[FORUM MUSLIMAH ONLINE: CABARAN DAN HARAPAN KEBANGKITAN GENERASI PASCACOVID-19]
Islam adalah sebaik-baik agama dan sempurna yang mengatur semua sistem dalam kehidupan umat manusia. Allah juga telah menurunkan panduan kehidupan manusia di dunia ini. Ini telah dinyatakan dalam surah An-Nahl ayat 89 : “Dan kami turunkan kepadamu Al Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan bagi orang-orang Islam”.
Tanggungjawab dan peranan menjaga anak-anak yatim juga telah dinyatakan dalam Al Quran. Oleh itu marilah kita laksanakan kewajipan kita sebagai kerabat, sebagai ibu kepada anak-anak kita dan kepada anak-anak yatim dalam tanggungjawab kita. Janganlah mempunyai rasa ragu-ragu dalam melaksanakan tanggungjawab itu. Selagi ianya adalah perintah Allah pasti akan ada ganjaran pahala sebagai balasannya. Khabar gembira kepada penjaga anak-anak yatim seperti digambarkan oleh rasulullah iaitu kedudukan penjaga anak yatim dan rasulullah di syurga seperti dua jari iaitu jari telunjuk dan jari tengah (HR Bukhari).
Sudah tentu memikul amanah dan tanggungjawab tersebut, seseorang itu akan lalui pelbagai onak dan duri. Namun Allah sahajalah tempat kita berharap dan jangan pernah berputus asa dan hilang pengharapan kepada Allah. Allah telah ingatkan kepada kita dalam surah Ali Imran, ayat 173 bahawa Allah adalah sebaik-baik tempat bergantung.
Ayuh mulakan dengan langkah pertama dengan bangunkan Institusi kelurga yang lebih baik. Justeru itu peranan untuk menjalankan tanggungjawab keatas anak-anak serta anak-anak yatim dapat dilaksanakan mengikut apa yang telah diperintahkan oleh Allah. Ingatlah bahawa syurga adalah sebaik-baik pembalasan kepada orang yag beriman dan mengerjakan amal-amal soleh. Ini telah dinyatakan dalam surah Al Ankabut ayat 58. Oleh itu dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut dan jika ditimpa ujian mohonlah pertolongan daripada Allah dan jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Ingatlah surah Al ankabut ayat 58 sebagai motivasi kepada kita semua.
Puan Iman Farhana