Penulis: Lin Eka Setiawati
Pandemik yang sudah berjalan lebih dari setahun belum tampak akan berakhir. Manakan tidak, angka kematian akibat Covid-19 semakin meningkat, bahkan lebih parah lagi ribuan bahkan jutaan anak di seluruh dunia kehilangan ibu bapanya yang meninggal dunia akibat Covid-19. Inilah bukti kegagalan pemerintah menangani pandemik sehingga banyak anak-anak menjadi yatim piatu.
Dianggarkan sebanyak 1.5 juta anak di seluruh dunia telah kehilangan ibu bapa, datuk dan nenek, atau kerabat lain yang mengasuh mereka kerana meninggal akibat Covid-19. Anggaran ini diungkap oleh sebuah kajian baru yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet. Profesor Lucie Cluver dari Universiti Oxford di England dan Universiti Cape Town di Afrika Selatan yang turut menulis kajian terbaru tersebut mengatakan, “Setiap 12 saat seorang anak kehilangan ibu bapanya kerana Covid-19.” Anak-anak itu pun banyak yang menjadi yatim piatu semasa pandemik ini.
Jaminan Khilafah bagi Anak Yatim
Al-Quran secara tegas mengatakan anak yatim adalah sosok yang wajib dikasihi, dipelihara dan diperhatikan. Allah Subhanahu wa Taala berfirman, “Mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakanlah, “Memperbaiki keadaan mereka adalah baik.’” [TMQ Al-Baqarah (2): 220]
Anak yatim juga seperti anak-anak lain yang memerlukan pemenuhan akan berbagai keperluan hidupnya, lebih-lebih lagi yang kehidupannya serba kekurangan (miskin). Dalam hal ini, Islam memandang negara adalah pihak yang bertanggungjawab langsung dan sepenuhnya menjamin pemenuhan keperluan rakyat miskin, dalam hal ini anak-anak yatim yang kondisinya miskin dan uzur, di mana mereka tidak mampu memenuhi keperluan hidupnya. Sebab ditegaskan dalam hadis Rasulullah Shallallahu A’laihi Wa-sallam yang ertinya, “Imam (Khalifah) adalah pengurus dan dia bertanggung jawab atas (urusan) rakyatnya.” (HR Al-Bukhari)
Negara tidak dibenarkan mengalihkan tanggungjawabnya kepada lembaga swasta mana pun. Khalifah dalam sistem Islam sangat berempati kepada anak-anak yatim, bahkan menjamin seluruh keperluan dasar anak-anak yatim, iaitu makanan, pakaian, dan tempat tinggal; begitu juga pendidikan, kesihatan, dan keselamatan mereka. Khalifah akan menjamin seluruh keperluan mereka dengan mekanisme non-ekonomi. Baik secara langsung dari baitul mal, melalui pos zakat, mahupun yang lainnya, atau melalui kerabat dan ahli warisnya. Nabi Shallallahu A’laihi Wa-sallam bersabda, “Sebaik-baik sedekah adalah sedekah yang diberikan dari kelebihan, dan mulailah kepada orang yang menjadi tanggunganmu.” (HR Al-Bukhari).
Dengan adanya jaminan dari Khalifah terhadap pemenuhan berbagai keperluan anak-anak yatim, mereka pun akan merasakan kesejahteraan dalam hidupnya, sebagaimana warga masyarakat lainnya. Sebagai bukti, pada masa Umar bin Khattab, Khalifah Umar sangat memperhatikan keadaan sekitarnya, seperti kaum fakir, miskin, dan anak yatim piatu, juga mendapat perhatian yang besar dari beliau. Kisah-kisah seputar ibu yang merebus batu di malam hari agar anaknya yang menangis kerana kelaparan akhirnya tertidur kelelahan adalah penggalan cerita yang amat masyhur dan tak terlupakan. Jadi, sangat bertolak belakang apa yang terjadi pada saat ini dalam penerapan sistem sekular yang tidak memiliki solusi tuntas dalam menyelesaikan masalah anak yatim yang kematian ibu bapanya semasa pandemik.
Sudah saatnya negara ini beralih dari sistem sekular kepada sistem Khilafah yang akan menuntaskan masalah pandemik, sehingga tidak ada lagi anak yang mendadak menjadi yatim akibat pandemik. Firman Allah Subhanahu wa Taala, “Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada sesama manusia dan melampaui batas di bumi tanpa (mengendahkan) kebenaran. Mereka itu mendapatkan siksa yang pedih.” [TMQ asy-Syura: 42].