Penulis: Ustaz Hafidz Abdurrahman
Keperluan jasmani manusia merupakan keperluan mendasar (basic needs) yang timbul akibat gerak kerja struktur organ tubuh manusia. Jika keperluan dasar tersebut tidak dipenuhi, struktur organ tubuhnya akan mengalami gangguan dan dapat mengakibatkan kerosakan. Sebagai contoh, jika tubuh manusia kekurangan air, fungsi organ tubuhnya akan mengalami gangguan yang kemudian akan menyebabkan penyakit. Penyakit ginjal adalah contoh penyakit yang terjadi akibat tubuh manusia kekurangan air.
Kadang-kadang keperluan jasmani tersebut berkaitan dengan peredaran zat yang ada dalam tubuh. Karbon dioksida, contohnya, ketika tidak dapat dikeluarkan dalam bentuk kentut, akan menyebabkan perut mual dan sakit berterusan. Atau sisa zat makanan tidak dapat dikeluarkan dalam bentuk najis besar, juga akan mengalami sakit dan mual. Juga ketika manusia berada dalam kondisi kekurangan oksigen, akan mengalami sesak nafas dan mungkin akan mengakibatkan kematian. Inilah bentuk keperluan jasmani. Jadi, keperluan jasmani ini merupakan keperluan organ tubuh yang berkaitan dengan kadar tertentu yang telah ditetapkan oleh Allah Swt. pada manusia atau haiwan. Jika kadarnya kurang atau melampaui batas, tubuh manusia akan mengalami gangguan. Dalam hal ini, Allah Swt. telah memberikan isyarat,
وَمِنْ اٰيٰتِهٖ مَنَامُكُمْ بِالَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاۤؤُكُمْ مِّنْ فَضْلِهٖۗ اِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰيٰتٍ لِّقَوْمٍ يَّسْمَعُوْنَ
“Dan di antara tanpa-tanda-Nya, (Dia ciptakan) tempat untuk tidur kamu di waktu malam dan siang.” [TMQ Ar-Rûm (30): 23)
مَا هٰذَآ اِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْۙ يَأْكُلُ مِمَّا تَأْكُلُوْنَ مِنْهُ وَيَشْرَبُ مِمَّا تَشْرَبُوْنَ
“Ini adalah manusia biasa, yang masih memerlukan makan, sama dengan apa yang kamu makan, dan minum sama dengan apa kamu minum.” [TMQ Al-Mu’minûn (23): 33]
Pada kadar tertentu, keperluan jasmani ini wajib dipenuhi. Sebab jika tidak dipenuhi akan menimbulkan kerosakan dan kematian. Dengan demikian, keperluan jasmani merupakan keperluan dasar (al-hâjat al-asâsiyyah) manusia yang wajib dipenuhi. Kerana itu, sesuatu yang asalnya haram pun dihalalkan oleh Allah Swt. untuk orang-orang yang memerlukannya, kerana ketika keperluan dasarnya tidak terpenuhi akan mengakibatkannya kebinasaan. Allah Swt. berfirman,
فَمَنِ اضْطُرَّ فِيْ مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّاِثْمٍۙ
“Maka, siapa saja yang dalam keadaan terpaksa, tanpa unsur kesengajaan dan membangkang, maka tiada dosa baginya.” [TMQ Al-Mâdah (5): 3]
Ayat di atas dinyatakan oleh Allah Swt. dalam konteks keharaman bangkai, darah, daging babi, dan sebagainya. Benda-benda tersebut kemudian dibenarkan oleh Allah Swt. untuk orang-orang dalam keadaan terpaksa atau darurat, semata-mata untuk mempertahankan hidupnya. Kerana jika tidak memakannya, dia akan mengalami kematian.
Nabi saw. juga tidak menjatuhkan hukum kepada orang yang mencuri saat dia sedang kelaparan (krisis), dengan alasan untuk memenuhi keperluan dasarnya, “Tiada hukuman potong tangan (kepada pencuri ketika mencuri) pada masa kelaparan yang luar biasa.” (HR Makhûl). Oleh sebab itu, Umar bin Khattab tidak menjatuhkan hukuman potong tangan kepada seorang pencuri ketika mencuri pada waktu krisis, yang dilakukan semata-mata untuk memenuhi keperluan dasarnya.
Dengan demikian, dapat disimpulkan bahawa memenuhi keperluan jasmani ini wajib dilakukan. Jika tidak dipenuhi, pasti akan menyebabkan kehancuran dan kebinasaan. Atau jika dipenuhi dengan tidak mengikuti kadar yang telah ditetapkan oleh Allah Swt., akan menyebabkan hal yang sama, iaitu kerosakan. Oleh kerana itu, manusia wajib berusaha memenuhi keperluan jasmaninya, agar tidak ditimpa kerosakan.
Meskipun hukum asal usaha untuk memenuhinya adalah mubah, tetapi jika telah sampai pada batas yang dapat menimbulkan kemudaratan ketika tidak dipenuhi, hukum untuk memenuhinya menjadi wajib. Makan, contohnya, adalah aktiviti mubah yang menjadi wajib dilakukan ketika menyebabkan kerosakan. Demikian halnya dengan kewajipan bekerja, dapat dikembalikan mengikuti kadar terpenuhi dan tidaknya keperluan dasar seseorang. Jika keperluan dasarnya belum terpenuhi, bekerja untuk memenuhi keperluan dasar tersebut hukumnya wajib. Berbeza ketika keperluan dasarnya telah terpenuhi, hukum bekerja untuk memenuhi keperluan seperti ini statusnya adalah mubah.
Di samping itu, keperluan jasmani adalah keperluan yang lahir dari dalam tubuh manusia yang tidak ada kaitannya dengan faktor eksternal. Rasa lapar, contohnya, jika telah terpenuhi sehingga rasa kenyang, meskipun ada makanan yang lazat dan nikmat sekalipun, tetap tidak akan mampu membangkitkan selera makan seseorang sampai perutnya lapar kembali. Jika muncul juga keinginan untuk makan makanan lazat, hakikatnya bukan kerana lapar, melainkan kerana dorongan naluri ingin tahu, ingin mencuba, dan sebagainya, sehingga makanan tersebut akhirnya dimakan juga. Inilah gambaran secara umum mengenai keperluan jasmani manusia. [MNews/Rgl]
Sumber: Islam Politik & Spiritual, Hafidz