Nabi SAW bersabda,
أَرْبَعٌ مِنَ السَّعَادَةِ: اَلْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ، وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ، وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيُّ.
“Terdapat empat perkara kebahagiaan, isteri yang solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik, serta kenderaan yang selesa.” [HR Ibnu Hibban]
1. Isteri yang Solehah
Seorang suami akan merasa tenang ketika sedang berada jauh dari isterinya, kerana dia percaya isterinya akan sentiasa menjaga diri. Ini kerana isteri yang solehah ialah orang yang sentiasa menjaga diri ketika berjauhan dengan suaminya. Rasulullah SAW bersabda,
“Mahukah aku beritakan kepada kamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, iaitu isteri solehah yang apabila dipandang akan menyenangkannya, apabila diperintahkan akan mentaatinya dan apabila suami pergi, dia akan menjaga dirinya.” [HR Abu Dawud].
2.Tempat Tinggal yang Luas
Memiliki tempat tinggal merupakan salah satu nikmat dari Allah SWT. Allah mengingatkan kita akan kenikmatan ini dalam surah an-Nahl: 80,
وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ بُيُوتِكُمْ سَكَنًا
“Allah menjadikan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal…”.
Memiliki rumah yang luas akan membuatkan penghuni di dalamnya semakin selesa. Sertailah dengan rasa syukur agar rumah yang luas tidak terasa sempit.
3.Memiliki Jiran yang Baik
Terdapat ungkapan dalam bahasa Arab, الجار قبل الدار “Pilih jiran dulu sebelum rumah” Ini menunjukkan betapa pentingnya memiliki jiran yang baik, kerana persekitaran merupakan salah satu perkara yang dapat mempengaruhi kehidupannya.
4.Kenderaan yang Selesa
Kenderaan tidak semestinya mewah, yang penting selesa bagi pemiliknya. Cuma kadangkala kenderaan menjadi tidak selesa, dan sering bermasalah, akibat kemaksiatan yang dilakukan. Sepertimana ulama pernah berkata,
إن عصيت الله رأيت ذلك في خلق زوجتي و أهلي و دابتي
“Sungguh, ketika bermaksiat kepada Allah, aku mengetahui kesan buruknya terdapat pada tingkahlaku isteriku, keluargaku, dan haiwan tungganganku (kenderaan ku).”
Wallahu a’lam bissawab.