Fasa pemuda adalah fasa kekuatan di antara dua kelemahan. Dua kelemahan yang dimaksud adalah kelemahan pada masa kanak-kanak dan kelemahan pada usia tua dan beruban.
Allah Subhanahu wa Taala berfirman,
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ ضَعْفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ ضَعْفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ قُوَّةٍ ضَعْفاً وَشَيْبَةً يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْقَدِيرُ
“Allahlah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” [TMQ Ar-Rum (30): 54].
Ada rasa kagum ketika kita menyaksikan ketangguhan pemuda dan keberaniannya dalam medan perang. Membela yang benar dan melawan kezaliman. Rasulullah saw bersabda,
يَعْجَبُ رَبُّكَ مِنْ شَابٍّ لَيْسَتْ لَهُ صَبْوَةٌ
“Rabb-mu kagum dengan pemuda yang tidak memiliki shabwah (kecenderungan untuk menyimpang dari kebenaran).” (HR Ahmad)
Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad (4/151), dan Ath-Thabrani dalam kitab Al-Kabir (17/903, no: 853), dan Abu Ya’la (3/288). Al-Haitsami mengatakan dalam kitab Majma’ Zawaid (10/273), “Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Ya’la, dan Thabarani, sanadnya hasan.”
Dalam medan peperangan, pemuda selalu menjadi warna yang dominan,
عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : كُنَّا نَغْزُوْ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ شَبَاب
Dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata, “Kami ikut berperang bersama Rasulullah, padahal ketika itu kami masih muda.” (HR Ahmad)
Karakter pemuda juga adalah pelajar. Dia hendaklah bersemangat belajar sebelum menjadi pemimpin.
قال عمر رضي الله عنه: تفقهوا قبل أن تسودوا
Umar radhiyallahu ‘anhu berkata, “Belajarlah sebelum kalian menjadi seorang tokoh.”
وقال الشافعي رضي الله عنه: تفقه قبل أن ترأس فإذا رأست فلا سبيل إلى التفقه.
Al-Syafie rahimahullahu berkata, “Belajarlah sebelum kamu memimpin, apabila kamu telah memimpin maka tidak ada jalan untuk belajar.”
Menurut Dr. Khalid Ahmad Syantut dalam bukunya Tarbiyah al-Syabab al-Muslim lil Aba’ wa al-Du’at menyebutkan alasan mengapa kita perlu memerhatikan pemuda. Sekurang-kurangnya kerana enam perkara:
- الشباب أقرب إلى الفطرة
Pemuda lebih dekat kepada fitrah (Islam);
- الشباب يمثل أغلبية الأمة
Pemuda adalah miniatur majoriti umat;
- الشباب هم رجال الغد ، وأمهات الجيل القادم
Pemuda adalah kesatria pada hari esok dan ibu generasi masa hadapan;
- الشباب درع الأمة الذي يدفع عنها العداء
Pemuda adalah perisai umat yang melindungi dari musuh;
- مرحلة الشباب تجمع الحيوية مع الوعي
Fasa pemuda adalah fasa mengumpul potensi (tenaga) dengan kesedaran;
- لأن فترة الشباب هي فترة النتماء
Kerana tempoh pemuda adalah tempoh pertumbuhan.
Secara bahasa, syabab memiliki makna yang sangat menarik di antaranya:
- Kekuatan (القوة)
- Perkara yang baru (الحداثة)
- Tokoh Muda (الفتوة)
- Keindahan (الجمال)
- Pertumbuhan (النماء)
- Permulaan dari segala sesuatu (أول كل شيء)
Mentadabbur surah Al-Adiyat ayat 1—6, pemuda perlu menjadi kekuatan yang bertenaga, berwibawa, berani, berjuang, melawan, namun tetap taat. Tidak seperti sebahagian manusia yang ingkar kepada Rabb-nya.
Tetaplah menjadi pemuda wahai para syabab. Jadilah anak panah dari deretan anak panah Islam. Kalian berada dalam fasa kekuatan di antara dua kelemahan. Kepimpinan, kealiman, dan keberanian kalian dinantikan.
Sumber: https://t.me/yuanaryantresna