Oleh: Ustaz Yuana Ryan Tresna
Membaca khidmat para ulama terhadap ilmu yang di luar kewarasan kita yang lemah, kadangkala kita malah sibuk bertanya-tanya mengapa hal itu terjadi pada mereka (para ulama) dan apakah hal itu tepat atau tidak, apakah itu tidak berlebihan, dan lain-lain. Sementara kita tidak mampu menangkap pesanan pentingnya. Apa? Khidmat pada ilmu yang menyeluruh. Begitulah juga sepatutnya kita. Bentuknya? Silahkan kita takar kemampuan kita masing-masing.
Pada diri para ulama, Allah titipkan ilmu yang melampaui orang-orang pada zamannya. Di antara para ulama hafal al-Quran, ribuan Hadis, berbagai matan kitab sejak usia belia.
Ikhwah fillah bagaimana kalau kita baca biografi para ulama di era Tabi’in dan Tabi’ Tabi’in? Apakah akan terperanjat sampai berteori bahawa itu tidak baik? Demi Allah itu sikap yang tidak tepat. Silakan baca kitab Siyar A’lam an-Nubala karya Imam adz-Dzahabi, atau yang kontemporer karya syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Shafahat min Shabril Ulama atau Qimah az-Zaman ‘indal Ulama).
💡Ada ulama (tidak semua) yang tidak menikah sepanjang hidupnya dan diduga demi ilmu, kerana rehlah ilmiah yang menghabiskan waktu, berpindah dari satu negeri ke negeri lain. Khidmat semacam itu rupanya telah mewariskan kitab-kitab hadis yang sangat berharga untuk kita. Apakah kita akan berteori itu tidak sesuai sunnah?
💡 Amir bin Qais (tabi’in) menolak ajakan temannya untuk sekadar berbincang-bincang. Beliau meminta temannya untuk menahan lajunya waktu, baru beliau akan terima ajakan berbual-bual. Apakah kita akan katakan itu berlebihan?
💡 Ada ulama yang melakukan rehlah ilmiah dari satu negeri ke negeri lain demi mengumpulkan hadis. Imam Makhlad berjalan dari Eropah ke Baghdad. Imam Ahmad mengelilingi dunia 2 kali demi menyusun Musnadnya. Ada yang sampai kencing berdarah dua kali kerana kelelahan dan kehausan dalam rehlah. Ada juga yang sampai bankrap kehilangan hartanya. Apakah akan kita katakan itu berlebihan? Demi Allah, berkat khidmat seperti itu, umat setelahnya mendapatkan warisan berharga berupa kitab-kitab hadis.
💡 Waktu terberat bagi Khalil bin Ahmad adalah waktu makan. Abu Hilal Al-Askari menyebutkan dalam kitabnya Al- Hatstsu ‘ala Thalabil ‘Ilm wal Ijtihad fi Jam’ihi, hal. 87, “Khalil bin Ahmad Al-Farahidi Al-Bashri adalah salah seorang ulama paling cerdas, lahir tahun 100 H dan wafat tahun 170 H. Semoga Allah melimpahkan rahmat kepadanya. Beliau pernah berkata, ‘Waktu yang paling berat bagiku adalah waktu makan’.” Allahu Akbar! Duhai, betapa fananya dunia ini dalam ilmu yang dimilikinya. Betapa hebat kecemburuan atas lenyapnya manfaat waktu di sisinya.
💡 Ubaid bin Ya’isy (w. 229 H) disuapi makan malam oleh saudara perempuannya selama 30 tahun demi menulis hadis. Al-Hafizh Dzahabi menceritakan dalam kitabnya Siyar A’lamin Nubala’, terkait dengan biografi ahli hadis besar, Ubaid bin Ya’isy, gurunya Imam Bukhari dan Imam Muslim, sebagai berikut, “Beliau adalah seorang hafiz yang hujahnya pilih sepadan, Abu Muhammad Ubaid bin Ya’isy Al-Kufi Al-Mahamili Al-Aththar.” Ammar bin Raja’ menceritakan, “Aku pernah mendengar Ubaid bin Ya’isy menuturkan, ‘Selama 30 tahun aku tidak makan malam dengan tanganku sendiri. Saudara perempuankulah yang menyuapiku, sementara aku terus menulis hadis’.
Dan lain-lain. Silalah baca dalam kitab-kitab Biografi para ulama seperti yang saya sebutkan di atas.
Apakah semua kisah tersebut fiksyen semata? Demi Allah itu semua adalah nyata. Ada riwayatnya dan dapat dipertanggungjawabkan.
Ketika membaca khidmat total para ulama, lantas apa yang perlu kita lakukan? Pertama, memuji Allah kerana Allah mentakdirkan ada orang-orang yang dipilih-Nya untuk dititipkan ilmu yang melebihi capaian orang pada zamannya. Berkat mereka ilmu-ilmu syariah terjaga kemurniannya.
Apa lagi? Kedua, kita mestilah belajar mengambil pelajaran dengan melakukan pengorbanan terbaik kita, berkhidmat pada ilmu dan umat. Meski tidak mampu menyamai mereka, paling tidak pada kadar maksima yang kita lakukan.
Hari ini, dengan izin Allah, masih ada orang yang meninggalkan pekerjaan, rumah dan kenderaan yang mantap, dan berbagai prasarana dunia lainnya demi fokus pada ilmu. Sebab, pada titik tertentu, ilmu tidak boleh dipelajari secara sampingan.