yang disebut sebagai pandangan perkembangan.
Akidah sebenarnya bererti pembenaran yang pasti. Pembenaran yang tidak pasti bukanlah akidah. Pembenaran pasti tersebut menuntut keharusan untuk tidak menerima apa yang tidak diyakini. Ertinya, bila ada yang menyatakan ini boleh dan yang itu juga boleh, maka ini bukan akidah kerana hal ini bukan pembenaran yang pasti, melainkan hanya pembenaran saja.
Keyakinan bahawa Al-Quran adalah firman Allah bererti pembenaran yang pasti bahawa Al-Quran satu-satunya yang sesuai, kerana Al-Quran adalah wahyu dari Allah. Apabila ada yang menyatakan ini benar dan yang lain juga benar, maka itu bukan pembenaran yang pasti melainkan pembenaran saja. Keyakinan bahawa apabila hadis tersebut sahih adalah satu-satunya yang sesuai sebab ia merupakan wahyu dari Allah. Maka pernyataan bahawa hadis tersebut sesuai, sedangkan yang lain juga sesuai, bukan merupakan pembenaran yang pasti, melainkan hanya pembenaran semata.
Maka akidah ini menentukan adanya kepastian dalam pembenaran. Bila kepastiannya telah pupus, maka sifat keyakinannya pun telah hilang dari akidah tersebut. Pandangan hidup sebenarnya amat bergantung pada akidahnya. Apabila hukum syarak dinyatakan ada kerana untuk kemanfaatan tertentu, maka bererti di sana ada kerosakan dalam mengaitkan pandangan hidupnya dengan akidahnya.
Maka, kerosakan ini perlu ditetapkan bahawa hukum syarak dalilnya adalah syarak iaitu wahyu yang disampaikan dari Allah dan bukan kemanfaatan.
Apabila dinyatakan bahawa hukum syarak tersebut tidak sesuai untuk masa sekarang tetapi hanya sesuai di masa dulu, sedang yang sesuai untuk saat ini adalah kemanfaatan atau perundang-undangan moden, maka di sana terdapat kerosakan dalam akidah serta dalam mengaitkan pandangan hidup dengan akidahnya.
Kerosakan tersebut perlu ditetapkan. Keyakinan kepada adanya Allah serta kenabian Muhamad tersebut dapat menolak hal-hal tersebut. Seruan-seruan di dalam Al-Quran dan hadis adalah untuk manusia di sepanjang masa. Setelah menerima, baru beralih pada ketetapan hubungan (antara akidah dan pandangan hidupnya). Bila dinyatakan bahawa pandangan hidupnya adalah halal dan haram tersebut tidak bertentangan dengan pandangan hidup manfaat, maka di sana terdapat kerosakan dalam hal pengaitan antara akidah dengan pandangan hidupnya. Kerosakan tersebut harus ditetapkan. Halal dan haram dalilnya adalah syarak, bukan asas manfaat. Maka yang dituntut adalah syarak, bukan kemanfaatan. Bila dikatakan bahawa pandangan hidup halal dan haram tidak sesuai untuk masa kini tetapi yang sesuai adalah yang maslahat atau manfaat, maka di sana terdapat kekeliruan dalam akidah dan dalam pengaitannya. Kekeliruan tersebut perlu diluruskan. Kitab Allah diturunkan untuk manusia di setiap masa dan bukan masa-masa tertentu. Setelah menerimanya, baru beralih untuk meluruskan pengaitannya.
Sumber: Haditsu Al Shiyam