Oleh: Syeikh ‘Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah
Soalan:
Assalamu’alaikum wa rahmatullah wa barakatuh. Jika seseorang berhutang satu tan besi contohnya, dan dia kembalikan satu tan dan ada tambahan dengan keinginannya sendiri tanpa sebarang permintaan atau tekanan daripada pemiutang, bukankah itu termasuk pemulangan yang lebih baik (husnu al-qadhâ’)? Semoga anda memberi manfaat kepada kami dengan jawapan. (Asma Jube)
Seperti yang disebutkan bahawa tidak halal berhutang sesuatu untuk dipulangkan kepada anda sama ada lebih sedikit atau lebih banyak tetapi hutang anda mesti sama dari segi jenis dan jumlahnya, semoga Allah memberi anda balasan yang lebih baik. Akan tetapi, terjadi pada saya, kekeliruan kalimat husnu al-qadha’ dan kenapa tidak dikira sebagai riba, (sebaliknya) jika tambahan itu dalam jenis dan kadar seperti yang disebutkan di dalam jawapan, adakah dikira termasuk riba? Bolehkah anda jelaskan kenapa kita menganggap hadis Rasulullah saw ketika beliau berhutang seekor anak unta (umur dua tahun) dan beliau memulangkannya dengan lebih baik dalam bentuk rubâ’iy (umur empat tahun), sebagai pulangan yang lebih baik (husnu al-qadha’) sedangkan kita beranggapan orang berhutang satu tan besi dan dipulangkan satu setengah tan sebagai riba? Bukankah disebut bahawa tidak boleh ada tambahan dari segi jenis dan jumlah? (Ahmad)
Assalamu’alaikum wa rahmatullah wa barakatuh. Dan semoga Allah memberi anda balasan yang lebih baik. Di dalam jawapan dinyatakan, “…dan al-qardhu (hutang) wajib dikembalikan kepada pemiliknya tanpa tambahan “manfaat”, dan jika tidak maka ia merupakan riba.” Apakah yang dimaksud dengan tambahan itu, yakni tambahan yang disyaratkan oleh pemiutang ketika berhutang, atau tanpa disebutkan syarat tetap tidak boleh ada tambahan? (al-Watsiqah bi Wa’dillah)
Jawapan:
Jawapan untuk tiga soalan di atas dimama topiknya adalah sama: Wa’alaikumussalam wa rahmatullah wa barakatuh.
Berkaitan dengan apa yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah saw tentang pemulangan yang lebih baik (husnu al-qadha’) bahawa tidak bererti penambahan dari segi jumlah atau berat atau sukatan, iaitu mestilah dikembalikan dengan jumlah, timbangan dan sukatan yang sama tetapi boleh dengan yang lebih baik.
Jika seseorang berhutang gandum seberat 10 kilogram misalnya, maka dia boleh memulangkannya dengan gandum yang lebih baik tetapi dengan berat yang sama iaitu 10 kilogram. Jika dia berhutang sepuluh sha’ beras contohnya, maka dia boleh memulangkannya dengan beras yang lebih baik akan tetapi dengan sukatan yang sama iaitu 10 sha’. Jika dia berhutang seekor kambing maka dia boleh memulangkan seekor kambing yang lebih baik tetapi bukan dua ekor kambing.
Inilah pulangan yang lebih baik tetapi bukan dengan penambahan dari segi timbangan, sukatan, atau jumlah. Atas dasar ini hadis Rasulullah saw yang difahami dinyatakan di dalam jawapan kami sebelum ini.
Dan berikut adalah teksnya:
Dari Abu Rafi’, dia berkata,
«اسْتَسْلَفَ رَسُولُ اللَّهِ r بَكْرًا فَجَاءَتْهُ إِبِلٌ مِنْ الصَّدَقَةِ فَأَمَرَنِي أَنْ أَقْضِيَ الرَّجُلَ بَكْرَهُ فَقُلْتُ لَمْ أَجِدْ فِي الْإِبِلِ إِلَّا جَمَلًا خِيَارًا رَبَاعِيًا فَقَالَ النَّبِيُّ r أَعْطِهِ إِيَّاهُ فَإِنَّ خِيَارَ النَّاسِ أَحْسَنُهُمْ قَضَاءً»، رواه أبو داود وغيره
“Rasulullah saw berhutang seekor anak unta lalu datang kepada beliau unta sedekah, maka beliau memerintahkan lelaki itu untuk membayar anak untanya, maka aku katakan ‘Tidak aku temukan di dalam unta itu kecuali unta yang lebih baik, unta umur empat tahun.’ Maka Rasulullah saw bersabda, “Berikan kepadanya, kerana sesungguhnya orang yang paling baik adalah yang paling baik pulangannya.” (HR Abu Dawud dan lainnya)
Maksudnya, beliau memulangkan kepada orang itu seekor unta yang lebih baik dan lebih berkualiti dari unta yang beliau berhutang. Namun dengan jumlah yang sama iaitu beliau memulangkan seekor unta.
