Ukraine, sejak pengilhakan Rusia ke atas Crimea pada tahun 2014 telah memodernisasi pasukannya, tetapi tentera Rusia masih jauh lebih unggul dalam hal personelnya dan peralatan (aljazeera.net, 24/2/2022).
Beberapa point penting yang berkaitan dengan kaum Muslim Rusia, Ukraine pada khususnya, dan kaum Muslim dunia umumnya:
1. Perang tersebut adalah perang antara satu pendukung kebatilan dengan pendukung kebatilan lainnya: dalam kedua-dua negara terdapat sejumlah besar kaum Muslim, terutama Rusia. Penduduk Muslim di kedua-dua negara ini tidak boleh membantu negara tempat mereka tinggal dengan apa pun, baik itu bantuan material atau moral, kerana ini dianggap mendukung kebatilan. Sungguh kaum Muslim tidak ada kepentingan dalam peperangan ini. Ingat, kita tidak boleh lupa bahawa Rusia adalah musuh nyata kaum Muslim, hal ini kerana mereka telah membunuh, membantai dan mencampakkan (mendesak keluar secara paksa) jutaan Muslim di Syria dengan ditonton seluruh dunia.
Meskipun Ukraine tidak begitu bermusuhan dengan kaum Muslim berbanding Rusia, namun itu tidak menafikan fakta bahawa Ukraine adalah negara kafir dan apa yang ada di dalamnya batil.
2. Perlu disebutkan di sini bahawa kaum Muslim, meskipun tempat tinggal mereka berjauhan, serta tersebar di banyak negara dan benua yang berbeza, namun mereka adalah satu umat tanpa kecuali, sehinggakan situasi damai dan peperangan bagi mereka adalah satu. Dengan demikian, tidak boleh bagi kaum Muslim memiliki perbezaan terkait persoalan utama dan aspirasinya. Kami adalah umat bertauhid, iman dan Islam. Kami tidak akan menumpahkan darah kami untuk memperkuat Rusia atau membela Ukraine. Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
«الْمُؤْمِنُونَ أُمَّةٌ وَاحِدَةٌ مِنْ دُونِ النَّاسِ«
“Orang-orang yang beriman adalah satu umat, tanpa kecuali.”
3. Perang bagi Rusia adalah untuk memastikan keamanannya di kawasan-kawasan penting dan laman-laman hadapan. Justeru itu, dia akan berusaha keras untuk mencapai tujuannya atau beberapa di antara tujuannya. Atas tujuan tersebut, Rusia akan menggunakan segala kemungkinan, bahkan menggunakan kaum Muslim itu sendiri, sehingga kaum Muslim hendaklah berwaspada agar tidak menjadi bahan bakar bagi keamanan Rusia.
Di sini dan dalam hal ini ada pesanan untuk keluarga kami dan saudara-saudara kami di Chechnya khususnya! Kadyrov dan komplotannya tidak akan ragu-ragu untuk terus berkhidmat pada Rusia dan memanfaatkan kalian untuk melayani kepentingan Rusia. Oleh sebab itu, janganlah kalian patuhi mereka. Kadyrov tidak lain hanyalah anjing Rusia dan ejennya, bahkan dia tidak akan pernah membawa kebaikan pun pada kalian. Jadi, berhati-hatilah!
4. Perang boleh berkembang, walaupun ia adalah (pada asalnya) konflik regional. Akan tetapi itu merupakan peperangan yang dilakukan oleh negara besar (Rusia), walaupun bukan negara pertama di dunia. Rusia dan Ukraine adalah konflik nyata antara Rusia dan Eropah, serta antara Rusia dan Amerika, sehingga hal ini jelas menunjukkan bahawa perang ini tidak ada urusannya dengan kaum Muslim di dalamnya. Seorang Muslim mestilah tinggal di rumah dan tidak ikut serta dalam perang yang sepenuhnya batil, kerana ia bukanlah untuk kepentingan Islam dan umatnya.
5. Sesungguhnya doa dan permohonan kami sebagai kaum Muslim adalah: “Ya Allah, pukullah (hancurkanlah) orang-orang yang zalim dengan orang-orang yang zalim juga, dan keluarkan kami dari antara mereka dengan selamat. Ya Allah, segerakan tegaknya Khilafah Rasyidah ‘ala minhājin nubuwah, yang dengannya orang-orang Islam dimuliakan, sebaliknya orang-orang musyrik dan derhaka akan dihinakan.”
Semoga Allah subhānahu wa ta’āla melindungi kaum Muslim umumnya, serta kaum Muslim Rusia dan Ukraine pada khususnya, dari segala kejahatan dan kelicikan.
Oleh: Dr. Faraj Mamduh
Sumber: hizb-ut-tahrir.info, 26/2/2022.