Penulis : Asy Syifa Ummu Sidiq
Pandemik meninggalkan rasa duka yang tak terhitung. Memisahkan suami dengan isteri, antara ibu bapa dengan anaknya. Apalagi dengan meningkatnya kes harian, banyak anak-anak menjadi mangsa. Mereka menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.
Dalam laporan bertajuk “Children: the Hidden Pandemic 2021” yang dikeluarkan oleh Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), Bank Dunia, Badan Kesihatan Dunia (WHO), dan beberapa buah universiti terkenal di dunia, menyatakan di Indonesia sekurang-kurangnya terdapat sebanyak 26,700 anak menjadi yatim piatu kerana pandemik. (republika.id, 5/8/2021)
Ketika mereka terpaksa kehilangan ibu bapa di usia belia, menjadi sebuah tanggungjawab besar bagi yang masih hidup untuk menggantikan tanggungjawab ibu bapanya. Persoalannya, siapakah yang berkewajipan menanggung mereka?
Negara Memiliki Tanggungjawab
Anak yatim piatu adalah sebahagian dari masyarakat. Mereka adalah anak-anak kecil dan anak-anak yang masih belum mampu memenuhi keperluannya sendiri. Selain itu, mereka juga masih dalam tanggungan ibu bapanya. Namun, takdir memutuskan keduanya atau salah seorangnya meninggal. Jadi, menjadi kewajipan orang-orang di sekelilingnya untuk memenuhi keperluannya. Negara sebagai penanggungjawab tertinggi selayaknya memiliki kewajipan besar atas anak yatim piatu.
Para pemegang kebijakan hendaklah memastikan seluruh keperluan mereka tercapai. Di antaranya, jika salah seorang dari kedua ibu bapanya meninggal, hak menjaga anak jatuh pada ibu atau bapa yang masih hidup. Apabila ibu atau bapanya tidak mampu, selayaknya keluarga besarlah yang menolongnya.
Namun, jika keduanya sudah meninggal, maka kewajipan memenuhi keperluan dan mendidiknya adalah tanggung jawab keluarga besar. Bagaimana jika keluarganya tidak mampu? Setelah keluarga, ada kewajipan masyarakat di sekeliling untuk membantu. Hanya saja boleh jadi hal ini tidak selamanya dapat dilakukan. Oleh kerana itu, menjadi kewajipan negara untuk memenuhi keperluan hidupnya, iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan keamanan.
Khilafah Sentiasa Bersedia
Sangat berbeza dengan sistem pemerintahan Islam (Khilafah), yang pernah diterapkan selama 13 abad. Dalam catatan sejarah Khalifah Umar bin Abdul Aziz sehingga tidak berjaya mencari orang yang kesusahan dalam hidup. Tidak ada satu pun warganya yang mahu menerima bantuan. Pada masa Khalifah Umar bin Khattab, beliau berkeliling setiap hari mencari rakyatnya yang kesusahan. Hingga bertemu anak yang ayahnya syahid di medan perang dan saat ini dalam pengasuhan ibunya. Melihat kondisi keluarganya yang kekurangan, khalifah menanggung keluarga itu agar diurus oleh Baitul Mal. Apa pun yang dilakukan para khalifah di masa kekhalifahan merupakan bentuk dari ketaatan syariat. Atas dasar keimanan, mereka memenuhi tanggung jawabnya. Kerana para pemimpin itu yakin bahawa apa yang dilakukan selama menjawab jawatannya itu akan dimintai pertanggungjawaban. Inilah bentuk ketaatan hakiki seorang pemimpin.
Mereka takut hanya di hadapan Allah Swt. Serta berusaha semaksima mungkin menjalankan amanahnya. Bagaimana dengan saat ini? Carut marut kondisi memperlihatkan salahnya mengambil kebijakan. Jangankan mempertahankan sumber daya alam agar tidak dijarah, menyantuni dan mengurus anak yatim mangsa pandemik pun belum mampu diselesaikan oleh pemerintah. Jika demikian, adakah kita masih berharap pada tata aturan sekarang yang secara terang tidak mengurus rakyat?