“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, tetapi Allah menolaknya, bahkan Allah berkehendak menyempurnakan cahaya-Nya meski kaum kafir itu membencinya.” [TMQ At-Taubah (9): 32].
Riddah itu ada tiga bahagian: i’tiqad, perbuatan, dan ucapan. Setiap bahagian mempunyai banyak cabang. Antara riddah yang pertama (i’tiqad) ialah:
- Meragukan Allah, RasulNya, al-Qur’an, hari akhir, syurga, neraka, pahala, seksa, atau sejenisnya itu yang telah dipersetujui (mujma’ ‘alayh);
- Meyakini hilangnya salah satu sifat wajib Allah SWT menurut ijmak seperti al-‘ilmu;
- Menisbahkan kepada Allah SWT sifat yang tidak layak dinisbahkan kepadaNya menurut ijmak, seperti al-jism;
- Menghalalkan apa sahaja yang haram menurut ijmak yang ma’lûm[un] min ad-dîn bi adh-dharûrah dan tidak samar, seperti zina, liwath, pembunuhan, pencurian, ghashab;
- Mengharamkan kehalalan yang juga sudah pasti (tidak samar) seperti jual beli, nikah, dll.;
- Menafikan kewajipan yang juga telah disepakati, seperti solat lima waktu, sujud di dalam solat, zakat, puasa, haji, wudhu. ….”
Semua itu termasuk nawâqid al-îmân (pembatal keimanan). Maka pelakunya disahkan riddah (murtad).
Setiap Muslim wajib menjaga dan melindungi keislamannya daripada apa sahaja yang merosak, membatalkan, dan memutusnya, iaitu riddah wa al-‘iyâdz billâh.
Sungguh telah banyak pada zaman ini sikap meremehkan dalam ucapan sehingga keluar daripada sebahagian mereka kata-kata yang mengeluarkan mereka daripada Islam, sementara mereka pula tidak memandang hal ini adalah suatu dosa, apatah lagi sebagai kekufuran. (Syekh Abdullah bin Husain bin Thahir al-Ba’alawi al-Hadhrami asy-Syafi’i (w. 1272 H). Sullam at-Tawfîq).
Imam an-Nawawi al-Bantani dalam Mirqât Shu’ûd at-Tashdîq fî Syarh Sullam at-Tawfîq, “Riddah (murtad) itu merupakan bentuk kekufuran paling tercela.”
Secara bahasa, “al-istihzâ” berarti ‘as-sukhriyyah’ (ejekan/cemuhan) atau ‘menyatakan kurang’ (tanaqush). Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali dalam Ihyâ ‘Ulûm ad-Dîn (3/131) menyatakan bahawa makna “as-suhriyah” adalah ‘merendahkan dan meremehkan, atau menyoroti aib dan kekurangan’.
Perilaku Kaum Munafik
Pelecehan agama (al-istihzâ bi ad-dîn) dapat diertikan sebagai ‘penghinaan dan cemuhan kepada Allah SWT, RasulNya, atau terhadap agama (syariat) Islam. Boleh juga bermakna ‘menampakkan setiap akidah (keyakinan), perbuatan, atau ucapan yang menunjukkan tikaman terhadap agama dan meremehkannya, melecehkan Allah SWT dan para rasulNya.’
Pada masa Rasul SAW, al-istihzâ bi ad-dîn merupakan perilaku kaum kafir, baik musyrikin mahupun Ahlul Kitab (Yahudi dan Nasrani). Mereka menista Allah SWT, RasulNya, Al-Qur’an, ajaran dan syariat Islam, para sahabat, dan sebagainya.
Al-istihzâ bi ad-dîn juga termasuk perilaku kaum munafik. Mereka menistakan ayat-ayat Allah dan perintah solat, mengejek infak yang kecil, mencemuh jihad, mencaci para sahabat, dan sebagainya. Hal itu merupakan cermin kekufuran atau kemunafikan, pelakunya digelar sebagai kafir dan munafik.