Dan inilah yang ada dalam jawapan kami berkenaan hutang satu tan besi dan dikembalikan satu setengah tan besi contohnya, maka tidak boleh, tetapi ia mestilah dalam timbangan yang sama.
Ringkasnya, bahawa pulangan yang lebih baik itu tidak bererti tambahan dari segi timbangan, sukatan, atau jumlah, akan tetapi dengan timbangan, sukatan, dan jumlah yang sama, tetapi boleh dari jenis yang lebih baik jika penghutang ingin membayar dengan yang lebih baik tanpa perkara itu diberi syarat oleh pemiutang kerana Rasulullah saw membayar dengan yang lebih berkualiti dan lebih baik tanpa disyaratkan oleh pemiutang.
Di dalam an-Nizhâm al-Iqtishâdiy dalam bab “ar-Ribâ” dinyatakan:
Adapun al-qardhu dibolehkan ke atas keenam-enam jenis ini dan jenis yang lain dan apa saja yang boleh dimiliki dan boleh dikeluarkan dari pemilikan. Riba tidak termasuk di dalamnya kecuali jika mendatangkan faedah. Ini kerana apa yang diriwayatkan oleh al-Harits bin Abu Usamah dari hadis Ali ra. dengan sebutan,
«أَنَّ النَّبِيَّ r نَهَى عَنْ قَرْضٍ جَرَّ مَنْفَعَةً» وَفِيْ رِوَايَةٍ «كُلُّ قَرْضٍ جَرَّ مَنْفَعَةً فَهُوَ رِباً»
“Sungguh, Nabi saw melarang qardhun yang menarik manfaat,” dan dalam satu riwayat “Setiap qardhun yang menarik manfaat maka itu adalah riba.”
Dikecualikan dari hal itu apa yang termasuk dari sisi pemulangan yang lebih baik (husnu al-qadha’) tanpa tambahan, kerana apa yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Abu Rafi’, dia berkata,
«اسْتَسْلَفَ رَسُولُ اللَّهِ r بَكْرًا فَجَاءَتْهُ إِبِلٌ مِنْ الصَّدَقَةِ فَأَمَرَنِي أَنْ أَقْضِيَ الرَّجُلَ بَكْرَهُ فَقُلْتُ لَمْ أَجِدْ فِي الْإِبِلِ إِلَّا جَمَلًا خِيَارًا رَبَاعِيًا فَقَالَ النَّبِيُّ r أَعْطِهِ إِيَّاهُ فَإِنَّ خِيَارَ النَّاسِ أَحْسَنُهُمْ قَضَاءً»، رواه أبو داود وغيره
“Rasulullah saw berhutang seekor anak unta lalu datang kepada beliau unta sedekah, maka beliau menyuruh lelaki itu untuk membayar anak untanya, maka aku katakan, “Tidak aku temukan di dalam unta itu kecuali unta yang lebih baik, unta umur empat tahun.” Maka Rasul saw bersabda, “Berikan kepadanya kerana sesungguhnya orang yang paling baik adalah yang paling baik pulangannya.”
Selesai.
Tidak dikatakan bahawa hibah dan hadiah adalah boleh. Jika qardhun dibayar dengan lebih banyak timbangannya, jumlah, atau sukatan yang menggembirakan hati tanpa disyaratkan adalah boleh. Dia tidak mengatakan demikian kerana ini dibenarkan seandainya tidak berkaitan dengan topik al-qardhu. Sementara tiada tambahan di sini terjadi kerana al-qardhu (hutang). Maka itu merupakan manfaat dari hutang yang tercakup oleh apa yang diriwayatkan oleh al-Harits bin Abi Usamah dari hadis ‘Ali ra dengan lafaz,
«أَنَّ النَّبِيَّ r نَهَى عَنْ قَرْضٍ جَرَّ مَنْفَعَةً» وَفِيْ رِوَايَةٍ «كُلُّ قَرْضٍ جَرَّ مَنْفَعَةً فَهُوَ رِباً»
“Sungguh, Nabi saw melarang qardhun yang menarik manfaat,” dan dalam satu riwayat “Setiap qardhun yang menarik manfaat maka itu adalah riba.”
Demikian juga, tidak dikatakan bahawa yang lebih berkualiti dalam jenis adalah manfaat. Tidak dikatakan demikian kerana Rasulullah saw membenarkan dan menilainya termasuk pulangan yang lebih baik (husnu al-qadha’) seperti yang disebutkan dalam hadis Abu Rafi’ yang telah disebutkan di atas.
Saya berharap penjelasan ini mencukupi, insya-Allah.
Sumber:https://www.facebook.com/812692572241893/posts/1999969093514229/