Asas Anggapan Tidak Bersalah Menurut Islam
Hukum asal manusia adalah bebas daripada tuduhan (al-ashlu barâ`atudz dzimmah), dan tidak ada seorang pun yang dikenakan hukuman kecuali dengan keputusan pengadilan. Tidak dibenarkan menyeksa sesiapa pun secara mutlak, dan sesiapa yang berbuat demikian akan dikenakan hukuman.
Kaedah bahawa hukum asal ialah seseorang itu bebas daripada tanggungjawab atas sebarang tuduhan, dalilnya adalah apa yang diriwayatkan daripada Wâ’il bin Hujr, dia berkata:
جاء رجل من حضرموت ورجل من كندة إلى النبي ﷺ، فقال الحضرمي: يا رسول الله إن هذا قد غلبني على أرض لي كانت لأبي، فقال الكندي: هي أرضي في يدي أزرعها ليس له فيها حق، فقال رسول الله ﷺ للحضرمي: ألك بينة؟ قال: لا، قال: فلك يمينه، قال: يا رسول الله، إن الرجل فاجر لا يبالي على ما حلف عليه وليس يتورع من شيء، فقال: ليس لك منه إلا ذلك
“Ada seorang lelaki dari Hadramaut dan seorang lelaki dari Kindah datang kepada Nabi ﷺ, lalu orang Hadramaut itu berkata: ‘Wahai Rasûlullâh ﷺ, sesungguhnya orang ini telah merampas tanah milikku yang dahulu milik ayahku.’ Maka orang Kindah itu berkata: ‘Itu adalah tanahku yang ada dalam kekuasaanku, aku mengusahakannya dan dia tidak mempunyai hak di sana.’ Maka Rasûlullâh ﷺ bersatu kepada orang Hadramaut: ‘Apakah engkau mempunyai bukti?’ Dia menjawab: ‘Tidak.’ Baginda ﷺ bersabda: ‘Maka bagimu adalah (menerima) sumpahnya.’ Dia berkata: ‘Wahai Rasûlullâh ﷺ, sesungguhnya lelaki itu fajir (tukang maksiat), dia tidak peduli atas apa yang dia sumpah dengannya dan tidak bersikap warak terhadap apa pun.’ Maka Baginda ﷺ bersabda: ‘Tidak ada hak bagimu daripadanya kecuali itu.’” (HR. Muslim).
Dan baginda ﷺ bersabda:
الْبَيِّنَةُ عَلَى الْمُدَّعِي، وَالْيَمِينُ عَلَى مَنْ أَنْكَرَ
“Bukti diberikan oleh penggugat, dan sumpah diberikan oleh yang mengingkari.” (HR. al-Baihaqî dengan sanad sahîh).
Dalam hadis pertama, Rasulullah ﷺ membebankan bukti kepada penggugat, dan ini bermaksud bahawa terdakwa itu bebas (tidak bersalah) sehingga terbukti bersalah. Dalam hadis kedua, Rasulullah ﷺ menjelaskan bahawa kewajipan asal untuk memberikan bukti terletak sepenuhnya pada penggugat, yang merupakan dalil bahawa terdakwa itu terbebas daripada tuduhan sehingga terbukti bersalah.
Sumber: “Muqaddimatu ad-Dustûr Aw al-Asbâb al-MûjI batu Lahu””
#Perundangan #PrinsipKeadilan #AnggapanTidakBersalah #PradugaTidakBersalah #InnocentUntilProvenGuilty #BeyondReasonableDoubt #PresumptionofInnocent #LegalPrinciple #HakAsasi