Segala bentuk pelecehan terhadap Islam jelas dosanya amat besar. Jika pelakunya muslim, hal itu akan mengeluarkan dirinya dari Islam dan menyebabkan ia kembali kafir (murtad), terutama jika disertai i’tiqad. Jika tidak disertai i’tiqad, pelakunya melakukan perbuatan fasik dan dosa besar.
Allah SWT berfirman,
وَإِن نَّكَثُوا أَيْمَانَهُم مِّن بَعْدِ عَهْدِهِمْ وَطَعَنُوا فِي دِينِكُمْ فَقَاتِلُوا أَئِمَّةَ الْكُفْرِ إِنَّهُمْ لَا أَيْمَانَ لَهُمْ لَعَلَّهُمْ يَنتَهُونَ
“Mereka merosak sumpah (janji)-nya sesudah mereka berjanji. Mereka pun mencerca agamamu. Kerana itu perangilah para pemimpin orang-orang kafir itu, kerana sungguh mereka adalah orang-orang (yang tidak dapat dipegang) janjinya, agar supaya mereka berhenti.”[TMQ At-Taubah (9): 12].
Imam al-Qurthubi dalam Tafsîr al-Qurthubiy menjelaskan, sebahagian ulama berdalil dengan ayat ini atas kewajipan membunuh setiap orang yang menikam/mencela (ath-tha’nu) agama Islam kerana dengan itu dia telah murtad.
Ath-tha’nu adalah menisbahkan pada din Islam hal yang tidak layak; atau melecehkan hal yang merupakan bahagian daripada agama Islam yang telah terbukti kesahihan usulnya dan kelurusan furu’-nya berdasarkan dalil-dalil qath’i.
Mengolok-olok Syariat
Allah SWT berfirman,
…قُلِ اسْتَهْزِئُوا إِنَّ اللَّهَ مُخْرِجٌ مَا تَحْذَرُونَ (64) وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ (65) لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِنْ نَعْفُ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ
“ … Katakanlah (wahai Rasul) kepada mereka, ‘Teruslah kalian (wahai kaum munafik) mengolok-olok agama. Kerana Allah akan menyingkap apa yang kalian takutkan dengan cara menurunkan surah atau memberitahu rasulNya tentang hal itu.’ Jika kamu bertanya kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab, ‘Sungguh kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main sahaja.’ Katakanlah, ‘Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya, dan RasulNya kalian selalu berolok-olok?’ Tidak usah kalian meminta maaf kerana kalian kafir sesudah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan kalian (kerana mereka bertaubat), nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) kerana mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa.” [TMQ At-Taubah (9): 64—66].
Imam Ar-Razi dalam At-Tafsir al-Kabîr, “Sungguh memperolok-olok agama Islam, bagaimanapun bentuknya, hukumnya kafir. Kerana, olok-olokan itu menunjukkan penghinaan. Padahal, keimanan dibangun di atas dasar pengagungan terhadap Allah dengan sebenar-benar pengagungan. Mustahil keduanya dapat berkumpul.”
Imam Ibnul Arabi dalam Ahkâm al-Qur’ân, “Apa yang dikatakan oleh orang-orang munafik tersebut tidak terlepas daripada dua kemungkinan, sungguh-sungguh atau sekadar bergurau sahaja. Apa pun kemungkinannya, akibatnya hanya satu, iaitu kufur kerana bergurau dengan kata-kata kufur adalah kekufuran. Tidak ada perselisihan di antara umat dalam masalah ini. Sebabnya, kesungguhan itu identik dengan ilmu dan kebenaran, sedangkan bersenda gurau itu identik dengan kejahilan dan kebatilan.”
Ibnul Jauzi dalam Zâd al-Masîr, “Ini menunjukkan bahawa sungguh-sungguh atau bermain-main dalam mengungkapkan kalimat kekufuran hukumnya adalah sama (yakni kufur).” Imam al-Alusi dalam Rûh al-Ma’âni, “Tidak ada perselisihan antara para ulama dalam masalah ini.” Wallahualam.