Penulis: K.H. Hafidz Abdurrahman
Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyah rahimahullah menuturkan,
وليست سعـةُ الـــرزق والعمل بكثرته، ولا طولُ العمر بكثرة الشهور والأعوام، ولكن سعة الرزق والعمر بالبركة فيه
“Rezeki lapang dan pekerjaan mudah, bukan kerana banyaknya jumlahnya. Umur panjang juga bukan kerana banyaknya bulan dan tahun, tetapi rezeki lapang dan umur panjang itu kerana keberkahan yang ada di dalamnya.” (Kitab ad-Da’ wa ad-Dawa’, hal. 201)
Berkah itu dibuka oleh Allah Swt. dan datang menghampiri kita kerana kita taat kepada-Nya. Allah tidak akan membuka dan mendatangkan keberkahan pada rezeki, amal, dan umur kita, jika kita tidak gunakan untuk melakukan ketaatan.
Lihatlah, Imam an-Nawawi, dengan usianya yang singkat, 40-an tahun, tetapi karyanya masyaallah, luar biasa. Semua kerana keberkahan umur, aktiviti dan rezekinya. Termasuk rezeki ilmu.