Penulis: Muhammad Husain Abdullah
1. Masyarakat akan beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa, agama yang satu, serta tunduk kepada aturan yang satu. Allah SWT berfirman,
اِنَّ هٰذِهٖٓ اُمَّتُكُمْ اُمَّةً وَّاحِدَةًۖ وَّاَنَا۠ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُوْنِ
“Sesungguhnya (agama tauhid) ini ialah ummah (agama) kamu semua; ummah (agama) yang satu, dan aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.” [TMQ al-Anbiya (21): 92]
Kata “ummah” di sini bermakna ‘din (agama)’.
2. Dapat menciptakan masyarakat yang saling melengkapi dan saling menjamin ibarat satu tubuh serta dapat membentuk pemikiran dan perasaan yang selari dengan Islam. Rasulullah SAW bersabda,
مَثَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ فِي تَوَادِهِمْ، وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ، كَمَثَلِ الْجَسَدِ، إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عَضْوٌتَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالْحُمَّي وَالسَّهْرِ
“Orang-orang yang beriman dalam hal persahabatan dan kasih sayang adalah ibarat satu tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh diserang demam, maka seluruh anggota tubuh yang lain akan ikut demam dan susah tidur.”
3. Dapat mencipta ikatan ideologis (rabithah mabda’iyah) yang kuat serta berkekalan di antara individu-individu anggota masyarakat Islam, iaitu ikatan ukhuwah islamiyyah. Allah SWT berfirman,
اِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ اِخْوَةٌ…
“Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara…” [TMQ al-Hujurat (49): 10]
Akidah Islam telah mencela segala bentuk ikatan yang bersifat emosional dan sementara seperti ikatan kesukuan, nasionalisme, patriotisme, dan ikatan yang berlandaskan kepentingan. Allah SWT berfirman,
قُلْ اِنْ كَانَ اٰبَاۤؤُكُمْ وَاَبْنَاۤؤُكُمْ وَاِخْوَانُكُمْ وَاَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيْرَتُكُمْ وَاَمْوَالُ اقْتَرَفْتُمُوْهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسٰكِنُ تَرْضَوْنَهَآ اَحَبَّ اِلَيْكُمْ مِّنَ اللهِ وَرَسُوْلِهٖ وَجِهَادٍ فِيْ سَبِيْلِهٖ فَتَرَبَّصُوْا حَتّٰى يَأْتِيَ اللهُ بِاَمْرِهٖۗ وَاللهُ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الْفٰسِقِيْنَ
“Katakanlah, ‘Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.’” [TMQ at-Taubah (9): 24]
Akidah Islam mampu menyatukan pelbagai bangsa yang berbeza-beza dan beraneka ragam, yang tersebar luas di seluruh wilayah yang berjauhan, ke dalam sebuah wadah yang satu. Akidah Islam menjadikan mereka sebagai umat yang satu, yang telah mengukir sejarah yang gemilang. Akidah Islam merupakan satu-satunya akidah yang boleh mengembalikan kejayaan dan kekuatan umat Islam. Allah SWT berfirman,
وَعَدَ اللهُ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِى الْاَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِهِمْ
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia menjadikan orang-orang yang sebelum mereka telah berkuasa.” [TMQ an-Nur (24): 55].